Inilah malaysia boleh.... From: Research and Information Center on Islam Date: Mon Feb 21, 2005 9:01 am Subject: IRC: Kami bantah kerana 0rang Islam boleh murtad selepas 25 Februari ini?
IRC: Kami bantah kerana 0rang Islam boleh murtad selepas 25 Februari ini? Wednesday, February 16 @ 13:31:05 MYT
Oleh UMAR ZIYAD Suruhanjaya Antara Agama (IRC) serta rang undang-undang mengenainya akan dilancarkan pada 24 dan 25 Februari ini. Seperti dijelaskan dalam beberapa artikel terdahulu, IRC (nama asalnya Majlis Antara Agama) adalah hasil perancangan antara majlis perundingan agama- agama bukan Islam (MCCBCHS) dengan Majlis Peguam. (Sila rujuk dua artikel di bawah: "IRC bakal musnahkan keharmonian berbilang agama" dan "Majlis Peguam juarai hak untuk murtad")
Penganjur kini berusaha keras bagi mendapat "restu" pemimpin utama kerajaan untuk melancarkan IRC, termasuk daripada Perdana Menteri sendiri, selepas menyedari tentangan berterusan daripada umat Islam negara ini. Atau setidak-tidaknya tiada kata celaan terhadap inisiatif mereka itu. Menghina Islam
Meneliti tentatif program, pembentang kertas kerja merupakan orang yang banyak menimbulkan kontroversi mengenai Islam, malah pernah secara tidak beradab mempertikai isu-isu asas dalam Islam, misalnya Malek Imtiaz, Haris Fathillah (selalu memberi ucapan tentang murtad dalam perjumpaan Majlis Peguam), Leonard Teoh (peguambela yang mewakili Aishah Bukhari dalam isu murtad), dan seorang wakil Sisters in Islam.
Antara fungsi utama IRC nanti ialah mengadakan satu mekanisme untuk menyelesaikan masalah antara agama, misalnya hak orang Islam untuk murtad, dan ini tentulah tidak dapat dibiarkan begitu saja oleh orang Islam.
Presiden MCCBCHS, V Harcharan Singh, secara terus terang dalam wawancara The Sun weekend, 29 Januari lalu, menimbulkan hal-hal sensitif ini, termasuk keperluan orang Islam diberi hak murtad. Kenyataan itu sebenarnya adalah lanjutan daripada memorendum "anti- Islam" majlis berkenaan kepada Majlis Peguam, yang kemudiannya mencetuskan idea penubuhan IRC.
Harcharan juga mengkritik pihak penguatkuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) atas tindakan menahan orang-orang Islam yang melakukan kerja-kerja bertentangan dengan agama, di sebuah kelab malam baru-baru ini. Beliau mempersoal kuasa JAWI untuk berbuat demikian, bukan lagi sekadar mengkritik kaedah penahanan dilakukan. Baginya, isu-isu berkaitan moral harus dibiarkan kepada keluarga dan individu sahaja.
Dibimbangi sikap campur tangan dalam hal-hal yang tidak ada kena mengena dengan hak mereka untuk menganuti agama masing-masing itu semakin menjolok mata. Selain boleh mengancam keharmonian agama di negara ini, ia dianggap tindakan "biadab" dan mesti dihentikan.
IRC yang dicadang itu -- seperti dimaklum penganjurnya, Malek Imtiaz Sarwar -- bukanlah satu badan yang prihatin dalam hal ehwal mempraktikkan agama, tetapi mementingkan hak asasi manusia tentang agama, seperti hak keluar dari agama, hak mempersoal mana-mana agama, tidak kira sama ada mereka penganut agama berkenaan atau tidak.
Peranan Konrad Adenauer Foundation
Satu lagi perkembangan kurang sihat dalam hal berkaitan adalah campur tangan Peter Schier, Pengarah Konrad Adenauer Foundation (KAF) Malaysia, dengan memberi bantuan kewangan, bagi mempromosikan aktiviti seumpama itu.
Awal-awal lagi satu kumpulan Muslim menjelaskan sikap penentangan mereka kepadanya, terutama campurtangannya sebagai orang asing dalam masalah agama di Malaysia. Ketika itu beliau beranggapan penubuhan IRC adalah tidak sesuai, bukan disebabkan ia bersifat anti-Islam, tetapi kerana masalah rumit dalam perlantikan wakil-wakil untuk setiap agama. Kini jelas beliau tidak bercakap benar!
