Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: hari-hari kehidupan


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
hari-hari kehidupan



Hari-hari Dalam Islam.


Sahabat-sahabat Nabi SAW telah bertanya akan hari-hari yang tujuh, Sabda Nabi,





Jumat
Hari Jumat adalah hari yang baik untuk mengadakan perhubungan dan pernikahan.

Sabtu
Hari Sabtu adalah di namakan sebagai hari tipu daya, kerana pada hari itu orang-orang kafir Quraish telah mengadakan tipu daya pada perjanjian Darrun Nadwah.

Ahad
Hari Ahad adalah hari yang baik untuk bertanam dan membuat binaan, kerana pada hari Ahad Allah memulakan menciptakan dunia dan membangunnya.

Isnin
Hari Isnin adalah hari yang baik untuk musafir dan untuk berniaga, kerana bahawasanya pada hari Isnin Nabi Syith telah musafir dalam urusan perniagaan dan beliau banyak mendapatkan keuntungan dari perniagaannya.

Selasa
Hari Selasa adalah hari berdarah, kerana pada hari itu, bermulanya Siti Hawa berhaid, dan pada hari itu pula mula-mula terjadinya pembunuhan anak Nabi Adam iaitu Qabil membunuh Habil.

Rabu
Hari Rabu adalah hari kebinasaan yang berkekalan, kerana pada hari itu Allah SWT menenggelamkan Fir'aun bersama kaumnya. Kaum Samud dan kaum 'Ad yang mereka itu adalah kaum Nabi Saleh, juga di binasakan oleh Allah pada hari Rabu.

Khamis
Hari Khamis adalah hari yang baik untuk menuntut sekalian hajat, kerana bahawasanya Nabi Ibrahim AS pergi ke istana raja Mesir, maka raja Mesir menunaikan hajatnya dan mengembalikan isterinya  Siti Sarah.

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

hmmmmmmmmmm... saudara ku


rasanyer kehidupan manusia hari ni, mcm tak cukup waktu. sentiasa terkejar2. itukah tandanyer akhir zaman?


bila tiba masanya, tidak akan di ketahui oleh umum. tidak cepat, tidak lambat.


 



-- Edited by flash at 02:21, 2005-03-07

__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard