jikalau saudara belom lagi menyertai pertubuhan ini adalah salah untuk saudara menggunakan sticker pekida.../// coz tu dah kira menyamar.../// saudara nanti kena tangkap lagi tak pasal jer.../// saya cadangkan saudara masuk dulu lepas tu saudara nak tampal pon tak per...///
hehehe...rasanya salah coz ahli aje yang boleh pakai...bila dah pakai,adik bradik lain mesti ingat dia tu pun salah sorang adik beradik...jgn pulak disalah guna,menyamar dll...jgn sampai kena kunci/lock...banyak dah yang kena kes macam ni...betul x kekanda ku sekalian...
quote: Originally posted by: jepun363 "jikalau saudara belom lagi menyertai pertubuhan ini adalah salah untuk saudara menggunakan sticker pekida.../// coz tu dah kira menyamar.../// saudara nanti kena tangkap lagi tak pasal jer.../// saya cadangkan saudara masuk dulu lepas tu saudara nak tampal pon tak per...///"
betul tu jepun363...xpasal2 dpat penyakit...hehehe
hmm betul kata kanda batu kurau tu, pekida ni didaftar kan bawah akta pertubuhan kerajaan malaysia, ada lah menjadi kesalahan yang bukan ahli mengguna kan lambang mana mana pertubuhan sah. ambooii bro buttersuck lepas majlis g mana? den cari tak jumpa, lepas program den ngan wartawan serta group rnd diketuai kanda masjuki g pulak rumah abangbesar rahim tocang.. fuhh kena makan masak asam malam tu....
Ikut logik pun mmg salah dan tak boleh lah pakai sticker atau logo pekida ni kat kenderaan pada yg bukan ahli.Ini akan melibat kan penyamaran yg boleh merosak kan nama pertubuhan atau sebalik nya. Skg ni pulak byk road bully,nanti tak pasal pasal org cakap ahli ni bawak kenderaan secara melulu atau nak membuli di atas jalan raya kerana si pemakai logo nya tidak paham dasar perjuangan sebenar pertubuhan. Yg kami ni bersungguh sungguh bertungkus lumus berkempen sana sini,nak membersih kan nama pertubuhan dan mencermin kan apa yg pertubuhan ini amal kan, tiba ada pulak si lalat nih buat benda tak elok. Akhir kata,ahli yg telah memakai logo di kenderaan masing masing saya berpesan pada diri saya dan juga adik beradik lain tunjuk kan lah sifat sifat kita sebagai berbudi bahasa dan igt apa yg kita pelajari sebelum ini,dan janji kita pada ALLAH !!!
Betul tu, betul tu abg2 sekalian, banyak yg bukan ahli pun banyak pakai sticker, lagipun penjualan sticker memang tidak dikawal la sekarang ni.... itu mungkin masalah problem yang punca tu....
nasihat saya pada mereka2 yang bukan ahli PEKIDA...janganlah tampal sticker PEKIDA kat kereta atau motor takut nanti bila kena pegang tak boleh nak jawab lak....minat dari segi manatu...adakah sebab ikut kawan(baik lupakan aje) atau lahir dari hati yang ikhlas untuk berjuang dari segi masa tenaga dan ekonomi...kalau berminat nak jadi ahli PEKIDA jumpalah mereka2 yang dah disahkan jadi ahli PEKIDA...faham hala tuju(selam dalam diri sendiri) dan mengaji sampai khatam dulu...baru buat keputusan untuk berada dalam PEKIDA...
harap maklum,disini saya sendiri bukan lah ahli pekida.. saya setuju dengan setiap komen yang mana saya lihat ahli2 kumpulan pekida sendiri tidak menggunakan sticker tersebut.. kita boleh kaji sendiri tidak lah semestinya jika kita sendiri atau saudara seislam tidak salah menggunakan sticker tersebut untuk pengetahuan umum,tetapi bila kita fikir dengan minda kita secara matang.. tidak lah perlu kita menggunakan sticker tersebut utk tujuan memberitahu kita adalah segelintir dari ahli kumpulan tersebut.. jika benar itu lah penggunaan kata laluan yang telah disediakan bagi setiap saudara serta adik beradik yang telah pun menjalani kursus.jadi aper tujuan hinggakan perlu seseorang itu menggunakan sticker?.. adakah utk menyebarkan kepada umum bahawa kumpulan tersebut perlu ditakuti oleh setiap masyarakat ataupon sebuah kumpulan islamiah yang ingin menonjol? tetapi tidak sedarkah kamu apabila menggunakan sticker tersebut tidak lah salah dari segi atas minat tetapi mestilah rujuk kepada tujuan dan moto serta apa yang ingin dijuangkan.. sebab kita adalah salah satu dari saudara islam yang sama sebab satu arah kiblat jadi tidak salah.. tetapi harus sedar sebelum menggunakan atau ingin bersama harus menunjukkan sikap serta etika dan kewajipan setiap pejuang agama islam itu sendiri bagaimana dan apa yang perlu ditunjukkan kepada masyarakat.. jangan lah kita cuba2 mengaibkan sebuah kumpulan islamiah yang sudah kian lama tersebar dan kita cuba mengotori serta merosakkan sesebuah perjuangan yang akan menjatuhkan saudara islam itu sendiri.jadi marilah kita fikirkan sejenak.
jika benar berminat tidak salah jika kita sendiri mengabdikan diri utk menjalani kursus serta mendapatkan segala amalan MAHRUF dan aper yang MUNGKAR.saudara kita seislam tidak semua menggangap jika berminat. tidak lah seseorang saudara seislam sendiri itu ingin membenci malahan dialu alukan insyaallah.. yang penting niat.
dari pengalaman seseorang itu dapatkan pengajaran,dari rantauan kita berkenalan,
dari berkenalan kita dapat menyatukan silaturahim yang akan berpanjangan,berkenal serta
amalkan sikap merendah diri kerana dari sikap merendah diri itu kita akan disegani oleh setiap
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...
abg zack..cerita laa pasal macam mana kita nak mebela nasib bangsa dan agama kita...macam mana kita nak bersatu...biar laa kita keluarkan aktikel yang membina supaya yang lain dapat mengambil pengajaran....hik..hik..hik..hik..
ok jer...sekian assalamualaikum... yang baik lagi hodoh datangnya dari saya dan yang baik lagi mulia datangnya dari Allah..
quote: Originally posted by: noc graffin "abg zack..cerita laa pasal macam mana kita nak mebela nasib bangsa dan agama kita...macam mana kita nak bersatu...biar laa kita keluarkan aktikel yang membina supaya yang lain dapat mengambil pengajaran....hik..hik..hik..hik.. ok jer...sekian assalamualaikum... yang baik lagi hodoh datangnya dari saya dan yang baik lagi mulia datangnya dari Allah.. "
betul apa yg dikata kan fit ni .. itu mmg tangungjawap kita semua sebagai ahli membela agama kita dan lain lain ..Tetapi sekarang topic ini dibuka atas dasar dia bukan seorang ahli dan ingin tahu dan dia bertanya .. ini tidak salah bagi dia bertanya di sini, dan jawapan telah didapati nya dgn jelas.
hmm nak pakai tu pakai la.. berpada pada la, dapat gak saling kenal mengenal... tapi den tak tunjuk buah.. malu den ekek maaf abang abang sesekali den nak gurau..
Ingin saya selit sikit la pendapat saya. Bagi saya, kalau bukan ahli, adalah tidak wajar bagi mereka memakai sticker Pekida. Ingin adalah kerana, pelbagai perkara negatif yang boleh berlaku. Malah nama pertubuhan yang kita cuba pertahankan kesuciannyapun boleh tergugat jika bukan ahli memakai sticker dan melakukan perkara-perkara yang tidak elok. Jadi nama pertubuhan kita tercemar oleh orang luar. Kalau ahli yang memakai sticker dan melakukan kesalahan, kita boleh hukum (nasihat) mereka kerana mereka berjanji untuk menjaga nama pertubuhan. Kalau orang luar, payahlah nak nasihat.
Kalau ahli pakai sticker ni, nak buat menda jahatpun pikir 10-20 kali. Kalau tertangkap, teruk kena tarbiyah. Kalau bukan ahli pakai, dia buat jahatpun, kita nak tracepun susah.
Topic sticker ni, banyak perkara lagi saya nak sentuh. Tapi tak cukup masa la. Cuma kalau kita nak mempertahankan sticker ni, kena ada penguatkuasaan jugak. Kena la Badan Bertindak ni aktif kenalpasti sesapa yang menyamar. Baru kes pakai sticker dan menyamar ni dapat dibendung.
Kesimpulannya, biarlah sahaja ahli yang memakai sticker. Itu antara keistimewaan menjadi ahli. Orang luar tu, kalau nak sangat pakai sticker, muasabah diri dan sucikan hati, bersama-sama daftar dalam perjuangan kita. Kan senang.
kalau ahli..x kisah la kalau nak pakai ke tak...x perlu taku kalau kita x menyamar...tp kalau bukan ahli..baik jgn pakai..itu dah kira mencuri hak org lain...sama cam sticker pertubuhan lain gak..stiker tu dibuat utk ahli2 nya sahaja...macam stiker polis gak..kalau kita bukan polis...mane leh pakai stiker tu...kena ingat tu...kang kena tanye..susah nk menjawab nnti....kesimpulannye...biarlah ahli je yg pakai sticker...yg bukan ahli tu...kalau bole..xyah la pakai ok? byk lg stiker2 yang cantek2 kt kedai tu...siap ader yg pantul cahaya tuh...beli je...lg murah...sticker pekida ni mahal ckit...
Sepanjang yang di dengar Pengarah R&D iaitu Dr Masjuki pernah berkata org yang sudah di baiah sekalipun tetapi jika dia tidak menjadi ahli yang berdaftar maka dia tetap tidak boleh memakai sticker PEKIDA.
Ya benar....Dato' Presiden pernah izinkan penggunaan sticker walaupun bukan ahli dan selepas dikaji dan ia boleh dan memang mendatangkan kerosakan dan menjejaskan nama baik PEKIDA jadi sekarang penggunaannya dikalangan bukan ahli tidak dibenarkan sama sekali.
Ahli Jawatankuasa Bertindak telahpun ditubuhkan dan bersungguh-sungguh memerangi dan memantau mereka yang memakai sticker secara tidak sah.Semasa di Batu Pahat, Ayah Paq juga ada menyentuh isu penggunaan sticker nie.Menurut Ayah Paq, tindakan keras akan diambil bagi mereka yang memakai sticker nie secara tidak sah.
Dan kalau tidak silap penaung PEKIDA juga,telahpun mengarahkan anggota JKB untuk bersama-sama turut serta menahan mereka yang memakai sticker ini secara tidah sah. Jika ada yang tertangkap, mereka tidak dapat menyerahkan dokumen yang sepatutnya iaitu kad ahli PEKIDA yang berdaftar,tindakan selanjutnya akan diambil oleh Majlis Tertinggi PEKIDA.
Di R&D pun, bagi adik-adik yang baru mereka paling awal dibenarkan memakai sticker PEKIDA setelah mereka menjadi ahli berdaftar selama lebih kurang 3 bulan itupun setelah memohon lesen khas.Pihak R&D akan melakukan penapisan dan juga mengadakan surat perjanjian dengan bersertakan nombor ahli dan dokumen pengenalan diri mereka agar ia tidak disalah gunakan.
So,ahli yang dah berbaiah tapi belum jadi ahli berdaftar pun take note haaa....
Nah.....harap selepas penjelasan nie isu sticker tak timbul lagi.Harap maklum.
Mohon maaf yer kalau ada yang tersinggung.....
-yang buruk datangnya dari saya yang jahil...yang baik datangnya dari Allah s.w.t-
-- Edited by pekida at 03:45, 2005-03-02
__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...