Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Budak 15 bulan mati dilanggar van bapa


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
Budak 15 bulan mati dilanggar van bapa


 

KOTA BHARU 26 Feb. - Seorang kanak-kanak lelaki berusia 15 bulan mati setelah dilanggar van yang dipandu bapanya sendiri dalam satu kejadian di Taman Lati, Pasir Mas, semalam.


Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Supritendan Jalil Talib berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 6.40 petang itu mangsa, Faizal Razip Ehsan dilanggar oleh van terbabit yang sedang mengundur di perkarangan rumah.


``Bapa mangsa, Ehsan Gul Kada Gul, 40, ketika itu tergesa-gesa untuk ke rumah rakannya bagi mendapatkan air setelah kawasan perumahan mereka mengalami masalah terputus bekalan,'' katanya ketika dihubungi Mingguan Malaysia di sini, hari ini.


Beliau berkata, bapa mangsa hanya menyedari terlanggar anaknya setelah terdengar bunyi dentuman kuat dari arah belakang van.


``Apabila keluar didapati anaknya sudah terbaring terlentang dengan kecederaan parah di kepala,'' ujarnya.


Katanya, mangsa meninggal dunia sejurus tiba di Hospital Daerah Pasir Mas.


Ehsan Gul yang berketurunan Pakistan ketika dihubungi hari ini berkata, dia tidak tahu anaknya berada di belakang van kerana semasa dia keluar mangsa masih bermain di dalam rumah.


``Saya menganggap ini sebagai takdir kerana Tuhan lebih sayangkan dia,'' ujarnya.



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard