Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: salah guna loga halal....


Veteran

Status: Offline
Posts: 27
Date:
salah guna loga halal....


GOMBAK: Sebuah syarikat makanan di sini dikesan menggunakan label halal pada tin (gambar) yang mengandungi daging siput babi mentah yang haram dimakan umat Islam di negara ini.

Syarikat berkenaan dipercayai mengimport makanan itu dari negara jiran untuk ditinkan di sebuah kilang di kawasan perindustrian Batu Caves.

Tindakan yang dianggap cuba mengaburi pengguna Islam khususnya, terbongkar selepas sepasukan tiga pegawai Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) diketuai Penolong Pegawai Penguat Kuasa KPDNHEP cawangan Kuala Kubu Baru, Ibrahim Abdullah dan dua pegawai Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menyerbu kilang berkenaan jam 11 pagi, semalam.

Sumber KPDNHEP berkata, pihaknya menemui beratus tin produk itu dalam kedai terbabit.

Menurutnya, siasatan lanjut mendapati tin seberat 850 gram itu dijual pada harga RM22 setiap satu.

“Terdapat juga 92 daging siput babi yang sudah diproses dan direndam dalam air garam,” katanya kepada Harian Metro.

Beliau berkata, KPDNHEP mengambil tindakan mengikut Akta Perihal Pengguna Perbahasan Halal 1975 yang boleh membawa hukuman denda maksimum RM100,000 kepada pemilik kilang terbabit.

Menurutnya, semua tin berkenaan untuk edaran beberapa kedai, termasuk kedai ubat tradisional dirampas.

Sejak akhir-akhir ini, KPDNHEP dan Jakim mengadakan operasi membanteras penggunaan logo halal palsu di kalangan pengusaha.

Selasa lalu, KPDNHEP menyerbu sebuah kilang memproses bebola ikan dan makanan ‘stimbot’ yang dikesan sewenang-wenang memalsukan logo halal Jakim pada sebahagian besar produk keluarannya.

Kilang milik pengusaha bukan Islam di Taman Baiduri, Batu Caves, didapati meniru dan mencetak logo halal Jakim pada luar bungkusan lima produk keluarannya tanpa kebenaran yang ditetapkan.

Lebih memeranjatkan apabila semua produk makanan berkenaan dihasilkan sepenuhnya oleh pekerja bukan Islam yang bertugas tanpa menggunakan sarung tangan atau pakaian khas di dalam persekitaran kilang yang kotor.

Siasatan lanjut mendapati, semua paket makanan siap diproses itu tertera logo halal Jakim tiruan pada label bungkusan yang menyamai hampir 100 peratus logo tulen Jakim.

Sumber Jakim berkata, pemilik kilang berkenaan pernah memohon untuk mendapatkan kebenaran menggunakan logo halal Jakim tahun lalu namun ditolak kerana tidak memenuhi syarat ditetapkan.

Pemilik kilang jelas melanggari syarat pemberian sijil pengesahan halal Jakim kerana beroperasi dalam suasana kilang yang kotor dan menjijikkan..


Di petik dr web sengkarai.com



__________________
Bullet
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard