Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jgn menipu Allah dgn Bertudung


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:
Jgn menipu Allah dgn Bertudung


Sebagai panduan hidup
Astargfirullah

Awal tahun 80 an dahulu, tidak ramai wanita yg bertudung. Ketika itu
wanita bertudung terpaksa menghadapi cabaran yg besar kerana sering
menjadi bahan umpatan masyarakat. Mereka dituduh ekstreem, sesat dan
ketinggalan zaman. Bahkan ada juga yang mengatakan itu fesyen ala Arab padang
pasir. Kita tidak pelik hal begini boleh terjadi.

Ini disebabkan masyarakat jahil terhadap hukum menutup aurat sehingga
mereka tidak dapat menerima, malah memandang serong terhadap syariat
menutup aurat. Berkat kesabaran wanita-wanita yg bertudung diwaktu itu,
akhirnya masyarakat semakin sedar dan faham bahawa memakai tudung itu
adalah untuk memenuhi tuntutan syariat.

Seperkara yg menarik di waktu itu, apabila seseorang wanita itu
bertudung, maka akan nampak beza tingkah lakunya berbanding dgn wanita yg
tidak menutup aurat & peribadinya sendiri sebelum memakai tudung. Kalau
dahulu dia senang bergaul bebas dgn lelaki, tetapi bila sudah bertudung,
pandangannya sudah mula ditundukkan, bercakap dgn lelaki pun jarang
sekali, tidak seronok malah tidak menghadiri majlis yg ada percampuran
bebas lelaki & perempuan, tidak suka berkeliaran di tempat-tempat awam,
cenderung utk mendalami ilmu-ilmu Islam, suka utk beribadah, akhlak &
tutur katanya menjadi semakin lembut & lunak. Suka menolong orang, bibir
sentiasa menguntum senyum sebagai sedekah sesama muslim, sedia membantu
kesusahan orang lain, sudah benci kpd kemewahan dunia, tahan diuji &
sentiasa mencari-cari peluang utk mengajak masyarakat wanita yg lainnya
agar sama-sama menutup aurat.

Lantaran berbezanya mereka dgn wanita yg lain, maka org pandang tinggi
kpd wanita yg bertudung, walaupun masih ramai yg tidak suka kpd mereka.
Waktu itu, kalau wanita sudah sanggup bertudung, ertinya didlm dadanya
sudah ada sedikit sebanyak ilmu- ilmu agama. Sekurang-kurangnya dia
sudah hafal dalil-dalil Al Quran dan hadith mengenai hal penutupan
aurat.Ini disebabkan mereka sering dihujani dgn berbagai pertanyaan mengenai
apa yg mereka buat. Untuk menjawapnya, mereka sudah bersedia memberi
jawapan yg sesuai dgn nas Al Quran dan hadith utk menyakinkan org ramai.
Oleh sebab itu org ramai memandang tinggi kepada mereka.

Di awal 90'an, bilangan org bertudung semakin ramai. Di mana- mana
sahaja kita boleh bersua dgn wanita yg bertudung. Sama ada di kilang, di
sekolah, di stesen bas, di pejabat, di universiti & di politeknik malah
beberapa pengacara televisyen & radio pun sudah memakai tudung.
Alhamdulillah

Tetapi yg menyedihkan, kalau dahulu wanita bertudung tidak akan ditemui
di taman-taman bunga, di tempat- tempat hiburan, berpegangan tgn dgn
teman lelaki, dipanggung wayang atau kalau dahulu wanita bertudung bersih
mukanya drp calaran alat-alat make up, tetapi kini dgn mudah kita boleh
jumpa wanita bertudung berpeleseran dgn teman lelaki di tempat-tempat
sedemikian. Tudung berwarna warni mengikut fesyen sesuai dgn aliran
zaman dan fesyen baju. Kadang-kadang pakai tudung pun tidak sempurna
mengikut syariat. Kadang-kadang macam nak terlondeh. Antara hendak tutup &
hendak buka. Akhlak & tutur katanya kasar, malah kadang kala lebih buruk
drp mereka yg tidak memakai tudung atau buka aurat.

Sesetengahnya bertudung tetapi tidak sembahyang. Imej wanita bertudung
telah tercemar dgn wanita-wanita yg menjadikan tudung sebagai fesyen
atau terpaksa pakai kerana mengikut peraturan. Kalau dahulu bila wanita
itu bertudung, automatik dia sudah malu ke panggung wayang, malu untuk
berasmara, malu utk ke tempat hiburan & sebagainya. Tetapi kini tudung
sudah tidak mempunyai peranan utk mencegah manusia dari terjerumus ke
dalam lembah maksiat.

Bila direnung-renung mengapa hal ini boleh terjadi, maka jelaslah
wanita-wanita yg bertudung pada hari ini jahil mengenai tujuan dan peranan
pemakaian tudung. Ramai wanita yg memakai tudung pada hari ini kerana
terikut-ikut dgn suasana. Mereka lihat adik beradik, teman sekolah, teman
pejabat atau jiran telah ramai memakai tudung, maka timbul rasa malu
kerana mereka sahaja yg masih tidak bertudung. Lantaran itu mereka
mengambil keputusan utk memakai tudung, walaupun hati tidak berapa
menyetujuinya.

Kini masyarakat telah menerima wanita yg pakai tudung. Ujian sudah
tidak besar. Kadang kala orang lelaki yg hendak berkahwin pun memberi
syarat, wanita yang hendak dikahwininya mestilah bertudung.

Setengahnya apabila mereka melihat wanita lain memakai tudung lebih
cantik dan manis, mereka pun hendak memakainya, tanpa mengetahui tentang
ilmunya, mengapa mesti pakai tudung. Ada juga yg terpaksa memakai tudung
kerana desakan keluarga atau suami. Ada yg mahu menjadikan tudung macam
fesyen. Sekejap pakai, sekejap buka.Lantaran itulah nilai org yg
bertudung pada hari ini sudah menurun. Sudah tidak semahal wanita yg
bertudung awal-awal dahulu. Hanya wanita yg berpurdah yg belum kelihatan
berjalan-jalan di taman bunga atau di tempat-tempat hiburan. Mungkin taraf
berpurdah sama dgn wanita yang bertudung dan wanita yg memakai tudung
diperingkat awal dahulu.

Sesuatu amalan yg dilakukan kalau bukan atas dasar ilmu dan yakin serta
faham apa yg mereka perbuat akan nampak ganjil dan pincang hasilnya.
Sesuatu yg di buat bukan dari hati yang ikhlas, walau pun nampak hebat
tetapi semuanya kosong. Tiada nilai di sisi Allah.

Wanita yg pakai tudung selain drp keinginan utk menutup aurat, tidak
akan dapat berbohong dgn Allah walaupun di di dunia mereka berjaya
membohongi mata manusia mengatakan mereka juga sudah menutup aurat. Tetapi di
akhirat nanti, niat sebenar & apa yg ada di dalam hati mereka akan
diselongkar & didedahkan oleh Allah dipadang Makhsyar di hadapan jutaan
umat manusia.

Rasulullah s.a.w pernah ditanya oleh seorang sahabat :
" Ya Rasulullah Dgn apakah mencapai keselamatan kelak ?"
Jawab Nabi s.a.w : "Jangan menipu Allah."
Orang itu bertanya lagi : " Bagaimana menipu Allah ?"
Jawab baginda " Iaitu mengerjakan apa yang diperintahkan oleh Allah,
tetapi tidak kerana Allah."

Disamping tiada niat utk menutup aurat dgn bertudung akan ditolak oleh
Allah, wanita yg berniat utk menutup aurat dgn tudung tetapi tudungnya
berfesyen sehingga menarik lelaki memandangnya, atau pun tudung yg
dipakainya tidak memenuhi syarat menutup aurat yakni bertudung tetapi masih
nampak pangkal leher, bermakna dia belum lagi sempurna menutup aurat,
malah semakin berdosa kalau dgn memakai tudung yg berfesyen itu
menyebabkan lelaki jatuh hati. Dikala itu tudung bukan menjadi alat menutup
aurat, tetapi menjadi alat utk berhias. Wanita begini bukan mendapat
pahala dgn menutup aurat tetapi mendapat dosa.

Bahaya besar kalau beramal bukan kerana ilmu tetapi kerana mengikut
masyarakat & peredaran zaman. Sementara yg mengamalkan syariat kerana
pengaruh sekeliling, hanya mampu bertahan atau beramal selagi dia berada di
dlm suasana begitu. Tetapi bila dia terkeluar dari kelompok masyarakat,
dia sudah tidak mampu bertahan & turut hanyut dgn masyarakat di
sekitarnya. Ujian yg sedikit sahaja mampu menggoyangkan imannya. Oleh itu
kalau hendak mendapat keredhaan Allah, maka seseorang itu mestilah berilmu
dgn apa yg dilakukannya. Jesteru itu menuntut ilmu adalah perkara yg
utama sebagai penyuluh ibadah.

Di samping ada ilmu, amalan yg dilakukan hendaklah diniatkan kerana
Allah bukan kerana yg lain dari itu. Kita mesti bina keyakinan di dalam
diri kita & mempunyai kefahaman yg mendalam agar kita tidak mudah
tergugat apabila datang ujian, betul di dalam tindakan dan bersabar di dalam
apa jua kesusahan.

Renung-renungkanlah wahai wanita yg berada di luar sana. Jangan memakai
tudung hanya ingin mengikut fesyen semata-mata.
Wallah  hu aklam

P/s: sebarkanlah walaupun satu ayat


__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

dunia sekarang......




__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


nak tipu buat per!


dia lebih mengetahui. tepuk dada tanya diri sendiri, adakah kita ini sentiasa menipu, tertipu dgn diri sendiri.



-- Edited by flash at 00:14, 2005-03-09

__________________
f l a s h 'd' d a y z


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

ish ish ish..


bagus betul en katak nie..


tp kalu kita hanya pandai berckp..


tp kita py perempuan sindri pakai tudung n pakai baju mcm nangka kena bungkus payah jugak


tuh...


 


 



__________________
-Hidup Melayu Bersatu-


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

asalamualaikum... apa yg en katak utarakan tu memang saya dan juga semua jemaah setuju..tapi kita sebagai manuia yg lemah ni harus lah bersama2 membetulkan kesalahan yg kita nampak tersebut. tak guna kalau hanya dlm forum kita lantang tapi bila di dunia nyata kita pun sama2 melihat dan memuji kecantikan mereka. itu kira subahat jugak. tak guna berlagak baik dlm forum tapi di luar  kita sama macam mereka2 yg diluar disana. untuk en katak sya harapkan tdk berkecil hati dgn apa yang saya katakan ini.semoga segala pandangan kita dapat kita renungi bersama2. kursus kat r&d dah dtg belum en katak ? g/f en katak dah tak pakai baju balut nangka lg ke ? wsalam ///

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard