Pada 13 Mac 2005 ini akan diadakan satu konvoi amal kereta dan motorsikal anjuran C3 & RD CLUB. Cadangan konvoi adalah menyampaikan sumbangan daripada Gerakan Ehsan Tsunami (GET) Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia YADIM di Dewan Sebaguna Au3 Keramat kepada Rumah Anak-anak Yatim & Miskin Al-Khadeem di Kg. Pandan. Konvoi akan berkumpul di stesyen minyak Projet MRR2 berdekatan Zoo Negara pada jam 3 petang. Kemudian konvoi akan bergerak ke Dewan Serbaguna untuk mengambil barangan sumbangan dan terus ke Rumah Anak-anak Yatim & Miskin Al-Khadeem di Kg. Pandan. Selepas itu, konvoi mungkin akan ke My Friends Corner Jalan Tun Razak untuk minum. Insyaallah. Maklumat lanjut boleh hubungi Wan Bos (0162542354) atau Zack (0126931005).
sayangya sabtu ni keje la pulak.../// macam mana lak tu bro zack??? saya tumpang bro la ok.../// leh tak coz saya nak moto cup jer sengan lak dok belakang makan asap moto YP jer
isk bukan sabtu ker??? ok gak apa naik bertiga baru sempoi selamber jer.../// bro zack bawak pastu awek bro dok tengah.../// sana dok belakang la heheheh saya nak join naik moto cup boleh ker bro zack???
quote: Originally posted by: jepun363 "isk bukan sabtu ker??? ok gak apa naik bertiga baru sempoi selamber jer.../// bro zack bawak pastu awek bro dok tengah.../// sana dok belakang la heheheh saya nak join naik moto cup boleh ker bro zack???"
kekeke..lawak sungguh bro jepun neh..ader ke naik bertiga...naik teksi je lah...kan ok tuh..hehehe
Pakai cub nak join? Boleh. Kerja amal ni tak kira darjat, pangkat mahupun rupa.
Surah Ar Ruum Ayat 44
Barangsiapa yang kafir maka dia sendirilah yang menanggung (akibat) kekafirannya itu; dan barangsiapa yang beramal saleh maka untuk diri mereka sendirilah mereka menyiapkan (tempat yang menyenangkan).
Okeh jgn salah hari dan tarikh ya wahai sedara sedara ku .. Sapa nak join tu boleh lah call saya atau zack. Konvoi akan berkumpul di stesyen minyak Projet MRR2 berdekatan Zoo Negara pada jam 3 petang. Yg mana ada kereta atau motor tu cuci bersih bersih dan berkilat, keta stendet tarak hal,janji nawaitu kita tu utk apa, jgn segan segan jom kita beramal sambil makan angin sruppp ..
quote: Originally posted by: WanBos "Okeh jgn salah hari dan tarikh ya wahai sedara sedara ku .. Sapa nak join tu boleh lah call saya atau zack. Konvoi akan berkumpul di stesyen minyak Projet MRR2 berdekatan Zoo Negara pada jam 3 petang. Yg mana ada kereta atau motor tu cuci bersih bersih dan berkilat, keta stendet tarak hal,janji nawaitu kita tu utk apa, jgn segan segan jom kita beramal sambil makan angin sruppp .. "
bro....kene pakai baju putih gak ke ,......? atau bebas...?
bro zack.../// agak2 beraper ramai yang turut serta dalam konvoi amal kita ni??? lepas berkonvoi adakah kita akan ker pertama??? coz petang2 ahad ada acara kat belakang pertama tu
Berapa ramai? Belum dapat dipastikan lagi, tetapi jika lebih daripada dua orangpun dah kira okay. Bukan kuantiti yang dicari, tapi kualiti.
Pertama Complex? Rasanya nak berehat di My Friends Jalan Tun Razak la lepas tu. Sebab dekat dengan rumah Al-Khadeem. Nak berdakwah kat Pertama Compleks tu lain hari la. Kalau Jepun nak berdakwah di Kompleks Pertama tu okay jugak. Sokongan daripada saya. Kalau sekadar nak tengok bebudak buat wheelies, stoppies, membakar dll, nmasihat saya tak payahlah. Biar apa yang kita lakukan ada tujuan. Ni saya bagi buah 38/32 & 33. Jangan balas ngan buah cina hang sudah.
Surah Shaad Ayat 32. maka ia berkata: "Sesungguhnya aku menyukai kesenangan terhadap barang yang baik (kuda) sehingga aku lalai mengingat Tuhanku sampai kuda itu hilang dari pandangan."
Surah Shaad Ayat 33. "Bawalah kuda-kuda itu kembali kepadaku." Lalu ia potong kaki dan leher kuda itu.
Kuda tu hang ibaratkanlah motorsikal. Yang lain tu rasanya dah boleh bayangkan maksudnya. Kalau tak leh, insyaallah nanti saya terangkan bila kita berjumpa.
alhamdullilah.../// saudara zack kita dah sedar dan semakin matang.../// saya harap saudara zack kita tabah menempuh hari2 saudara degan sabar tanpa AVATAR SAUDARA DISISI... I|I ///
bagus la tu coz saudara zack harus pandang kehadapan sekarang ni.../// bukan kebelakang lagi tak elok perkara yang sudah2 dikenang lagi merana jiwa dan raga saudara...///
Terima kasih Jepun atas nasihat. Salinglah kita nasihat-menasihat ke arah kebaikan.
Saya asal mana? Buah 15/28 & 29
Surah Al Hijr Ayat 28.
Dan (ingatlah), ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat: "Sesungguhnya Aku akan menciptakan seorang manusia dari tanah liat kering (yang berasal) dari lumpur hitam yang diberi bentuk,
Surah Al Hijr Ayat 29.
Maka apabila Aku telah menyempurnakan kejadiannya, dan telah meniup kan kedalamnya ruh (ciptaan)-Ku, maka tunduklah kamu kepadanya dengan bersujud[796].
ps: Tak yah la main buah Cina dgn saya Jepun. Simpan je la. Tak menjanjikan syurga pun. Baliklah ke buah asal kita, mengikut kitab kita, Al-Kitab Al-Quran.