Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: APRIL FOOL


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
APRIL FOOL


Assalamualaikum wbh.


Ikutilah cerita sedih di sebalik April Fool's Day sebagai renungan bersama. Setiap kali menjelang 1hb April, sesetengah orang kita begitu taksub dengan budaya 'pandang ke barat' menjadi begitu sibuk sekali. Kepala mereka penuh dengan senarai mangsa-mangsa untuk dipermain-mainkan. Bahkan sewaktu memandu atau sedang makan pun kepala mereka ligat berputar merangka-rangka rancangan 'penganiayaan' ini. Yang penting mereka ingin puas melihat muka mangsa-mangsa gurauan April Fool mereka merah padam kerana dipermain-mainkan. Bagaimanapun, tanpa mereka sedari, kadang kala lawak-lawak biasa atau 'practical jokes' yang dilakukan boleh mencetuskan pergaduhan dan penyesalan yang berpanjangan.

Sewaktu masa dahulu, pernah terjadi suatu trajedi yang berlaku pada 1hb April ini. Seorang suami yang jahil tentang agama, telah mengucapkan, 'Aku ceraikan kau dengan talak 3' pada isterinya dengan niat untuk melawak. Isterinya yang pada mulanya terpinga-pinga terus meraung apabila si suami dengan muka selamba kemudiannya mengucapkan 'April Fool!'. Selepas itu, giliran si suami pula untuk meraung apabila diberitahu bahawa talak yang dilafazkan telah pun jatuh!!!

Berbalik kepada perayaan April Fool's Day ini, adalah dipercayai bahawa ia mula dirayakan sewaktu kejatuhan kerajaan Islam di Sepanyol. Setelah bertapak berkurun-kurun lamanya di Granada, Sepanyol, kerajaan Islam akhirnya runtuh diserang tentera-tentera Kristian. Penduduk-penduduk Islam di Sepanyol ( Moors ) terpaksa berlindung di dalam rumah untuk menyelamatkan diri. Tentera-tentera Kristian bagaimanapun tidak berpuas hati dan berusaha untuk menghapuskan orang-orang Islam dari Sepanyol. Penduduk-penduduk Muslimin ini, diberitahu bahawa mereka boleh berlayar keluar dari Sepanyol dengan selamat bersama-sama barang-barang keperluan mereka dengan menggunakan kapal-kapal yang berlabuh di perlabuhan. Orang-orang Muslimin yang risau sekiranya tawaran tersebut merupakan suatu penipuan, telah pergi ke perlabuhan untuk melihat kapal-kapal yang dimaksudkan. Setelah berpuas hati, mereka membuat persiapan untuk bertolak.

Keesokan harinya ( 1April ), mereka mengambil semua barangan yang telah dikemaskan lalu menuju ke perlabuhan. Pada masa inilah, pihak Kristian mengambil kesempatan menggeledah dan membakar rumah penduduk-penduduk Islam itu. Mereka juga tidak sempat untuk menaiki kapal kerana semuanya telah musnah dibakar. Pihak Kristian kemudiannya menyerang kaum Muslimin dan membunuh kesemuanya, lelaki, perempuan, serta anak-anak kecil. Peristiwa berdarah yang meyedihkan ini kemudiannya diraikan oleh tentera Kristian.

Keraian ini akhirnya dirayakan setiap tahun bukan sahaja di Sepanyol tetapi juga di serata dunia sebagai April Fool’s Day. Yang menyedihkan, orang-orang Islam yang jahil mengenai peristiwa ini turut meraikan April Fool's Day tanpa menyedari mereka sebenarnya merayakan ulang tahun pembunuhan beramai-ramai saudara se-Islam mereka sendiri.

Semoga Allah sentiasa membuka pintu taubat untuk kita.

(Petikan drpd Risalah Fikrah- Peliharalah Allah, nescaya Allah akan memelihara kamu ......rawahu > > > > Tirmizi Illal Liqaq .


 



-- Edited by ices at 14:21, 2005-03-10

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

w`salam...///


satu artikel yang menarik yang patut dikongsi bersama2.../// semoga kita berfikir sejenak tentang april fool...///



__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:

hehehe...awai bukak topic... anyway, alhamdulillah dan terima kasih .....

__________________
http://www.firstmilk.com


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

jangan le kita menyambut april fool...!!!


nak bergurau biar bertempat...///



__________________
susah susahhhh aje ... !


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

mmm...April FOOL????...


akhakha...who ever follow the fool things like that.Fool and foul lah org tu..heh



__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Senior

Status: Offline
Posts: 144
Date:

~Bergurau ada tempat dan masanya.Namun jika bergurau hingga mengaib dan menjatuhkan maruah seseorang,ini suatu perbuatan yg dilarang dlm Islam.Tiada faedahnya sambut april fool ni.Siapa yg menyambutnya hanya utk menunjukkan kebodohan diri sendiri dan seolah-olah menyambut kejatuhan kerajaan islam dan merayakan kematian ramai umat islam.


I'm shinmabuk69@yahoo.com



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 137
Date:

mmmmmmmmmmmm menarik ..............///


 



__________________
Tanamkan Azam dan semangatmu Setinggi Bintang Dilangit dan Rendahkan Hatimu Serendah Mutiara Di Laut...


Senior

Status: Offline
Posts: 131
Date:

assalamualaikum...///


bagus topic ni boleh menyedarkan org islam kita... walaupun tak beberapa jauh lagi dgn APRIL FOOL tu serba sedikit boleh kita berigat... Tranz dah niat siapa cakap APRIL FOOL memang kenapa pelepang punyer



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:


 



__________________
A d i b T o s h i o™


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

heheheheheh............


sapa2 yg cakap APRIL FOOL , maknanya yg cakap tu BLOODY FOOL




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

carita yang bagus patut dikongsi bersama supaya kite smue tidak terpedaya lagi..

bagus...

__________________
ENDY


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:


sekadar mengingatkan.......


kekadang senda gurau itu lebih kpd keburukan.........



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 347
Date:

Assalamualaikum...///


Topik yang sangat bagus untuk tatapan orang islam...



_________________


/// Senawang



__________________


Member

Status: Offline
Posts: 16
Date:

yaa betuuuuullllll...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

betul tu... betul tu....

__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 192
Date:

 


lain kali kalau dengar sesiape cakap april fool kasi lempang sekali.... ada baik....!


jgn ditanye kenape.....



__________________
"CIVIC"


Senior

Status: Offline
Posts: 161
Date:

:)

Sama sama menghayati... ///

anil
///


__________________
/// ANGAH /// Kulim ///
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard