Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Kita Selalu Bertanya....


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:
Kita Selalu Bertanya....


KITA BERTANYA : KENAPA AKU  DIUJI?

QURAN MENJAWAB
"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja  mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya  kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui  org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."

-Surah Al-Ankabut ayat 2-3

KITA BERTANYA : KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU  IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,  dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Surah Al-Baqarah ayat  216

KITA BERTANYA : KENAPA UJIAN SEBERAT  INI?

QURAN MENJAWAB
"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."

Surah Al-Baqarah ayat 286

KITA BERTANYA : KENAPA RASA  FRUST?

QURAN  MENJAWAB
"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati,  padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg  beriman."

Surah Al-Imran ayat 139

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU  MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi  segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di medanperjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah- daerah  sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."


KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU  MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB
"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali  kepada orang-orang yang khusyuk"

Surah Al-Baqarah ayat  45

KITA BERTANYA : APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB
"Sesungguhnya Allah telah membeli dr org2 mu'min, diri, harta  mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ..

Surah At-Taubah ayat  111

KITA BERTANYA : KEPADA SIAPA AKU  BERHARAP?

QURAN MENJAWAB
"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain drNya. Hanya  kepadaNya aku bertawakkal."

Surah At-Taubah ayat  129

KITA BERKATA : AKU TAK DAPAT  TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB
"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah.  Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg  kafir."

Surah Yusuf ayat 12




__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Veteran

Status: Offline
Posts: 50
Date:

sabar separuh daripada iman....




__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 78
Date:

 


 Assalaumualaikum Saudari Nafishah..


 


  Al Quran tu diturunkan utk umat manusia..Tak de tolok banding nyer... Tapi sedih kan masih ada yg menolak Al Quran...


 


 Renungkan lah bersama... Dunia dah hampir Qiamat agaknye.. Hanya ALLAH saja yg maha mengetahui..



__________________
RAMLAN


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


salam mesra


 "Dalam al-Quran mahupun hadith banyak diungkapkan sifat orang yang beriman. Antaranya ialah:

Pertama: Mempunyai iman yang teguh, cita-cita luhur yang, sentiasa mengerjakan kebajikan, selalu dalam perjuangan, tidak melakukan kejahatan, sabar dan menunjukkan peribadi yang baik. Apabila ditimpa musibah dia sabar. Jika mendapat nikmat dia bersyukur. Dalam hidupnya sentiasa terbayang kedamaian. Hal inilah yang digambarkan oleh Allah bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami beri kepadanya kehidupan yang baik (Thayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih baik dari kebaikan yang telah mereka kerjakan." (Surah an-Nahli:97)

Kehidupan 'Thayyibah' mencakupi segala bentuk kenikmatan baik yang bersifat jasmaniah mahupun rohaniah baik dalam kehidupan di dunia ini, mahupun di akhirat.

Kedua: Sentiasa berbuat baik untuk dirinya sendiri mahupun terhadap orang lain. Islam telah melarang melakukan kerosakan, baik terhadap peribadi mahupun masyarakat umpamanya berzina, berjudi, meminum minuman keras dan sebagainya. Orang yang lemah imannya tidak mampu mengendalikan diri terhadap larangan-larangan tersebut, walaupun ia sedar akibatnya. Mukmin yang kuat imannya sentiasa menghindarkan perbuatan-perbuatan yang merugikan terhadap dirinya dan orang lain.

Ketiga: Orang mukmin hanya meminta pertolongan daripada Allah. Dalam menghadapi sesuatu kesulitan, orang yang lemah imannya selalu gelisah. Dia mencari pertolongan kepada sesiapa saja yang dianggapnya dapat meringankan kesulitan yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu sifatnya hanya sebagai sementara sahaja. Mukmin yang sejati hanyalah meminta pertolongan kepada Allah. Ia memohon terus kepada Allah, tanpa ada perantaraan orang lain.

Keempat: Mukmin sejati tidak bersikap lemah sama ada fizikal ataupun tubuh badan. Rohaniah dan semangatnya kental dan tidak dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban.

Orang beriman mempunyai pengharapan dan optimis. Ia tidak mudah menyerah kalah. Ia percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala dan ini memberi semangat kepadanya untuk berusaha.

Kelima: Mukmin tidak menyesali dengan keadaan dirinya. Dalam kehidupan ini, manusia silih berganti bertemu dengan kesenangan dan kesusahan, kekayaan dan kemiskinan, kemenangan dan kekalahan, berjaya dan gagal juga sebagainya.

Di waktu bertemu dengan kesusahan, janganlah mengeluh menyesali keadaan, dengan mengatakan seumpama "Kalau dahulu saya berbuat begitu, tentulah saya tidak ditimpa musibah ini." Penyesalan terhadap diri dan tindakan sendiri dengan mempergunakan kata-kata "kalau" itu adalah satu sikap yang dimasuki oleh syaitan sehingga tidak akan membawa penyesalan kecuali hanya keruntuhan jiwa dan fikiran sahaja.

Tetapi pada saat menghadapi kekecewaan itu, katakanlah kepada diri sendiri, "Ini adalah takdir Allah bagiku. Saya sudah berusaha dan berjuang, tetapi masih belum berhasil. Saya akan mencuba lagi, bangkit sesudah jatuh dan akan bangkit lagi sehinggalah mendapat kejayaan yang cemerlang." Maka sehubungan dengan itu setiap muslim haruslah berusaha menjadi seorang mukmin sejati dengan mengambil sifat-sifat utama sebagaimana yang diperkatakan sebentar tadi, mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah dunia dan juga akhirat.
"


kita sbg manusia memang selalu tak berpuas hati, terlalu byk soalan???


bukankah kita ini hanya makhluk ciptanya? ( yg paling sempurna ) bersyukurlah



-- Edited by ices at 09:51, 2005-03-08

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Dr Hj Masjuki - Web Master & Pengarah R&D

Status: Offline
Posts: 976
Date:

SODAQOLLAHUL AAAZIM...


Usaha yg amat tepat dan baik sekali dari dinda nafisah... congrate sist.... may Allah bless U... tak percaya cuba lihat ini... sebagai janji Allah.







14. Ibrahim





 


52. (Al Quran) ini adalah penjelasan yang cukup sempurna bagi manusia, dan supaya mereka diberi peringatan dengan-Nya, dan supaya mereka mengetahui bahwasanya Dia adalah Tuhan Yang Maha Esa dan agar orang-orang yang berakal mengambil pelajaran.



__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

salam   ///


jauh di sudut hati, terdapat 1001 mcm perasaan, gundah gelana.


kesabaran saja yg dpt menteteramkan jiwa ini.



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

hmm sabar bukan separuh dari iman, sabar satu bahagian dari bahagian bahagian iman...

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard