Baguslah kalau kita sudah tahu akan perkara ini sekurang-kurangnya kita tidak cepat melenting jika berlaku apa-apa isu antara kaum ADAM dan HAWA dan saya juga ingin tambah iaitu betapa beratnya menjadi seorang lelaki, diantaranya adalah seperti berikut:-
Lelaki
1. Lelaki bujang kena tanggung dosa sendiri apabila sudah baligh manakala dosa gadis bujang
ditanggung oleh bapanya.
2. Lelaki berkahwin kena tanggung dosa sendiri, dosa isteri, dosa anak perempuan yang
belum berkahwin dan dosa anak lelaki yang belum baligh. BERATKAN !
3. Hukum menjelaskan anak lelaki kena bertanggungjawab keatas ibunya dan sekiranya dia
tidak menjalankan tanggungjawabnya maka dosa baginya terutama anak lelaki yang tua,
manakala perempuan tidak, perempuan hanya perlu taat kepada suaminya. Isteri berbuat
baik pahala dapat kepadanya kalau buat tak baik dosanya ditanggung oleh suaminya.
BERATKAN !
4. Suami kena bagi nafkah pada isteri, ini wajib tapi isteri tidak. Walaupun begitu isteri
boleh membantu. Haram bagi suami bertanya pendapatan isteri lebih-lebih lagi
menggunakan pendapatan isteri tanpa izin ini. Banyak lagi lelaki lebih-lebih lagi yang
bergelar suami perlu tanggung. Kalau nak di bayangkan beratnya dosa-dosa yang
ditanggungnya seperti gunung dengan semut. Itu sebabnya mengikut kajian nyawa orang
perempuan lebih panjang daripada lelaki. Lelaki mati cepat kerana tak larat dengan
beratnya dosa-dosa yang ditanggung. Tetapi orang lelaki ada keistimewaannya yang
dianugerah oleh Allah SWT. Ini orang lelaki kena tahu, kalau tak tahu kena jadi
perempuan. Begitulah kira-kiranya.
Wanita
1. - Wanita auratnya lebih susah dijaga berbanding lelaki.
2. - Wanita perlu meminta izin dari suaminya apabila mahu keluar rumah tetapi tidak
sebaliknya.
3. - Wanita saksinya kurang berbanding lelaki.
4. - Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki.
5. - Wanita perlu menghadapi kesusahan mengandung dan melahirkan anak.
6. - Wanita wajib taat kpd suaminya tetapi suami tak perlu taat pd isterinya (taat kepada
ibunya).
7. - Talak terletak di tgn suami dan bukan isteri.
8. - Wanita kurang dlm beribadat kerana masalah haid dan nifas yg tak ada pada lelaki.
Pernahkah kita lihat sebaliknya?? Benda yg mahal harganya akan dijaga dan dibelai
serta disimpan di tempat yg tersorok dan selamat. Sudah pasti intan permata tidak
akan dibiar bersepah-sepah bukan? Itulah bandingannya dgn seorg wanita. Wanita perlu
taat kpd suami tetapi lelaki wajib taat kepada ibunya 3 kali lebih utama dari bapanya.
Bukankah ibu adalah seorang wanita? Wanita menerima pusaka kurang dari lelaki tetapi
harta itu menjadi milik peribadinya dan tidak perlu diserahkan kepada suaminya,
manakala lelaki menerima pusaka perlu menggunakan hartanya utk menyara isteri dan
anak-anak. Wanita perlu bersusah payah mengandung dan melahirkan anak, tetapi setiap
saat dia didoakan oleh segala haiwan, malaikat dan seluruh makhluk ALLAH di mukabumi
ini, dan matinya jika kerana melahirkan adalah syahid kecil. Manakala dosanya diampun
ALLAH (dosa kecil).
Di akhirat kelak, seorang lelaki akan dipertanggungjawabkan terhadap 4 wanita ini: Isterinya, ibunya, anak perempuannya dan saudara perempuannya.
Manakala seorang wanita pula, tanggungjawab terhadapnya ditanggung oleh 4 org lelaki ini: suaminya, ayahnya, anak lelakinya dan saudara lelakinya.
Seorang wanita boleh memasuki pintu Syurga melalui mana-mana pintu Syurga yg disukainya cukup dgn 4 syarat shj: Sembahyang 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, taat suaminya dan menjaga kehormatannya. (betulkan jika saya tersilap).
Seorg lelaki perlu pergi berjihad fisabilillah tetapi wanita jika taat akan suaminya serta menunaikan tanggungjawabnya kepada ALLAH akan turut menerima pahala seperti pahala org pergi berperang fisabilillah tanpa perlu mengangkat senjata.
MasyaALLAH... sayangnya ALLAH pada wanita .... kan?
Menjadi PEMUDA DAN PEMUDI Islam UNGGUL
Matlamat utama persiapan pemuda pemudi Islam hari ini ialah untuk melaksanakan matlamat tercapainya qawamah(penguasaan) Islam terhadap masyarakat dan dunia. Ini memerlukan para pemuda pemudi Islam bagi memindahkan pimpinan umat dari tangan jahilliyah kepada pemikiran, perundangan dan akhlak Islam.
Menurut as-Syeikh Fathi Yakan, pada hakikatnya usia muda seorang pemuda pemudi ialah:-
1) Usia yang penuh dengan cita-cita yang tinggi
2) Usia yang mengalir darah yang gemuruh
3) Usia yang tinggi idealisme yang luas
4) Usia yang memberi pengorbanan dan menebus semula
5) Usia yang menabur jasa, memberi kesan dan emosional.
Menurut Syeikh Yusuf Al-Qardawi pula, tanda-tanda pemuda pemudi Islam yang unggul itu adalah suatu generasi yang mempunyai sifat-sifat yang dinyatakan dengan jelas bagi sesiapa yang membaca al-Quran atau mempelajari sunnah Nabawiyyah. Di antara sifat-sifat unik generasi ini adalah:-
1) Generasi yang percaya kepada realiti dan ilmu
2) Generasi amal dan membina jama'iy
3) Generasi rabbani dan ikhlas
4) Generasi yang bernasabkan Islam
5) Generasi da'awah dan jihad
6) Generasi dagang dan hidup bersama orang ramai
7) Generasi gagah dan agung
8) Generasi seimbang dan sederhana
Manakala menurut Syeikh Mohammad Ahmad ar-Rasyid, terdapat beberapa kesilapan dan fitnah kehidupan yang perlu diberi perhatian wajar oleh para pemuda pemudi Islam. Ini adalah kerana kita sentiasa terdedah kepada pelbagai tekanan luaran dan peristiwa yang mempengaruhi secara beransur-ansur keatas iman terhadap amal dan da'awah. Pengaruh luar ini ada dalam pelbagai bentuk yakni ada yang mengugat aqidahnya, akhlaknya, keluarganya dan sebagainya. Di antara pengaruh-pengaruh ini adalah:
1) Gerakan dan propaganda yang menyebarkan keraguan dan salah faham terhadap Islam
dan keunggulannya
2) Fitnah rakan sebaya yang jahat dan persekitaran yang tidak sihat
3) Fitnah harta dan keluasan rezeki yang melimpah ruah
4) Fitnah ijazah dan pangkat
5)Fitnah wanita, isteri dan anak-anak
Beberapa langkah bagi meningkatkan kecemerlangan pemuda pemudi Islam bagi mencapai qawamah (penguasaan) Islam terhadap diri, keluarga, masyarakat dan dunia ialah:-
1) Kenalpasti tahap kemampuan ada yang sebenar
2) Beri tumpuan kepada kekuatan-kekuatan ada
3) Tanamkan rasa percaya kepada diri sendiri
4) Sediakan diri anda untuk menjadi orang yang terbaik
5) Ambil pelajaran daripada kesilapan yang telah anda lakukan
6) Belajar menerima teguran yang membina dan hiraukan kritikan yang remeh
7) Perakui kejayaan anda
8) Tetap merendah diri
9) Terus memperluaskan pengetahuan dan pemikiran ada
10) Bersyukur kepada Allah di atas apa yang diberikanNya