Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Hutan, bukit di Selayang pula ditarah, digondol


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
Hutan, bukit di Selayang pula ditarah, digondol


Hutan, bukit di Selayang pula ditarah, digondol

 









PEMANDANGAN dari udara kawasan hutan dan berbukit berhampiran pejabat tanah Gombak ini mengalami kesan penggondolan dan penebangan pokok yang dahsyat demi pembangunan hartanah berjuta ringgit berhampiran Bandar Baru Selayang, Selangor, semalam. - Gambar Aswad Yahya dan Izham Jaafar.





KUALA LUMPUR 26 Feb. - Setelah dikejutkan dengan ancaman kepada sistem ekologi di Taman Pertanian Malaysia Bukit Cahaya Seri Alam, kini timbul persoalan mengenai kegiatan pembangunan yang agresif dan keterlaluan berhampiran kawasan berbukit dan hutan di Selayang, Selangor.


Ia meliputi kawasan berhampiran Bandar Baru Selayang melunjur sehingga ke Taman Rimba Templer.


Ironisnya, kemusnahan bagi tujuan pembangunan itu hanya terletak beberapa ratus meter dari pejabat tanah Gombak dan pejabat Majlis Perbandaran Selayang (MPS). Taman Rimba Templer merupakan satu lagi `tangki oksigen' bagi penduduk Lembah Klang yang perlu dipelihara.


Tinjauan dari udara yang dibuat dengan helikopter kelmarin mendapati kemusnahannya dahsyat kerana ia melibatkan kawasan berhampiran empangan - sumber air minuman manusia.


Penebangan kawasan hutan dan bukit yang seolah-olah berjalan tanpa kawalan itu turut mencetuskan perasaan gelisah dan tidak puas hati Menteri Pengangkutan yang juga Ahli Parlimen Selayang, Datuk Seri Chan Kong Choy.


Kong Choy yang dihubungi Mingguan Malaysia mengakui menerima aduan dan rungutan orang ramai berhubung projek berkenaan sehingga menyebabkan beliau secara peribadi terpaksa menulis surat aduan mengenai perkara tersebut kepada pihak Majlis Perbandaran Selayang (MPS).


``Kita maklumkan kepada MPS betapa mereka perlu mengawal kegiatan pembangunan di situ kerana projek berkenaan menunjukkan kemusnahan yang ketara.


``Saya sebagai wakil rakyat di kawasan ini berharap benar mereka (MPS) boleh mengambil tindakan yang sepatutnya di atas aduan berkenaan,'' tegasnya.


Hasil tinjauan udara itu menunjukkan gambaran yang sungguh mengejutkan kerana sebahagian kawasan tersebut hampir gondol bagi tujuan pembinaan ribuan unit rumah dan kompleks perniagaan komersial.


Pokok-pokok ditebang dan bukit-bukit telah diratakan bagi memberi laluan kepada pembangunan hartanah yang mampu membawa pulangan berjuta-juta ringgit.


Apa yang lebih membimbangkan ialah pembangunan yang bermula dari kawasan di belakang pejabat tanah Gombak itu kini semakin menghampiri kawasan tadahan air Empangan Batu.


Malah salah satu kawasan berbukit yang kini sedang rancak `digondolkan' itu hanya terletak kira-kira 500 meter daripada tebing empangan tersebut.


Berdasarkan pemerhatian mata kasar, tidak mustahil satu hari nanti empangan yang dibina pada tahun 1987 dengan kos RM27 juta, bagi menyalurkan air minuman, pertanian dan industri itu akan menerima kesan kerakusan manusia yang terlalu mementingkan keuntungan.


Mengikut jangkaan menjelang 2010 Selangor akan mengalami krisis air yang meruncing. Mungkin dengan fenomena ini jangkaan tersebut dijangka lebih pendek.


Sementara itu Ahli Dewan Undangan (ADUN) Taman Templer yang juga Ahli Majlis MPS, Datuk Ahmad Bhari Abd. Rahman ketika dihubungi enggan mengulas isu berkenaan.


``Buat apa tanya saya, tanyalah Yang Dipertua MPS (Bakarudin Othman),'' katanya ringkas.


Sementara itu usaha untuk mendapatkan komen Bakarudin gagal apabila nombor telefon bimbitnya tidak dapat dihubungi.


Utusan Malaysia dalam laporan siasatannya Khamis lalu mendedahkan mengenai kegiatan pembangunan tidak terancang di sekeliling sempadan Taman Pertanian di Shah Alam sehingga mengancam sistem ekologi dan biodiversiti di dalamnya.


Taman seluas 800 hektar (2,000 ekar) kendalian Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani itu, hampir menjadi pulau kerana rata-rata garis sempadannya sedang dibangunkan sebagai kawasan penempatan manusia.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 131
Date:

assalamualaikum...


manusia manusia.... tgk lah berapa cantik dan indahnyer dunia dan alam sekeliling yg allah kurnia kan pada kita ini...... habis pokok di potong bukit lurah gali... habis apa yg tinggal untuk kita ini... hanya tgl sejarah sahaja ke... tgl sejarah tak guna juga misti ada bukti... untuk masa depan bukan untuk kita bah kan untuk generasi yg akan datang kelak.....


 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

SUBHANALLAH ......



 



__________________
A d i b T o s h i o™


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


kurang asam jawa punya org yg buat keje tu.




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:



__________________
-


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:

 







AHMAD Bhari Abd. Rahman terkejut melihat timbunan balak yang ditebang hasil penebangan berleluasa di kawasan berbukit antara Pejabat Tanah Gombak dan Taman Rimba Templer, Selayang semalam. - Gambar ABD. RAHMAN SALEH.




Pembangunan melampau sebahagian kawasan bukit di Selayang, Selangor mengejutkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Taman Templer, Datuk Ahmad Bhari Abd. Rahman yang menyifatkan kesannya jauh lebih dahsyat daripada apa yang beliau bayangkan.


Dalam tinjauan lebih tiga jam bersama Utusan Malaysia semalam, pokok-pokok di kawasan bukit antara Pejabat Tanah Gombak dan Taman Rimba Templer didapati ditebang sewenang-wenangnya.


Bukit-bukit juga digondol dengan rakus seakan-akan tidak mempedulikan arahan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya penebangan pokok besar di kawasan itu dilakukan secara minimum.


Tinjauan itu turut mendapati hampir seluruh kawasan berkenaan telah diterokai dan aktiviti pembalakan hampir meranapkan sebahagian besar kawasan hijau di daerah itu, yang terletak di pinggir ibu negara, Kuala Lumpur



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 23
Date:

Assalamu'alaikum semua


ish ish ish awat la depa ni... tak tau la nak cakap apa lagi... dah tak dak cara lain lagi ka


bak kata pepatah....


diluah mati katak


ditelan mati kambin


yang jadi macam ni sebab depa tak kenai ALIF BA THA. dalam kes ni THA depa tak ambik berat.


sorryla kalu ade tersalah cakap. Hamba insan biasa lagi hina



__________________
///SABAR///SABAR///SABAR///


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

salam kembali...


bukit gondol di kerjakan nyer, nie mesti keje setan gondol


takder HUMANITY, TAK DER SENSITIVITY,




-- Edited by ices at 13:48, 2005-03-03

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

hmmm....benda ni terjadi pon  sbb sikap sambil lewa pihak atasan...bila dah tersebar di akhbar baru nak terkejut...baru nak rasa kedasyatannya.... itu semua mainan.... semua suap...


nasib baiklah paklah tekankan utk penting ekonomi agro....bukan industi...kalau tidak gondollah bumi ni....


cuba kita fikirkan...


bagaimana tanah pertanian di taman harmonis gombak boleh di bangunkn rumah flat??


bagaimana pula kejadian di taman sahabat??


bagaimana rumah banglo,workshop boleh didirikan di tepi jalan tanpa CF??? padahal pihak atasan hari2 datang memantau....  


disebabkan tanah digondolkan di selayang...air di lagon..perkampungan org asli,...temper...semua terjejas....tak lama lagi tiadalah kolam air panas yg baru dimajukan tu...


INILAH KEMAJUAN DUNIA KE ARAH PERGONDOLAN!!~

-- Edited by Haikal at 22:11, 2005-03-05



-- Edited by Haikal at 22:14, 2005-03-05

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

mustahil tak tau,  main sorok sorok macam burung unta sorok kepala jer, tapi muntut tunjuk kat owang ekekek

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard