Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kuliah Ilmu


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:
Kuliah Ilmu


Assalamualaikum...


Ni saya nak bertanya, ada tak kita bukak kuliah pengajian ilmu? Ngaji al-quran ker? Baca tafsir ker? Kuliah Hadis ker?


syok jugak tu. lebih2 lagi hadis 40 (matan al-arbain al-nawawiyyah). sebgai menambah ilmu yer tak..


kot2 sesape ble jwp pertanyaan ni. kalau tak ada pe kata kita mulakan......


hormat.



__________________
sudirman


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

 
a{text-decoration:none};a:hover{color:red; text-decoration:underline; text-style:bold; }






Setiap Amalan Bergantung Dengan Niat


Rasulullah saw. Bersabda yang maksudnya:
“Sesungguhnya sah atau tidak sesuatu amalan itu, bergantung pada niat. Dan setiap sesuatu pekerjaan itu apa yang diniatkan. Maka sesiapa yang berhijrah semata mata taat kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya itu diterima oleh Allah dan Rasulnya. Dan sesiapa yang berhijrah kerana keuntungan dunia yang dikejarnya, atau kerana perempuan yang akan dikahwini, maka hijrahnya itu terhenti pada apa yang ia niat hijrah kepadanya”.
  Bukhari Muslim




Huraian :




Peranan niat adalah amat penting dalam kehidupan manusia, kerana niat menentukan segala galanya samaada jujur atau tidak jujurnya, sama ada ikhlas atau tidak iklas seseorang itu atau sebagainya, semuanya bergantung dengan niat.
Ulama’ kaum muslimin meletakkan niat itu sebagai rukun pertama dalam semua ibadat. Bahkan untuk membedakan antara ibadat dengan adat hanyalah dengan niat. Jika niatnya baik, baiklah amalannya dan begitulah seterusnya.
Sesuatu perbuatan adat jika diniatkan mengikut tuntunan dan keredaan Allah dan Rasulullah maka ia berubah menjadi ibadat dan mendapat pahala.
Penghijrahan manusia dari satu tempat kesatu tempat dari satu tugas kesuatu tugas. Dari satu hajat kesuatu hajat semuanya akan dilaksanakan mengikut apa yang diniatkan.

matan al-arbain : hadis pertama

__________________
sudirman
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard