92. Kamu sekali-kali tidak sampai kepada KEBAJIKAN yang sempurna, sebelum kamu menafkahkan sehahagian harta yang kamu cintai. Dan apa saja yang kamu nafkahkan maka sesungguhnya Allah mengetahuinya.
3. Ali 'Imran
186. Kamu sungguh-sungguh akan diuji terhadap hartamu dan dirimu. Dan kamu sungguh-sungguh akan mendengar dari orang-orang yang diberi kitab sebelum kamu dan dari orang-orang yang mempersekutukan Allah (DUA PUAK YG AKAN BERSEKONGKOL), gangguan yang banyak yang menyakitkan hati. Jika kamu bersabar dan bertakwa, maka sesungguhnya yang demikian itu termasuk urusan yang patut diutamakan.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
36. Dan kebanyakan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan saja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran[690]. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan.
[690]. Sesuatu yang diperoleh dengan prasangkaan sama sekali tidak bisa mengantikan sesuatu yang diperoleh dengan fakta dan dalil yang jelas nyata.
17. Al Israa'
36. Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak mempunyai pengetahuan tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggungan jawabnya.
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
quote: Originally posted by: adik_langat "dengar tuh ayen.... hang tau tak apa yang dr. mas kata tuh....... (690) hang paham2 je lah ye... klau paham cepat buat... -- Edited by adik_langat at 10:34, 2005-03-03"
ayya latok...lu aaa manyak tanya aaaa...jangan la tanya suda sukses ke belummm...lu mali laa..kita sama sama kasi lamai itu majelis....ayya luuu aaa...Lu mana mari....
Wahhh...bagus betui lah...Tahniah lah buat pengatur di Langkawi...Tapi sayangnya saya akan ke Gua Musang lah...kene buat keje pemantauan lak...kepada pengatur di Langkawi saya ucapkan tahniah dan segala usaha saudara˛ sekelian diberkati Allah.
psssttt....sesiapa yg nak pi langkawi tu...nak kirim beli rokok boleh tak...???
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
quote: Originally posted by: ayen_langkawi "insya'allah... ayen..."
<=== lawo avaterrr???
ekekek... silauuuu erhhhhh mata...
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
apo bondo tu ... kecik sgt gambaq dia .. nampak mcm cermin yg selalu cha dok gantung depan pintu umah depa .. ish awat yg ayen dok buat jadi abatar plak ni .. ahahaha
ini satu renungan yang bukan untuk saya sahaja...tapi untuk kita semua,semoga dapat menjadi panduan untuk kita semua...
SABAR dipandang mulia di sisi Allah kerana mendatangkan banyak kebaikan kepada diri sendiri dan orang lain. Sikap itu perlu diamalkan setiap masa dalam kehidupan seharian. Keperluan sabar dikategorikan kepada dua perkara iaitu sabar menahan diri daripada perkara yang disukai, tetapi dilarang oleh agama. Satu lagi sabar bermaksud menahan diri daripada keadaan yang tidak disukai atau kesusahan yang dihadapi. Sabar bererti menahan diri daripada mengikut kehendak hati atau perasaan yang mendorong melakukan perbuatan yang mendatangkan keburukan. Menahan diri ketika penderitaan, sanggup melakukan perkara sukar demi mendapat kebaikan dan bersedia menghadapi tempoh panjang untuk mendapatkan sesuatu. Allah menyebut orang bersabar bakal mendapat kegembiraan, petunjuk, keberkatan dan rahmat daripada-Nya. Sebab itu setiap orang mesti bersabar dalam menghadapi segala cabaran hidup. Janji dan jaminan yang diberikan oleh Allah kepada orang yang bersabar adalah bukti kebaikan yang tiada tolok bandingnya. Dr Yusof Al Qardhawi berkata ada lapan perkara yang boleh membantu meningkatkan kesabaran seseorang, iaitu:
-Mengenali hakikat hidup di dunia yang penuh cabaran dan sementara.
-Mengenali bahawa diri ini milik Allah dan manusia mempunyai had tertentu.
-Yakin setiap perbuatan baik akan mendapat ganjaran Allah
-Yakin bahawa Allah akan membantu hambanya.
-Berusaha mencontohi orang sabar.
-Sentiasa memohon pertolongan dan keredaan Allah.
-Sentiasa beriman kepada qadar dan sunnah Allah.
-Berusaha menjauhi penyakit penghalang sabar seperti marah, sedih berlebihan, putus asa dan gopoh-gapah.
Sabar boleh dibentuk dengan adanya harapan dan cita-cita untuk mendapatkan sesuatu. Hal ini kerana seseorang itu pasti berusaha bersungguh berlandaskan kesabaran untuk mencapai hasrat hati.Ibnu Qayim dalam bukunya, Al Madaraji menyebut hukum bersabar itu adalah wajib.Sifat sabar adalah kunci kejayaan, insan yang tidak tekun dan tidak sabar dalam menuntut ilmu tidak memperoleh pengetahuan. Pekerja yang tidak sabar dalam pekerjaan tidak akan dapat menyiapkan tugasnya mengikut jadual dengan mutu yang baik.Kesabaran sangat dikehendaki dan ada batasnya. Kita perlu mengelakkan sesuatu pihak menggunakan sifat kesabaran yang ada pada diri sebagai senjata memusnahkan diri kita.Oleh itu, setiap insan perlu mempunyai tahap sabar yang tinggi bagi mengatasi apa juga persoalan kehidupan. Ia bagi memastikan kehidupan dapat ditempuhi dalam keimanan tinggi.