Peter Schier terbabit dalam beberapa aktiviti yang memberi gambaran buruk kepada Islam. Beliau pernah menganjurkan persidangan Etika Global, yang merupakan satu konsep sekular, bertujuan menggantikan agama sebagai sumber ajaran moral dan etika. Beliau mengambil ajaran- ajaran bersamaan dari semua agama, yang digabungkan semuanya menjadi sumber utama etika dan moral, manakala agama kemudiannya diketepikan.
Dalam kegiatan yang sama beliau juga menayangkan satu dokumentari mengenai Etika Global. Di dalamnya ada beberapa aspek yang memberi gambaran buruk kepada Islam. Ini ditentang beberapa tokoh Islam terkemuka seperti Prof Kamal Hassan dan pemimpin ABIM. Beliau turut menjadi editor bersama buku bertajuk "Is Malaysia An Islamic State?" yang mana beberapa isu-isu bertentangan dengan kedudukan Islam di Malaysia telah diheboh-hebohkan.
Peter Schier dikatakan pakar dalam campurtangan masalah politik di negeri beliau bertugas. Pada tahun 90-an, semasa beliau di Kemboja sebagai wakil KAF, beliau telah diserang oleh beberapa pihak di sana kerana campurtangannya dalam hal ehwal politik negara itu. Sekarang nampaknya beliau melakukan kerja yang sama di Malaysia.
Tepat sekali digambarkan beliau sebagai "cultural saboteuer" (pakar sabotaj budaya). Kerajaan digesa supaya meninjau gerak-gerinya yang sentiasa memasukkan pendirian "anti-Islam" melalui kegiatan KAF di negara ini sebelum tercetus tragedi tidak diingini.
II
IRC bakal musnahkan keharmonian berbilang agama
Walaupun usaha menubuhkan Majlis Antara Agama (IRC) ditentang hebat masyarakat Islam namun satu persidangan bertaraf nasional akan diadakan Februari depan. Penganjur giat melobi untuk mendapat sokongan kerajaan.
Kerajaan diharap tidak terperangkap kerana ia boleh memusnahkan keharmonian kehidupan antara penganut berlainan agama di Malaysia. Ini kerana ia sengaja mempersoalkan beberapa prinsip asas Islam.
Idea asal IRC tercetus dari memorandum dan desakan Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism - MCCBCHS) yang diserahkan kepada Majlis Peguam. Kini ia dijuarai Majlis Peguam sendiri.
Agama dalam kad pengenalan
Keseluruhan memorandum MCCBCHS bertarikh 21 Ogos 2001 itu berbau anti-Islam. Antara aduan dan tuntutan mereka ialah:
Orang Islam hendaklah diberi hak untuk murtad. Supaya dapat berbuat demikian, mahkamah sivil dan bukanlah badan berkuasa syariah, yang berhak menuntut kebebasan untuk murtad -- sebagai satu aspek kebebasan agama yang diperuntukkan oleh Perlembagaan -- bagi orang Islam. Definisi Muslim dalam undang-undang negeri adalah amat luas dan tidak mematuhi Perlembagaan.
Usaha yang dibuat oleh badan-badan berkuasa syariah adalah melampau dan boleh dipertikai. Kad pengenalan orang Islam sepatutnya tidak mencatatkan agama mereka.
MCCBCHS dan juga beberapa orang dalam Majlis Peguam, serta jawatankuasa kecil hak asasi manusia di bawahnya, tidak peduli dan sensitif dengan hakikat bahawa:
Bukan Islam tidak berhak membangkitkan isu-isu yang hanya menyentuh orang Islam sahaja dan juga ajaran Islam.
Mereka sebagai bukan Islam tidak berhak menimbulkan hak kebebasan beragama orang Islam. Bagi mereka, Perkara 11 yang memberi hak kebebasan agama, juga memberi hak kepada orang Islam untuk keluar agama, seolah-olah Perlembagaan mengatasi ajaran Islam. Tetapi bagi Muslim, hak kebebasan agama hendaklah ditafsir menurut ajaran Islam dan bukan melanggarnya.
Sebagai pemimpin agama bukan Islam, hak mereka adalah mengenai agama mereka sahaja. Mereka tidak boleh campurtangan atau mendesak ajaran agama-agama lain diubah untuk kepentingan mereka. Kalau sempadan ini dicerobohi, maka penganut mana-mana agama boleh menyentuh ajaran agama lain, dan ini boleh menimbulkan rasa marah.
Suhakam sudah mencukupi
IRC tidak diperlukan kerana Suhakam sudah mencukupi. Bukan Islam yang merasakan hak mereka mempraktikkan agama disekat boleh membuat aduan ke sana.
Golongan ini juga menggunakan `khilaf' atau beberapa perbezaan tafsiran dalam ajaran Islam untuk menimbulkan keraguan tentang isu murtad. Sedangkan tujuan mereka hanya untuk menguntungkan bukan Islam tertentu, dan memberi hak kepada orang Islam untuk murtad.
Sedangkan, bukan dalam Islam saja yang ada `khilaf', agama-agama lain pun sama, misalnya perbezaan dalam Kristian. Dan mereka sendiri tidak dapat mendirikan satu badan untuk mengharmonikan semua perbezaan itu.
Ada cadangan supaya IRC boleh bertindak seperti mahkamah, iaitu memutuskan masalah yang timbul antara orang Islam dan bukan Islam dan juga antara sesama Islam, sehingga menguatkuasakan hukumannya. Ertinya, badan yang dianggotai orang Islam dan bukan Islam ini boleh memutuskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk murtad.
Penaja IRC telah dicabar supaya menjelaskan, apakah ada satu badan di dunia ini, yang berkuasa seperti apa yang dicadang mereka, iaitu atas aduan orang yang bukan penganut sesuatu agama terhadap agama lain, maka ajaran agama lain itu boleh diubah?
Ini satu usaha berbahaya kepada orang Islam kerana ia begitu ketara menentang ajaran Islam. Beberapa pihak menentang hebat, antaranya peguam-peguam Islam yang menganggotai jawatankuasa kecil syariah dalam Persatuan Peguam Malaysia, Persatuan Peguam Muslim dan juga ACCIN (Allied Coordinating Committee of Islamic NGOs).
ACCIN terdiri dari 14 badan Islam, iaitu Al-Hidayah, Belia Perkim, Gepima, Islamic Information and Services, Islamic Outreach Abim, Jim, Macma, Al-Hunafa, Darul Fitrah, PUM, Ricoi, Saba Islamic Media dan Wamy.
Berselindung atas nama kemanusiaan
Memo itu juga berselindung atas nama kemanusiaan. Hujah mereka, ramai yang menganut Islam secara terpaksa -- kerana mahu berkahwin -- apabila gagal dalam perkahwinan menghadapi masalah besar untuk kembali kepada agama asal, dan terpaksa menanggung kesusahan.
Namun, jika alasan ini diterima maka kemudiannya, alasan-alasan lain juga akan didesak untuk diterima. Golongan tertentu dalam Kristian dikatakan giat berusaha menubuhkan IRC sambil memperkudakan agama- agama lain yang sendiri terkilan kerana penganut mereka dipengaruhi Kristian.
Tiada kompromi terhadap sebarang usaha untuk mempersoalkan prinsip asas Islam, yang tidak terpakai kepada bukan Islam, dan menyentuh orang Islam sahaja, tidak kira sama ada saudara baru atau dilahirkan sebagai Muslim. Mereka berhak memperdebatkan ajaran agama mereka sahaja dan tidak mempersoalkan ajaran agama-agama lain, apatah lagi jika ia ditimbulkan demi kepentingan mereka.
Cuba bayangkan senario ini nanti: Jika orang Islam pun mencabar ajaran Kristian, misalnya patung yang digantung atas salib adalah Jesus Christ, iaitu Nabi Isa kepada orang Islam. Islam menafikan Nabi Isa mati disalib. Oleh itu, adakah orang Islam boleh mendesak agar patung itu dikeluarkan, salib saja boleh pakai?
Begitu juga berkaitan Sikh, yang dalam kitab mereka merujuk Tuhan sebagai Allah. Apa akan jadi apabila umat Islam menggesa supaya istilah Allah itu digantikan dengan nama tuhan yang lain?
III
Majlis Peguam juarai hak untuk murtad?
