Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 4 pelajar UTM dihadap ke Lembaga Tatatertib


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:
4 pelajar UTM dihadap ke Lembaga Tatatertib


4 pelajar UTM dihadap ke Lembaga Tatatertib

Oleh JAAFAR AHMAD


JOHOR BAHRU 2 Mac - Empat pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Skudai, di sini, akan dihadapkan ke Lembaga Tatatertib Hal Ehwal Pelajar universiti itu esok setelah disyaki terlibat dalam kegiatan penyalahgunaan dadah termasuk ubat batuk yang mengandungi kodein.


Naib Canselor UTM, Datuk Prof. Dr. Mohd. Zulkifli Mohd. Ghazali berkata, keempat-empat pelajar di tahun tiga itu akan disingkirkan sekiranya disabitkan kesalahan oleh lembaga tersebut.


Menurutnya, mereka terdiri daripada dua pelajar Fakulti Mekanikal dan masing-masing seorang dari Fakulti Kejuruteraan Awam dan Fakulti Sains.


``Dua daripada pelajar itu pula terlibat dalam kegiatan menyalah guna ubat batuk yang mengandungi kodein dan diberkas pada 23 Februari lalu,'' katanya kepada pemberita di sini, hari ini.


Beliau mengulas laporan muka satu Utusan Malaysia semalam kira-kira lima peratus daripada kira-kira 20,000 pelajar sebuah Universiti di Johor Bahru menghadapi masalah ketagihan ubat batuk mengandungi bahan bunga popi.


Menurutnya, sebelum ini UTM telah menyingkirkan tiga pelajarnya setelah didapati terbabit dalam penyalahgunaan dadah dari 1996 hingga 2003.


Beliau berkata, dua daripada pelajar itu disabitkan kesalahan oleh Lembaga Tatatertib Hal Ehwal Pelajar UTM, manakala seorang lagi disingkirkan selepas dijatuhkan hukuman oleh mahkamah kerana kes dadah.


``UTM memandang serius dan tidak akan bertolak unsur ke atas pelajar-pelajar yang terbabit dalam gejala ini,'' katanya.


Beliau menyifatkan pendedahan Utusan Malaysia mengenai kes itu sebagai satu iktibar walaupun bilangan mereka yang terbabit sebenarnya jauh lebih rendah daripada yang dilaporkan itu.



__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

tak nak copy satu surat khabar sekali ker...

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:


quote:


Originally posted by: zerofill
"tak nak copy satu surat khabar sekali ker..."


Ahaks!!! betul tu bang.../// dia ni saya perati banyak benor copy n paste dari paper. Itu baru dari paper, blum dari email dia... melayucyber ker... byk lagi lah. banyak kali dah saya perati... tak tau ler kalo oang lain///


 Famous 12 







__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

ekeke       jangan marah gurau gurau ekeke

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

tak nak copy satu surat khabar sekali ker...

__________________
tigakupang


 




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

Assalamuaikum,


Takpalah badd nak paste ke apa, baik niat dia nak kongsi informasi apa salahnya kalau dia nak copy paste pun tak salahkan :) ... ada sahaja salahnya .. ishk' ishk' ish'.


wassalam



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

mcm2 ada




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:

quote:

Originally posted by: betara

"Assalamuaikum, Takpalah badd nak paste ke apa, baik niat dia nak kongsi informasi apa salahnya kalau dia nak copy paste pun tak salahkan :) ... ada sahaja salahnya .. ishk' ishk' ish'. wassalam"


hehehe...biasa la tu kanda betara,sy cuma nak berkongsi apa yang boleh dikongsi bersama2...


p/s:ada perbuatan kita yang positif tp terpulanglah bagi pihak lain untuk menilainya sama ada baik atau buruk...rambut sama hitam...hati lain2...maaf jika saya ada tersilap bahasa,terguris dihati,dll...yang buruk datang dari diri saya,insan yang lemah,yang baik datang dari Allah swt


wassalam 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

hehe...macam2 zaman skang nih...


nape die telan ubat batuk je..telan laa skali cuka getah tuh.lagi high owwww....


..sedih tgk bangsa kite sendiri anak islam kite..mane silapnye ye.??



__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Senior

Status: Offline
Posts: 122
Date:

quote:

Originally posted by: wan_botak

"hehe...macam2 zaman skang nih... nape die telan ubat batuk je..telan laa skali cuka getah tuh.lagi high owwww.... ..sedih tgk bangsa kite sendiri anak islam kite..mane silapnye ye.??"

hehehe...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 192
Date:

quote:

Originally posted by: wan_botak

"hehe...macam2 zaman skang nih... nape die telan ubat batuk je..telan laa skali cuka getah tuh.lagi high owwww.... ..sedih tgk bangsa kite sendiri anak islam kite..mane silapnye ye.??"

betul tu wan_botak......asik telan ubat batuk jeeeee......pas nie dah boring telan ubat batuk......die telan botol2 tu sekali.....baru ade feel....

__________________
"CIVIC"


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

gurau, gurau gak.


tao\pi masaalah disiplin nie, memang masaalah besar.


mereka ni ler yg bakal mencorakkan masa depan negara.




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

quote:

Originally posted by: flash

"gurau, gurau gak. tao\pi masaalah disiplin nie, memang masaalah besar. mereka ni ler yg bakal mencorakkan masa depan negara. "


         Mereka dan Kita....


        



__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:


 


________________________


''' Hidup Melayu Bersatu...Takkan Melayu Hilang Di Dunia '''



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 364
Date:

itu dikatakan melayu mudah lupa....



__________________
marsos six time


Senior

Status: Offline
Posts: 435
Date:

askum to all,


ubat batuk tu kan utk bila batuk saja...apa barang bebudak nih.....tak skolah ka....blaja jer tinggi....jentik tinga kan..........



__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice


Member

Status: Offline
Posts: 14
Date:

orang sepanyol kata "Don't start nothin', there won't be nothin' "



__________________
JANGAN KLIK!


Senior

Status: Offline
Posts: 145
Date:

khakhahk..buta2 je bro badd beserah kena pangkah.. lek bro.. biasa ar tue.. hehe diorg dengki tue..

__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 88
Date:

rilek ....


jgn gadoh2 ..


cian kat abg badd ....



__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard