Program Masyarakat bersama Petronas di Senawang telah berlansung dengan jayanya. Program telah turut di jayakan oleh seluruh petugas sepenuh masa Task force Pekida R&D, Kelab Kereta C3 CHARITY CAR CLUB, unit jualan, Pekida Pro Event Management dan ahli ahli sekitar seremban dan Senawang. Di samping itu penyertaan dari tadika di sekitar bandar Senawang, kelab motor dan kereta Seremban juga telah turut serta.
Aktiviti menarik adalah merujuk kepada sukaneka, aktiviti pameran Pekida, jualan, Derma Darah, kempen anti lumba haram dan cegah jenayah, pameran kenderaan di samping celoteh DJ Pekida yang mampu nenarik minat dan hurmat pengunjung terhadap Pekida dan Petronas.
Di beritakan bahawa program semalam telah di katagorikan program PALING BERJAYA pernah di anjurkan oleh stesyen Petronas, lebih meriah lagi dengan pengelibatan penuh teknikal oleh Pekida Pro Event Management yang mengenengahkan teknologi IT dalam urusan PA system dan event management, termasuk cetakkan gambar segera untuk kenangan YB Adun perasmi dan para pengunjung.
Majlis berlansung cukup meriah dan kehadiran adalah di luar jangkaan sama sekali. Petronas Lavenda Height Senawang yang dimilikki, di urus dan diusahakan oleh 90% ahli Taskforce Pekida R&D itu telah mendapat pujian khas dari pihak Adun yg dijemput, beberapa VIP Petronas, wakil wakil Petronas Pusat, seluruh pengusaha Petronas NS dan ramai lagi.
Ekoran dari kejayaan itu, dan setelah berwawancara dengan pihak Pengurusan Petronas ibu pejabat yang mengetahui bahawa Pekida R&D mempunyai kelab Motor dan Kereta serta sering mengadakan roadshow kempen lumba haram sebegini, Pihak Pengurusan Petronas telah mempelawa Pekida R&D agar memaklumkan kepada petronas sekiranya mempunyai rancangan perogram yang berkaitan dengan jalanraya, kenderaan atau petrolium agar dapat di bantu dan turut di sponsor oleh petronas bagi menambah kejayaan program. Satu rahmat besar yang menunjukkan keberkesanan program yang di anjurkan.
YANG LEBIH MENARIK LAGI IALAH, ADA IBU BAPA YANG MEMOHON AGAR ANAK MEREKA DI BIMBING OLEH PEKIDA KERANA KAGUM MELIHATKAN DISIPLIN DAN KESERAGAMAN ANGGOTA TASKFORCE SEMASA PROGRAM BERJALAN. RAMAI JUGA PENGUNJUNG YANG BERTANYAKAN SEJAK BILA PEKIDA MULA MENGANJURKAN PROGRAM MASYARAKAT BEGINI, DAN MENGAPA IANYA TIDAK DILAKUKAN SEJAK DAHULU LAGI...? BAGAIMANA KAEDAH UTK MENYERTAI PEKIDA DAN LAIN LAIN. LAGU PEKIDA YANG DI MAINKAN BENAR BENAR TELAH MEMBUKA MATA MASYARAKAT DAN MEMBERIKAN TANGGAPAN POSITIF TERHADAP PERTUBUHAN INI.
SEKALUNG TAHNIAH UNTUK EN. KHAIRUDDIN pemilik stesyen petronas dan seluruh kakitangan khasnya, dan seluruh anggota Pekida yang terlibat secara lansung atau tidak lansung dalam program ini, atas kerja keras bagi memastikan kejayaan yg di kecapi. Sesungguhnya kejayaan itu adalah milik Islam, milik Melayu, milik Pekida... khusus bagi mereka yang melakukannya atas semangat jihad fi sabilillah. Kita serahkan hasilnya untuk Allah dengan ucapan ALHAMDULILLAHIRROBBILALAMIIINN...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
tahniah kpd Kanda Masjuki dan crew dan all members yang menjayakan program tu. walaupun saya tak dpt menurut serta tetapi saya dpt bygkan betapa meriahnya program t'sebut.
TAHNIAH PEKIDA!!!
Sebagai salah seorang ahli, saya turut berbangga. maafla lambat response berita ni coz tak perasan.
TAHNIAH untuk semua yang terlibat, mudahan kalian semua dirahmati oleh-NYA, moga-moga PEKIDA akan lebih MAJU di masa HADAPAN menuntut PERJUANGAN demi MEMERTABATKAN agama , bangsa dan negara.
PEKIDA cemerlang, gemilang & terbilang...
/// salam perjuangan utk semua yg terlibat...
:handshake
__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
SAYA PUN NAK UCAP SHABAS KEPADA DR DAN SAUDARA-SAUDARA YANG TERLIBAT, TAHNIAH DAH LEBIH KURANG 20 TAHUN PEKIDA NI, BARU SEKARANG ADA AKTIVITI DAN PROGRAM YANG TERSUSUN DAN CANTEK. SEMOGA NIAT MURNI INI DAPAT DILABUHKAN KE SERATA TANAH MELAYU. - TQ
Tahniah kepada RND Pekida. Walaupun geng fulltime mata masing2 merah tak tidur, semangat kental mujahid kita dihargai. Program memang tampak jitu dengan penampilan program kena dengan tema.
Malang bagi geng kereta C3, konvoi tersekat di Nilai akibat kesesakan lalulintas di Highway akibat lori kayu terbalik. Walaupun tak ramai, tetapi konvoi sulung amat bermakna bagi membakar semangat. Maaf dipinta kerana bala tentera RD CLUB tak dapat turun kerana saya sibuk bantu WanBOs uruskan C3. Insyaallah lain kali.
Anyway, tahniah dan syabas kepada kanda Mas khasnya atas kejayaan program.
Ps: Masa nak beredar, nak kejutkan kanda Mas yang tidur tak sampai hati sebab nampak penat sangat uruskan program hingg berjaya. Tabik 30 kali pada kanda.
Tidak kah berita sebegini yg seharusnya saudara Pemerhati 30 usahakan utk di sebarkan kepada ayahanda dan abang abang ygn tidak buka web...? berbanding mencari cari kesalahan r&d... alangkah kasihannya melihatkan pejuang r&d... dari sais majlis dan kemeriahannya saja boleh kita bayangkan betapa perit dan penatnya menguruskan majlis itu dan memastikan kejayaannya...
alangkah baiknya jika di kumpulkan ibu bapa yg terpegun melihat disiplin pekida itu dan di wawancara oleh pemberita.. atau sekurang kurangnya di wawancara oleh pemerhati 30, agar dapat beliau rakam dan sebarkan berita besar ini pd orang luar dan jemaah lama yg masih berfikiran ortodok itu...???
RENUNGKAN LAH... janganlah kita menjadi orang yang menzalimi saudara sendiri...