Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: KPTM sedia 8,000 tempat untuk pengambilan tahun in


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
KPTM sedia 8,000 tempat untuk pengambilan tahun in


 
Oleh Syuhada Choo Abdullah

KOLEJ Poly-Tech Mara (KPTM) menyediakan 8,000 tempat untuk lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tahun lalu mengikuti pelbagai peringkat pengajian di tujuh kampusnya di seluruh negara, tahun ini.











AdRevolver

Rektornya, Dr Ahmad Roslan Johari, berkata jumlah itu meningkat 5,000 berbanding kira-kira 3,000 pelajar diambil tahun lalu.

Daripada jumlah itu, beliau berkata, sebanyak 6,000 tempat untuk sesi pengambilan Jun/Julai ini, manakala 2,000 lagi bagi kemasukan November depan.

Katanya, pengambilan itu sudah dibuka melalui Unit Pusat Institusi Mara dan tarikh tutup permohonan tiga minggu selepas keputusan SPM tahun lalu diumumkan.

Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar masih boleh memohon menerusi pengambilan KPTM sendiri yang dibuka sehingga dua minggu selepas kumpulan terakhir menamatkan Program Latihan Khidmat Negara.

“Pengambilan ini meliputi kemasukan ke kampus Kuala Lumpur, Bangi, Kuantan, Kota Bharu, Ipoh, Alor Setar dan Batu Pahat.

“Pelajar diploma KPTM berpeluang mendapat tajaan Mara sekiranya memenuhi syarat kelayakan ditetapkan, antaranya lulus SPM dengan lima kredit, termasuk Bahasa Melayu dan Matematik,” katanya kepada Berita Harian.

Ketika ini, Dr Ahmad Roslan berkata, KPTM menawarkan kira-kira 30 program peringkat sijil, pradiploma, diploma dan ijazah, di samping kursus profesional seperti Persatuan Akauntan Bertauliah (ACCA) dan Institute of Chartered Secretaries and Administrators (ICSA).

Antaranya Sijil Sains Komputer, Diploma Pengurusan Perniagaan, Diploma Teknologi Maklumat, Diploma Sistem dan Rangkaian Komputer, Diploma Multimedia, Diploma Perakaunan dan Diploma Teknologi Maklumat Perniagaan.

Selain itu, katanya, kolej itu bekerjasama dengan Universiti Teknologi Mara menawarkan Diploma Pengajian Perniagaan, Diploma Perakaunan, Diploma Sains Komputer, Praperdagangan, Praperakaunan dan Prasains.

Universiti Putra Malaysia menawarkan Diploma Sains Komputer, manakala Universiti Multimedia bagi Ijazah Pentadbiran Perniagaan (Pengurusan) dan Ijazah Teknologi Maklumat (Kejuruteraan Sistem Maklumat).

Kolej itu turut menjalinkan usaha sama dengan The University College of the Cariboo, Kanada, untuk menawarkan program Diploma Sistem Komputer (Pengurusan dan Operasi).

“Setakat ini, kita sudah melahirkan 5,410 graduan, iaitu 449 peringkat ijazah, diploma (4,705), sijil (210) dan pradiploma (46).

“Kita akan mengemukakan permohonan rasmi kepada Kementerian Pengajian Tinggi untuk kenaikan taraf menjadi kolej universiti, akhir tahun ini.

“Matlamat ini sebahagian pelan digariskan dalam Rancangan Pembangunan Pendidikan KPTM yang sedang digubal berteraskan pendekatan konsep 3H, iaitu heads on, hearts on dan hands on,” katanya.


__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


Assalamualaikum...


Terima kasih atas maklumat saudara...



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard