Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: PM mahu petani guna air bawah tanah


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
PM mahu petani guna air bawah tanah


 



ABDULLAH dan Dr Zeti melihat papan maklumat yang
disediakan pada majlis perasmian Laman Informasi, Nasihat
dan Khidmat (Lnik) Bank Negara Malaysia, semalam.


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengingatkan masyarakat petani supaya berusaha mendapatkan bekalan air bawah tanah bagi menghadapi musim kemarau yang melanda negara sekarang.






Perdana Menteri berkata, petani yang selama ini hanya bergantung kepada tali air sebagai sumber perairan, kini perlu mencari pilihan lain dengan mendapatkan bekalan air bawah tanah jika tali air kering.

“Kalau tidak, susah nanti mereka jika hanya berharap pada air daripada tali air saja,” katanya pada sidang media selepas melancarkan Laman Informasi, Nasihat dan Khidmat (LINK) Bank Negara Malaysia, di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas cuaca panas yang melanda negara sekarang sehingga menyebabkan beberapa kebakaran hutan di Perak, Selangor dan terbaru di Kelantan.

Selain itu, cuaca panas yang kini berlaku juga menyebabkan beberapa kawasan kering-kontang manakala di beberapa kawasan tertentu, pokok kelihatan layu dengan kebanyakan daunnya gugur.

Akhbar kelmarin melaporkan, Alor Star mencatat suhu setinggi 38.3 darjah Celsius pada Ahad lalu, iaitu angka tertinggi pernah dicatat di negara ini setakat ini.

Selain itu, Perdana Menteri juga meminta orang ramai mengambil langkah berjaga-jaga dengan tidak melakukan pembakaran terbuka kerana api mudah merebak berikutan cuaca panas dan kering.



EMPANGAN Mengkuang Bukit Mertajam.


Katanya, kebakaran sukar dipadam dan Jabatan Bomba dan Penyelamat perlu menggunakan segala keupayaan untuk memadamkan api.

“Rakyat kena berjaga-jaga. Ini bukan masa untuk membiarkan pembakaran terbuka kerana api mudah merebak.

“Bagi perokok, jangan buang puntung rokok merata-rata kerana ia mudah terbakar,” katanya.

Di PEKAN, Datuk Seri Najib Razak menasihatkan orang ramai tidak membuat sesuatu yang boleh membawa kepada kebakaran sama ada secara sengaja atau tidak dalam keadaan cuaca panas sekarang.



EMPANGAN Timah Tassoh Perlis.


Timbalan Perdana Menteri berkata, perbuatan tidak bertanggungjawab seperti mencampak puntung rokok merata-rata boleh mengakibatkan kebakaran yang mudah merebak sehingga sukar dikawal


__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard