SEANDAINYA RASUL MASIH ADA apakah yang akan kita lakukan? adakah kita gembira? adakah kita suka? adakah kita akan lakukan maksiat di depan baginda? semua persoalan nya hanya kita dapat menjawab marilah kita renungkan bersama artikel ini...
Andai ditakdirkan Tuhan, Rasulullah s.a.w masih lagi hidup di ketika ini. Dan andainya baginda khabarkan pada kita bahawa baginda akan datang berkunjung kerumah kita. Apakah perasaan kita di waktu itu? Andainya waktu kunjungan baginda telah pun tiba. Bahkan baginda sudah pun berada di hadapan pintu rumah kita dan salam pun sudah diberikan. Bagaimna perassan kita dengan kehadiran baginda?
Apakah kita merasa amat bertuah menerima tetamu yang juga Kekasih Allah? Apakah hati kita akan begitu terharu menerima salam dari seorang Rasul penyelamat ummah? Apakah akan kita biarkan salam itu tidak berjawab selama dua kali, lantaran mahu mendengar suara baginda yang suci? Atau…….apakah perasaan kita berkecamuk di waktu itu dan kita mula menggelabah? Kerana kita baru teringatkan himpunan majalah2 hiburan di sudut kaki meja di ruang tamu rumah kita. Majalah yang kulit mukanya penuh dengan aksi2 wanita dan lelaki yang terbuka auratnya. Bagaimana kalau Nabi terpandang. Tentu malu kita dibuatnya. Kita juga teringat akan deretan VCD di sisi TV. Harus kita sorokkan juga kerana hampir semua filem itu , tidak sesuai ditonton oleh umat seperti kita. Ada filem2 yang berunsur lucah yang tersusun rapi di situ. Kalaulah Nabi nanti bersuara, mana mahu kita sorokkan muka. Apa alasan yang kita berikan jika nanti Nabi bertanya?
Kita terpandang poster2 penyanyi wanita dan lelaki yang seksi di belakang pintu. Apakah akan kita biarkan ia tergantung di situ, sehingga nanti terpandang oleh Nabi? Di bilik tidur pun masih banyak lagi yang kita tampal kan. Apakah yang harus dijawab bila nanti Nabi bertanya mengapa poster seperti itu yang kita puja? Kita jadi semakin gawat bila teringatkan rak2 buku yang kita letakkan di tepi dinding, hanya di penuhi dengan buku2 cinta yang telah menjadi koleksi sekian lama. Tak ada satu pun buku yanmg bercorak agama. Malah Al Quran. Ya, dimana Al Quran yang pernah ibu bekalkan sewaktu kita berangkat meninggalkan kampung 2 tahun yang lalu? Di mana kita simpan? Dan dimanakah harus kita humbankan semua koleksi buku cinta yang lebih kita syangi daripada Al Quran Kalam Tuhan?
Perasaan kita semakin cemas, bila kita baru teringat bahawa kita di waktu itu hanya berseluar pendek atau kepala kita lansung tidak bertutup. Kita mula masuk semula ke bilik. Semua almari kita buka demi mencari sehelai tudung yang pernah di beri oleh seorang kawan satu ketika dahulu. Di mana tudung itu? Kita semakin gelabah. Tudung yang satu itu tidak kita jumpai. Tak kan kita nak sambut Nabi dalam keadaan terbuka aurat?
Kita pun jadi kaget bila selur panjang kita semua masih berada di jemuran. Hanya itu saja yang ada. Itu pun kita gunakan untuk ke kelas atau pejabat. Biasanya kita hanya berseluar pendek. Kain pelikat. Kita mula teringat. Tapi puas kita cari namum sehelai pun tidak kita temui. Baru kita teringat. Selama ini tidak pernah kita sembahyang. Hati kita mula menduga-duga. Bagaimana nanti Ar Rasul bertanya tentang sembahyang. Apa yang harus kita jawab? Sudah berbelas tahun kita tak sujud pada tuhan. Kalu ada pun hanya dua kali setahun iaiu pada hari raya. Ah! Terlalu bvanyak yang perlu kita lakukan hanya untuk menyambut kedatangan seorang Kekasuh Allah. Lalu kita membuat keputusan untuk berdiam diri. Biarlah salam Nabi tidak berjawab. Biarlah baginda berdiri lama2 di depan pintu. Nanti bila dah penat tentu saja baginda berlalu pergi. Biarlah Nabi tak datang rumah sampai bila2. biarlah Nabi tidak datang berziarah. Dan akhirnya Nabi pun pergi bila tiga salamnya tidak besambut.
Tapi nak dijadikan cerita pada ketika lain, sewaktu kita sedang berjalan-jalan dengan seorang wanita yang konon nya buah hati yang kita cintai. Sambil berjalan bermesra-mesraan. Bergelak tawa, bergurau senda. Tiba-tiba kita terserempak dengan Nabi Junjungan Tuhan. Lalu kita ditanya Nabi, siapakah perempuan yang berada disisi. Apakah harus kita bohongi Rasul Tuhan dengan mengatakan ia adalah isteri kita? Atau kita akan terus menolak si wanita jauh ke tepi. Lantas kita terus menghilangkan diri? Ataupun kita tanpa segan silu, akan terus tersenyum pada Nabi, sambil tangan kita memeluk erat si wanita yang berada di sisi?
Seadainya ditakdirkan Nabi masih hidup. Dan baginda melihat umat yang namanya dibibir baginda sewaktu baginda menghembuskan nafas terakhirnya, hidup dengan jalan yang tidak selari dengan ajarannya. Baginda bergadai nyawa untuk mempertahankan agama tuhan. Baginda rela hidup dalan kelaparan demi kebaikan umat akhir zaman. Tapi kini, umat yang baginda kasihi telah menfitnah dan mendustakan diri baginda sendiri. Tidak pernah baginda mengajar umatnya bermaksiat tapi kini umat yang di kasihi lansung tidak menghargai diri baginda. Pengorbanannya selama ini langsung tidak dihargai. Dirinya langsung tidak diingati. Walau lidah mengucap syahadat, tapi amal mereka penuh dengan maksiat. Andainya Nabi masih ada, pasti bergenang air mata suci baginda. Melihat umat yang ditinggalkan terus leka dengan dunia.
Andainya Rasul masih ada. Bayangkanlah apa perilakumu, bila ditakdirkan Nabi datang bertamu. Apakah engkau akan bersikap hipokrit dihadapannya atau engkau terus dengan perangai harianmu sehingga hancur hati baginda. Andainya Rasul masih ada…………….
Andainya Rasul masih ada. Bayangkanlah apa perilakumu, bila ditakdirkan Nabi datang bertamu. Apakah engkau akan bersikap hipokrit dihadapannya atau engkau terus dengan perangai harianmu sehingga hancur hati baginda. Andainya Rasul masih ada…………….
Nabi muhammad akhir zaman, Selagi hidup selagi itu zamanNya belum akhir,
Pandangan pencipta kekal pada ciptaan Terbang bayang gelap satu persatu berganti baju bayang hitam itu putih putih itu hitam tukar menukar.... mahu sampai ada kekal ada hancur
pastinya akan baginda tampar setiap muka manusia yg berarak membawa sepanduk nama baginda keliling bandar...
SEBAB BUKAN ITU YG BAGINDA MAHUKAN... IBARAT MENYEMBAH NAMA BAGINDA LAYAKNYA...
Baginda mahukan kita memahami, menghayati dan bangkit melaksanakan semula perjuangannya, menghidupkan dan mengulangi sunnah sunnah perjuangannya... bukan sekadar ikut cara baginda makan, cara berpakaian, cara kawin, cara itu dan ini... itu semua luaran saja... cari inti sunnah baginda dalam memperjuang dan membangun Islam... hingga Islam di redoi allah dan di hurmati seluruh umat manusia...
__________________
\\\ Mencari kebenaran fi sabilillah hingga keakhir hayat ///
Originally posted by: ts30 "RE: Seandainya Rasul Masih Ada....
pastinya akan baginda tampar setiap muka manusia yg berarak membawa sepanduk nama baginda keliling bandar...
SEBAB BUKAN ITU YG BAGINDA MAHUKAN... IBARAT MENYEMBAH NAMA BAGINDA LAYAKNYA... Baginda mahukan kita memahami, menghayati dan bangkit melaksanakan semula perjuangannya, menghidupkan dan mengulangi sunnah sunnah perjuangannya... bukan sekadar ikut cara baginda makan, cara berpakaian, cara kawin, cara itu dan ini... itu semua luaran saja... cari inti sunnah baginda dalam memperjuang dan membangun Islam... hingga Islam di redoi allah dan di hurmati seluruh umat manusia..."
ahakksss :) pedas tapi logik jugakkkk...
cuma kita harus berpandangan dan berfikiran positif, ambil yang positif saja dari apa yg sedang di lakukan.
-- Edited by Sufian at 07:21, 2005-04-24
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"