Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua saudara-saudaraku. Terasa rindu kerana sudah lebih kurang 2 minggu saya tidak berada di forum ini, kerana ada masalah dgn streamyx. Jadi terpaksalah saya membuka kembali forum2 yang lepas, dan alhamdulillah semuanya sumber info belaka. Disini saya lampirkan beberapa info yang menarik dan maafkan saya jikalau maklumat tersebut sudah dipaparkan disini sebelum ini.
DAJAL.
1. apakah nama negeri kelahiran Dajjal? - Samirah, sebuah negeri kecil di Palestin. Ada yang mengatakan dari Syria.
2. setelah berapa lama berkahwin baru ibunya melahirkan Dajjal? - 30 tahun. Sabda Rasulullah saw yang bermaksud: "Ayah dan ibu dajjal itu melalui perkahwinannya selama 30 tahun tanpa melahirkan seorang anakpun. Kemudian lahirlah drp mereka seorang anak lelaki yang buta sebelah matanya. Ia menjadi seorang yang paling berbahaya dan paling sedikit manafaatnya. Kedua mata tertidur tetapi hatinya tetap terjaga." Hadis riwayat Imam Ahmad.
3. bagaimanakah kematian ibunya (Dajjal)? - Ibunya meninggal disebabkan oleh penyakit akibat dari tertahanya air susu yang kemudian menjadi racun dan berakhir dgn kematian ibunya.
4. apakah nama binatang yang menjaga Dajjal di sebuah pulau? - Jassasah (yang selalu mencari berita dan memberitahunya) seekor binatang yang sangat besar, berbulu sangat tebal dan mempunyai mata menonjol seperti mata lembu.
5. siapakah sahabat Rasulullah saw yang pernah berjumpa dajjal? - Damim ad Dari. Ada satu hadis yg panjang menceritakan kisah pelayaran Damim yang berjumpa dengan binatang al Jassasah dan Dajjal di sebuah pulau. Selepas inilah Damim memeluk Islam. Hadis ini saya sertakan dibawah.
6. apakah dua kota yang terlarang untuk dajjal memasukinya? - Kota Mekah dan Madinah.
7. apakah sebab keluarnya dajjal? - Dajjal keluar kerana suatu kemarahan. Sabda Nabi saw "Sesungguhnya dajjal akan keluar kerana suatu kemarahan" Riwayat Muslimdan Ahmad. Apa yang dimarah adalah tidak pasti tapi pada masa itu imam Mahdi telah muncul dan menghadapi peperangan di semenanjung Arab, Parsi, Rome dan Konstantin yang akan memakan masa selama beberapa bulan.
8. apakah yang tertulis di dahi dajjal? - kaf, fa, ra. (kafir). Sabda Nabi saw " Tertulis di antara dua matanya perkataan "kafir"yang dieja oleh Rasulullah saw "kaf, fa, ra" yang dapat dibaca oleh setiap mukmin yang pandai membaca ataupun mukmin yang buta huruf".
9. siapakah yang telah digergaji oleh dajjal sehingga terbelah dua dan dihidupkan semula? - seorang yang soleh dan ada yang mengatakan nabi Khidir as.
10. bagaimanakah kematian dajjal? - dajjal mati ditangan nabi Isa..nabi Isa membenamkan tombaknya dan membunuhnya lalu diperlihatkan darah dajjal yang melekat pada tombaknya kepada semua yang ada. Fathimah isteri al mughirah berkata, aku mendengar seruan seorang sahabat Rasulullah saw.'Marilah solah berjamaah" Maka aku pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah saw. pada barisan wanita yang berada tepat di belakang kaum itu.Setelah selesai solat, Rasulullah saw, duduk di mimbar. Sambil tersenyum beliau bersabda: 'Hendaklah setiap orang tinggal ditempat salatnya.' Selanjutnya beliau bersabda,'Apakah kamu semua mengetahui sebab aku mengumpulkan kamu? Mereka menjawab,'Hanya Allah dan RasulNya yang lebih mengetahui'. Beliau bersabda,'Sesungguhnya aku, demi Allah tidak mengumpulkan kamu semua bukan kerana ada pengharapan ataupun ketakutan. Melainkan aku mengumpulkan kamu adalah kerana Tamim ad-Dari, yang dahulunya seorang Nasrani, datang untuk berbai'at masuk Islam. Dia menceritakankepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku seperti apa yang telah aku sampaikan kepada kamu semua tentang Dajjal. Dia menceritakan kepadaku bahawa dia mengemudi sebuah perahu bersama 30 orang dari Lakhm dan Judzam. Mereka dipermainkan ombak selama sebulan dilaut. Lalu mereka berlabuh menuju suatu pulau di laut itu sampai terbenam matahari. Mereka dudukduduk di pantai dekat perahu. LaIu mereka naik ke pulau itu. Maka mereka didatangi seekor binatang yang banyak bulunya yang mereka tidak dapat membezakan mana bahagian depan dan mana bahagian belakangnya. Mereka berkata, "Celaka kau, apakah kamu ini ? Binatang itu menjawab. `Aku adalah mata-mata.' Mereka bertanya, `Mata-mata apa?" Dia menjawab, `Wahai kaum, pergilah kepada orang yang berada di dalam gua, kenana dia merindukan berita dan kamu' Tamim ad-Dari berkata, Ketika binatang itu menyebutkan kepada kami seseorang, kami meninggalkannya kerana mungkin dia adalah syaitan perempuan. Selanjutnya dia berkata, lalu kami berangkat segera hingga memasuki gua. Tiba-tiba di dalamnya ada seorang manusia yang paling besar badannya dan diikat dengan rantai yang kuat. Kedua tangan dan lehernya disatukan dan diikat dengan besi di antara hingga kedua mata kakinya. Kami katakan,'Celaka kamu, makhluk apakah kamu ini? Dia menjawab,"kamu telah mengetahui perihalku, kini beritahukan kepadaku, siapakah kamu ini? Mereka menjawab,"Kami adalah manusia dari Arab. Kami menaiki perahu lalu dihentam gelombang laut besar dan ombak mempermainkan kami selama sebulan. Kemudian kami berlabuh di pulaumu ini Kami didatangi seekor binatang yang berbulu lebat sehingga tidak diketahui mana bahagian muka dan mana bahagian belakangnya. Kami bertanya,"Celaka kamu, binatang apa kamu ini?""Saya adalah mata-mata." "Mata-mata apa?" `Pergilah kepada orang yang berada di gua ini kerana dia sangat merindukan berita dari kamu." Maka kami pun segera mendapatkan kamu. Kami takut pada binatang itu dan kami tidak tenang jangan-jangan ia adalah syaitan betina. Orang itu berkata,"Beritahukan kepadaku tentang kurma Baisan!" (Baisan ialah negeri yang terkenal sejak dahulu kala. Negeri ini berada dekat Syam Iama dan merupakan salah satu kota di Palestin.) Tentang apanya yang engkau nak tanyakan?" "Aku bertanya kepada kamu apakah kurma berbuah?" "Sesungguhnya pohon kurma itu hampir tidak akan berbuah.' Lalu dia berkata lagi. "Beritahukan kepadaku tentang Tasek Thabaniyyah!" (Tasik Thabariyyah adalah tasik besar. Panjangnya adalah sepuluh batu denl ebarnya enam batu. Tasek itu dalam dan dapat dilayari kapal. Tetapi airnya semakin berkurangan. lkannya ditangkap daan airnya manis tawar. Jarak antara Tasik Thabariyyah den gan Bait al-Muqaddis lebih kurang 100 batu.) "Tentang apanya yang engkau nak tanyakan' "Apakah tasik itu masih berair ? Ya Tasik ilu masih banyak airnya.""Sesungguhnya air tasik itu hampir habis," Dia berkata, "Beritahukan kepadaku tentang mata air Zughar!" (Mata air Zughar adalah nama seorang perempuan yang dinisbatkan pada mata air ini.) "Mengenai apanya yang nak engkau tanyakan?" "Apakah mata air itu masih memancarkan air? Dan apakah penduduknya masih bercucuk tanam dan mata air itu?" "Ya mata air itu masih memancarkan banyak air dan penduduknya bercucuk tanam dari air tersebut." "Terangkan kepadaku tentang nabi yang diutus kepada orang-orang buta huruf, apa yang dilakukannya?" "Dia telah kelua dari Mekah menuju Yatsrib," "Apakah orang-orang Arab memenanginya?" `Ya" "Bagaimana caranya dia memperlakukan mereka7' "Dia telah menundukkan orang-orang Arab terdekatnya, sehingga mereka mengikutinya." "Apakah demikian?" "Ya" lebih baik bagi mereka untuk mengikutnya. Aku akan memberitahukan kepada kamu mengenai diriku. Aku ini adalah aI-Masih. Aku hampir akan diizinkan keluar, maka aku akan keluar. Lalu aku akan berjalan di muka bumi. Aku tidak melalui sesuatu kampung melainkan aku tinggali selama 40 malam kecuali kola Mekah dan Thaibah (Madinah). Kedua kota itu diharamkan atasku. Setiap aku akan memasuki salah satu kota itu, aku dihadang oleh malaikat yang memegang pedang untuk memenggalku. Di setiap celah kedua kota itu dijaga oleh para malaikat." Fathimah berkata, "Sambil memukulkan tongkatnya pada mimbar, Rasulullah saw bersabda."lni adalah Thaibah, yakni kota Madinah. lngatlah, apakah hal itu telah aku sampaikan kepada kamu?" orang ramai menjawab :"Benar." Nabi Muhammad saw bersabda,"Sungguh cerita Tamim itu sesuai dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu, juga mengenai kota Mekah dan Madinah. Ketahuilah sosungguhnya Dajjal itu berada di Iaut Syam atau di laut Yaman, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur, bukan dari arah timur." Baginda mengisyaratkan dengan tangannya ke arah timur."Selanjutnya Fathimah berkata,"Maka aku menghafalkan hadis ini dari Rasulullah." Kemudian Tamim ad-Dari pergi bersama kawan-kawannya dan tidak kembali lagi ke pulau itu. Kalaupun mereka berflkir untuk kembali ke pulau itu, mereka tidak akan dapat sampai ke pulau itu, walaupun mereka mempunyai pengalaman belayar. Sebab setelah peristiwa ini pulau tersebut menjadi jauh untuk sampai ke situ. Ombak-ombaknya digerakkan dengan kekuasaan Allah swt. Seakan-akan ombak itu sendiri adalah perahu yang bergerak di lautan. Allah menetapkan bahawa tidak ada seorang pun yang datang ke pulau itu setelah Dajjal ada di dalamnya.
CARA UNTUK MENYELAMATKAN DIRI DARI FITNAH DAJJAL
Rasulullah saw telah telah menunjukkan kpd kita bagaimana untuk menyelamatkan diri dari fitnah dajjal.diantaranya..
1). Selalu membaca doa yang diajar Rasulullah saw diakhir solat (selepas tahiyat akhir) yang bermaksud " Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari azab neraka Jahannamdan dari azab kubur, dari fitnah hidup dan mati dan buruknya fitnah Al Masihuddajjal."
2). Menghafal surah al Kahfi atau 10 ayat yang awalnya atau 10 ayat yang akhirnya. Bahkan orang yang hafal 3 ayat sahaja diawal surah al Kahfi, maka ia akan terjaga dari Dajjal.
3). Hendaklah berlindung ke kota Mekah atau Madinah kerana kedua negeri itu tidak dapat dimasuki Dajjal.
4). Hendaklah ia lari dari depan dajjal kerana ia tidak akan membahayakannya dengan tetap berzikir dan berdoa.
Maaf sekiranya terdapat kesilapan, yang baik datang dari ALLAH dan yang buruk datang dari diri saya sendiri. Minta tunjuk ajar jika ada kekurangan.
Sebenar nya dalam cerita panjang di atas ada maksud tersirat yg amat pendek dan padat utk di fahami apa itu DAJAL ? Rajin rajin berjumpa abg Mas di RnD Kajang saudara akan tahu jawapan nya .. Ini semua cerita di zaman nabi yg juga mengunakan Al-Quran sebagai penunjuk nya,sama juga seperti kita manusia skg juga guna Al-Quran cuma zaman yg berbeza kita di zaman yg moden dan berwawasan 2020.. jadi sesuai kan lah cerita itu dgn kita skg dapat lah jawapan nya
p/s: Artikel ini tidak sesuai diposting di sini .. ia patut di posting di bahagian Motivasi. Di sini hanya program yg di anjur kan oleh pihak RnD sahaja .. Harap Maklum .. Bijak menguna, Bijak Memakai
Maaf, saya tersalah posting ke bilik lain plak ... diharap pihak berkenaan boleh fowardkan artikel saya ke ruangan yang sesuai. Kesilapan tuh kadang2 tetap berlaku walau sehandal mana pon kita ni.
tahniah phiz, saudara/// wan boss kisah tersirat ini boleh diperolehi dari banyak sumber, saudara wann boss tau kah anda bahawa al Quran itu sebagai pentunjuk dan peringatan tentang perkara perkara yang telah berlaku, perkara perkara yang sedang berlaku, perkara perkara yang akan berlaku, kisah kisah perkara perkara ghaib sepreti dalam rukun iman, tentang dunia akhirat alam barzah syurga dan neraka? begitu juga kisah gua, mengapa saidina ali berbaring ditempat tidur baginda rasul dan ditinggalkan bersendirian diperaduan baginda rasul? mengapa hanya baginda dan abu bakar sahaja yang berada didalam gua? dimana pergi nya lain lain para sahabat? bagai mana anda boleh kata tu cerita lama dizaman nabi? wawasan 2020 yang macam mana nak sesuai kan cerita lama tu dizaman sekarang? buka dan kaji dan belajar la kitab kitab perkara tersebut tetap akan berlaku.... yang penting nya kisah kisah yang baginda sampai kan melalui sahabat tu bukan cerita dongeng... yang benar tetap benar yang haq tetap haq, jangan ubah suai ikut selera memasing..
ya betul tu ices .. lebih kurang jawapan ices lah maksud tersirat yg saya hendak sampaikan .. cuma pandai tafsirkan saja ..
Bro shah semua cite tu benar belaka .. saya tak cakap dongeng pun cuma kita kena sesuai kan dgn keadaan kita yg skg mcm dulu nabi naik unta skg kita naik kereta camtu la .. dulu us belum ganas .. skg us sendiri mau igt la .. harap paham la kot .. jawapan abg shah tu sama cam jawapan saya juga ayat nya lain maksud nya sama ..
Memang kita wajib mengkaji isi kandung Al-Quran, kerana semuanya ada tersurat didalamnya. Thx bro zerofill , wanbos atas ulasan abg berdua. Dekat mana yer ... kita boleh surf tentang Al-Quran ni ? ada sesiapa bisa bantu ... url dia ?