Pada 05/03/05 (Sabtu ni) Petronas Lavendar Hight Senawang,Negeri Sembilan akan membuat pelancaran dan majlis ramah mesra bersama rakyat dgn kerjasama Pekida R&D. C3 di jemput buat julung kali nya ke majlis ini dan akan di lancar kan sebagai kelab kereta rasmi Pekida R&D dan akan menjadi sejarah, aktiviti pertama bagi Charity Car Club (C3).
Dengan ini, pada sesiapa yg berminat utk sertai konvoi dari KL ke Petronas Senawang bole reply posting ini,tinggal kan no tel & jenis kereta atau terus hubungi saya di 016 254 2354 WanBos utk info terkini dan juga sebagai daftar diri utk konvoi ini. Kita akan bergerak dari Tol Sg Besi pukul 9 pagi (jika ada perubahan akan diberitahu kelak). Di sana nanti kita akan sertai program ramah mesra petronas bersama rakyat dan juga pekida. Pelbagai aktiviti di atur spt kempen keselamatan jalan raya,kempen anti dadah,jualan gerai,sukaneka,pertunjukan kereta cantik,dan juga karaoke. Kita di wajibkan memakai baju sehati sejiwa, seluar hitam dan juga kasut warna hitam. Pada yg tiada baju sehati sejiwa boleh dapat kan di R&D sebelum pergi atau ambil dgn saya pada hari konvoi.
Kepada yg luar daripada KL cth nya seperti saudara Ranger dan Katak30 anda boleh uruskan contact sesama sendiri dan adik beradik terdekat utk berkonvoi ke Petronas tersebut.Kita akan terus bertemu di sana nanti. Jika boleh berikan jenis kenderaan anda di sini. Supaya saya boleh atur kan yg mana boleh masuk pertunjukan kereta cantik di sana. Saya juga akan membuat satu sticker C3 sementara yg simple utk dilekat kan pada kereta kereta yg ingin turut serta dalam program kita. Jadi di mana jua anda berada dan ingin sampai ke Petronas ini tinggal kan no phone anda dan jenis kenderaan buat rujukan saya. Terima Kasih
anuar_vr4 = Saya balik hari .. malam tu turun balik ke KL sebab esok nya yakni hari ahad di rumah abg Masrun bertempat di Kuchai Lama, akan berlansung majlis perkahwinan puteri nya, C3 juga turut serta dalam kenduri tersebut.
jepun363 = Yg takde keta pun bole join .. byk yg naik kereta solo hari tersebut boleh lah tompang mereka. Jgn risau mesti ada punya lah ..
sama-samalah kita jayakan & meriahkan konvoi ini...bila ramai-ramai atas jalanraya tu...ingatlah pesan orang tua2 "pandu cermat jiwa selamat"... naik kereta/motor & naik pokok...kita tak boleh tunjuk terror..melainkan rider maut...
Kita akan bertolak dari tol sg Besi pukul 9 pagi dan akan di jangka tiba di tol Senawang pukul 10 pagi ... Sekira nya ada yg nak menunggu dekat tol Senawang boleh lah berada di sana menyambut kami dan kita terus konvoi bersama sama ke Petronas tersebut. Jika ada kemushkilan boleh hubungi saya 016 254 2354 WanBos.