Satu jenis kek yang tak pernah di masak di mana restoran ,kedai, hotel atau mana2.
Di bawah diberi bahan2 dan cara membuat kek tersebut. Selamat mencuba.
bahan-bahannya.
250 gm daya usaha 100 gm kesabaran 100 gm keimanan (percaya) 190 gm keinsafan 150 gm pengorbanan 150 gm campuran akhlak mulia 8 sudu tea rasa tanggungjawab 200 gm senyum secukup rasa
Cara membuatnya: (Boleh dilakuan di dalam diri masing.)
Pukul semangat hingga menjadi kembang dan kental.Masukkan usaha dan kesabaran, gaul sehingga sebati .Masukkan keinsafan sedikit demi sedikit. Biarkan adunan menjadi lembut.Setelah itu campurkan keimanan , rasa tanggungjawab dan campuran akhlak mulia . Ia perlukan dibungkus dengan kertas ingin tahu dan kertas 'hendak' serta ingin mencuba.Masukankan adunan tersebut ke dalam mangkuk bertimbang rasa dan tolak ansur.Hiaslah dengan senyuman yang menawan kemudian bakar dengan tenaga yang ada.
U/p : Untuk mendapatkan kek yang cantik dan elok, jauhilah ia dari air mata putus asa walaupun setitik kerana boleh merosakkan kek . Oleh kerana kek 'kejayaan amat sukar dibuat , syabas kepada sesiapa juga yang berjaya ...melaksanakan dgn baik..... cantik keemass.