Beberapa anggota Majlis Peguam, yang diketuai Khutubul Zaman Bukhari dan jawatankuasa kecil hak asasi manusia yang didokong Malik Imtiaz Ghulam Sarwar adalah tonggak kepada IRC (Majlis Antara Agama), satu badan yang memperjuangkan hak orang Islam untuk keluar agama.
Anti-Islam
Sebenarnya IRC adalah badan yang didokong kepentingan bukan Islam, yang bertujuan menentang Islam dalam beberapa aspek, seperti dijelaskan dalam idea asalnya, melalui surat Majlis Perundingan Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh (MCCBCHS), bertarikh 1 Ogos 2001, kepada Majlis Peguam:
Orang Islam hendaklah diberi hak murtad. Supaya dapat berbuat demikian, mahkamah sivil -- dan bukan badan berkuasa syariah -- yang berhak menuntut kebebasan untuk murtad. Definisi Muslim dalam undang- undang negeri adalah amat luas dan tidak mematuhi Perlembagaan. Kad pengenalan orang Islam sepatutnya tidak mencatatkan agama mereka. IRC berkuasa mahkamah
Ada cadangan supaya IRC boleh bertindak seperti mahkamah, iaitu memutuskan masalah yang timbul antara orang Islam dan bukan Islam dan juga antara sesama Islam, sehingga menguatkuasakan hukumannya. Ertinya, badan yang dianggotai orang Islam dan bukan Islam ini boleh memutuskan bahawa orang Islam mempunyai hak untuk murtad.
Penaja IRC dicabar supaya menjelaskan, apakah ada satu badan di dunia ini, yang berkuasa seperti apa yang dicadang mereka, iaitu atas aduan orang yang bukan penganut sesuatu agama terhadap agama lain, maka ajaran agama lain itu boleh diubah?
Jawatankuasa kecil Syariah
Jawatankuasa tersebut di bawah Majlis Peguam berulangkali melalui beberapa surat memberitahu Majlis Peguam dan juga jawatankuasa kecil hak asasi manusia:
IRC yang dicadangkan itu bersifat anti-Islam. Oleh itu, mereka menentangnya.. Tidak mahu terbabit dengan IRC.
Memandangkan Persatuan Peguam adalah badan yang dianggotai peguam Islam dan bukan Islam -- seperti dikehendaki undang-undang untuk menjadi peguam bela dan peguamcara - maka ia tidak sesuai menjuarai mana-mana pihak yang bertentangan dengan pihak lain, sebab kedua- duanya menganggotai Persatuan Peguam. Apa pun, Majlis Peguam tidak mempedulikan pendirian peguam-peguam Muslim dan terus bersikap "membujur lalu melintang patah": AJK Syariah yang menentang IRC tidak dilantik semula dan digantikan dengan Sham Haris Fadhilah yang lantang menjuarai hak orang Islam untuk murtad. Kedua, semua AJK Syariah diserap dalam IRC tanpa persetujuan mereka.
Pengaruh MCCBCHS dalam Majlis Peguam amat bertentangan dengan Seksyen 46A Akta Profesion Peguam yang melarang peguam-peguam yang memegang jawatan dalam badan lain menganggotai Majlis Peguam. Tujuan peruntukan ini supaya peguam boleh bertindak bebas dan tidak dikongkong badan-badan lain.
Namun Majlis Peguam tidak menghiraukannya apabila membenarkan MCCBCHS mempengaruhinya, sekali gus mengetepikan kepentingan dan sensitiviti anggota Islam Persatuan Peguam.
Aktiviti Promosi IRC
Selepas mendapat memorandum MCCBCHS, Majlis Peguam pada 8 Disember 2001 mengadakan festival hak asasi yang bertemakan Hak Kebebasan Agama. Majlis juga menerbitkan satu keluaran khas INSAF (buletin Majlis Peguam) tentang hak kebebasan agama menurut perspektif semua agama.
Anehnya, agama lain digambarkan tiada khilaf tentang kebebasan agama dengan menerbitkan satu artikel saja untuk agama-agama itu, tapi bagi Islam pula ada tiga artikel khusus supaya menunjukkan khilaf; dua oleh Sisters In Islam dan satu oleh Ustaz Abdul Ghani Shamsudin dari PUM. Jawatankuasa kecil Syariah menulis beberapa surat kepada Majlis Peguam, menegaskan penentangan mereka kepada IRC.
Ketiga, pada 17 Mei 2003, dianjurkan bengkel hak kebebasan agama. Beberapa NGO Islam seperti ABIM, ACCIN dan juga JUST serta Sisters in Islam menarik diri dari bengkel ini.
Keempat, dalam konferens undang-undang Persatuan Peguam, isu hak murtad ditimbulkan beberapa kali sehingga ada beberapa hakim mengeluarkan kata-kata yang bertentangan dengan ajaran Islam mengenai murtad.
Akhir Februari ini, mereka merancang satu persidangan kebangsaan bagi mendirikan IRC. Deraf undang-undang penubuhannya telah siap. Badan-badan Islam dinasihati supaya tidak mendekati secara apa pun persidangan ini.
Tipu helah
Majlis Peguam seolah-olah dalam keadaan terdesak bagi mendapatkan penglibatan orang Islam dalam mendirikan IRC. Justeru, mereka terpaksa melakukan apa saja untuk menunjukkan IRC mendapat sokongan orang Islam.
Antaranya, nama-nama individu Islam yang telah begitu lama menarik diri dan tidak menghadiri mesyuarat untuk mendirikan IRC, masih dikekalkan dalam minit perjumpaan itu seolah-olah mereka mengambil bahagian aktif. Manakala AJK Syariah dimasukkan ke dalam IRC tanpa persetujuan mereka.
Dalam jawatankuasa penubuhan IRC, agama-agama lain diwakili seorang saja, tetapi untuk Islam diwakili pelbagai pihak yang bertentangan, yakni ACCIN (pendapat arus perdana Islam), kumpulan Kassim Ahmad (diwakili Sham Haris Fadhillah), Sisters in Islam dan Dr Chandra Muzaffar (yang berpendapat orang Islam harus diberi hak murtad).
Tujuannya bagi menunjukkan dalam Islam ada pelbagai pendapat tentang murtad, selain melaga-lagakan pihak yang bertentangan itu. Walhal agama-agama lain juga mempunyai pertentangan yang ketara, tetapi dengan diwakili seorang saja seolah-olah agama-agama bukan Islam itu sepakat. Ini jelas satu pembohongan selain menimbulkan fitnah kepada Islam.
Zifri Baharudin
-----Original Message----- From: Mohammed Fauzi [mailto:mfar2718@gmail.com] Sent: 23 February 2005 17:16 Subject: Malaysian Interfaith Commission Stirs Mixed Reactions
Upon his arrival home, Badawi said the problems of Muslims worldwide will be discussed at a special OIC summit.
KUALA LUMPUR, February 23, 2005 (IslamOnline.net & News Agencies) - A proposal by a number of non-governmental organisations to set up the Interfaith Commission of Malaysia, was met with mixed reactions, with some welcoming the idea and others raising reservations.
The proposal, which will be discussed at a two-day conference to be held in Bangi from Thursday, February 24, is expected to be passed by representatives from 29 religious organisations and other delegates attending the conference, Bernama new agency reported Wednesday, February 23.
It will be forwarded to the government for further action, it added.
The commission would be fashioned after the Human Rights Commission of Malaysia (Suhakam) which, among other things, has powers to inquire, mediate, negotiate and conciliate on claims of infringement of religious harmony, K. Shanmuga, a member of the working group drafting the proposal, told Bernama.
But Suhakam chairman Tan Sri Abu Talib Othman said that he was unable to support the proposal, saying he saw no necessity to set up an Interfaith Commission.
"Its function is not the same as Suhakam. At most, it can influence the government on matters concerning religion," he told Bernama.
President of the International Movement for a Just World (Just) Dr Chandra Muzaffar, who has been calling for an inter-religious council since the 1970s, said he pulled out of the process in 2003 because the Bar Council insisted on being the prime mover.
"Some of the Muslim groups felt the whole purpose was to look at divisive issues -- which should be solved within the community," he said.
Interfaith dialogue should not start with divisive issues such as apostasy, he said, noting that some of the lawyers involved were "looking for legal solutions" and had no background in interfaith work.
Idea Welcomed
Muslim Youth Movement of Malaysia (Abim) president Ahmad Azam Abdul Rahman said his organisation welcomed the idea of an interfaith commission at first and was willing to cooperate.
"But later on, it became very much a question of legalistic, rights issues. We're not ready for that yet," he said.
He said a foundation had to be set first, based on informal discussion and confidence-building.
"We are for dialogue but the approach has to be right and it has to be done in a very cautious, step-by-step and realistic manner," Ahmad Azam said.
Shanmuga stressed that the commission would be "advisory, consultative and conciliatory" and that its recommendations would not be binding.
"Its most important obligation is to foster harmony, to increase understanding of other religions and education on religion," Shanmuga, a member of the Malaysian Consultative Council of Buddhism, Christianity, Hinduism and Sikhism said.
"It is also meant to be a place where the religions can talk to each other, providing a forum for dialogue."
He said the commission should include representatives from various ministries and from all faith organisations, as well as the Islamic Religious Council in each state.
"We are leaving it to the commission to decide what comes under its purview."
The conference, at Equatorial Hotel, is scheduled to be opened by Arts, Culture and Heritage Minister Datuk Seri Dr Rais Yatim.
Malaysia offers the image of a very successful Muslim country, 60% of the population are Muslims, heading towards the status of developed nation with huge buildings, beautiful cities and a fast track economy that is doing well despite recent shattering events.
The country also enjoys a religious harmony between its citizens.
PENGUMUMAM Aktiviti Tahunan:
1. Spring Nature Outing (SPINO)- April 2005 (TBC) 2. Perkhemahan Keluarga August 2005 (TBC) 3. Perhimpunan Musim Sejuk: December 2005(TBC)
InsyaAllah, Perdana Menteri dan Timbalannya, bukan lah org lain....
Klu tak silap, depa dah kena sound oleh Timbalan PM soh toksah nak kecoh2x pasai menda nih....
Rakyat Malaysia mempunyai hak untuk mencadangkan apa shj (spt rakyat di forum ini...) tetapi soal untuk menerima atau tidak, terpulang kepada pucuk pimpinan.....
Ada orang ambik kesempatan. Menangguk di air yang keruh.
Lebih-lebih lagi sejak akhir2 ini, Islam mula ditindas hampir di seluruh dunia. Orang-orang kafir mula tunjuk belang. Mengambil kesempatan atas kesempitan umat Islam.
Kita nak buat macamana? Kanda2 yang hebat2 di forum ni mesti ada idea.
Sewaktu menjadi salah seorang penggerak pergerakan pelajar islam dulu, kami dah timbulkan perkara ni. Tapi lama kelamaan tenggelam kerana perbezaan politik dan sibuk dengan hal-hal politik.
Missionaris punya angkara la. Pantang kita lupa, lalai, mulalah dorang amek kesempatan. Bukan calang-calang, prof, lecturer, student ipt pulak tu.
Cumanya, kuatkan iman. Iman kuat, besar macamanapun kita kena gegar, takkan goyang punya. Soalnya, macamana nak kuat iman?
dua hari yang lepas...di sebuah ceramah agama (kuliah Subuh),
seorang ustaz menyatakan...bangkit dan kuatkan dirimu...sesungguhnya kini adalah zaman kehancuran...musuh Islam timbul dari semua arah...kuatkan aqidah mu...ingatlah...setelah kejatuhan keagungan khlaifah Islam Uthmaniah terakhir...Islam ditindas dari pelbagai sudut
masih ingatkah bahawa King Richard (raja england yang mengetuai perang salib) sebelum si lahanat itu mati...dia meninggalkan wasiat(kini wasiatnya itu di tempa diatas kepingan emas tulen) "kita tewas dengan mereka kerana kita sangkakan kita ramai dan kuat...tetapi berpaduan menegakkan agama mereka lebih dari pedang yang tajam. kita tewas sekarang tetapi jika kita mahukan kemenangan, kita perang dari segi halus...dari segi bahasa...dari segi budaya"
ustaz itu ada menyatakan...zaman kini hanyalah 1/4 daripada zaman keagungan Islam suatu ketika dahulu...
Islam berkembang dengan dagang...Islam ditindas dengan dagang...dan Islam akan kembali dengan dagang...
jangan kita leka wahai saudara perjuangan ku...usah kita tidur lagi...
kita telah pun memilih pemimpin yang berwibawa...walaupun suara kita mungkin tidak kedengaran... perjuangan kita harus diteruskan...
sekadar berkongsi pandangan...salah silap harap dimaafkan dan diperbetulkan
yang buruk datangnya dari saya...yang mulia datangnya dari Allah yang Maha Esa.