Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Islam Hadhari... mana penghayatannya?


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:
Islam Hadhari... mana penghayatannya?


apakah peng'amalan' dan yg di maksudkan islam hadhari... adakan bersesuaian dan berlandaskan Amal Makruf nahi mungkar?...


 


 


 


insan ingin tahu...



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Senior

Status: Offline
Posts: 176
Date:

quote:

Originally posted by: iqman

"apakah peng'amalan' dan yg di maksudkan islam hadhari... adakan bersesuaian dan berlandaskan Amal Makruf nahi mungkar?...insan ingin tahu..."


Baca dan fahami dengan tenang...


1) yang dimaksudkan islam hadhari



Apakah yang dimaksudkan dengan Islam Hadhari? Islam Hadhari adalah gabungan dari dua kalimah Bahasa Arab, iaitu : Islam dan Hadhari (sifat). Asal perkataan hadhari ialah hadharun - hadharatun (hidup di Bandar) yang membawa maksud membangun, maju ataupun bertamadun - lawan kepada perkataan badawah (kepedalaman atau kemunduran). Bertolak daripada kata dasar tersebut maka perkataan hadharah ataupun sifatnya hadhari bolehlah ditakrifkan sebagai hasil tindakbalas antara manusia dengan alam dan kehidupan sekitarnya melalui usaha yang dilakukan oleh manusia sendiri bagi memperbaiki kedudukan kehidupannya di dunia secara fizikal dan spiritual mengikut keperluan dan peredaran semasa (waqie).


Pengertian hadharah (hadharatun) itu semakin luas skopnya apabila komuniti manusia itu semakin jauh daripada corak hidup kepedalaman, serta apabila mereka mula terbabit dengan gaya hidup masyarakat maju yang progresif dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian zaman dan tempat. Justeru, hadharah ataupun tamadun adalah hasil-hasil usaha yang dilakukan oleh manusia untuk mengeksploitasi unit-unit alam yang berada di sekitarnya. Tujuannya ialah untuk merealisasikan segala keperluan dalam masyarakat manusia serta menyebarluas faktor-faktor kebaikan dan kebahagiaan di kalangan manusia sejagat.


adakah bersesuaian dan berlandaskan Amal Makruf nahi mungkar?


Islam Hadhari bukanlah satu ajaran baru, ianya adalah ajaran Islam yang sebenar yang berpaksikan al-Quran dan as-Sunnah (Islam Fundamental). Hal ini bukanlah satu perkara yang baru kerana agama Islam adalah satu agama yang syumul; agama yang sesuai sepanjang zaman dan agama yang merentasi sempadan tempat dan waktu. Malah penggunaan istilah 'Hadhari' telahpun digunakan oleh ilmuan Islam sejak dari dulu lagi seperti Ibnu Khaldun dalam kitab agungnya 'Al-Muqaddimah' dan pemikir al-Jazair iaitu Malik Bennabi yang cenderung menggunakan istilah 'hadhara' yang dianggap hampir kepada maksud keseimbangan kemajuan antara aspek material dengan akhlak dan spiritual.


Islam Hadhari adalah Islam yang syumul atau komprehensif dengan penekanan kepada pembangunan ekonomi dan tamadun menyeluruh - yang berupaya menjadi penggerak dan pendorong kepada peningkatan daya saing bangsa Melayu dan umat Islam amnya. Islam Hadhari akan menjadikan warisan dan tamadun Islam yang memperlihatkan kejayaan cemerlang umat Islam masa lampau sebagai pendorong kepada pembangunan dan kemajuan tamadun umat Islam masa kini dalam semua bidang kehidupan.


 


- bile dah tahu apa itu islam hadhari.....soalan di atas tak akan timbul....




__________________
tiada siapa akan memahami aku,melainkan mereka ialah aku,orang yang paling dipercayai ialah aku tiada selain melainkan aku. sesungguhnya aku adalah aku bukan kamu.andai engkau menjadi aku engkau akan mengerti...


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

hmmmmmmmmmmmmm


serba ringkas..............


dlm bahasa arab HADHARI itu bermaksud TAMADDUN . jika di translate ke BM jadi TAMADDUN. kehidupan manusia dari satu zaman ke satu zaman di sebut TAMADDUN. kita di malaysia, agama rasmi kita adalah ISLAM. cara hidup kita adalah cara ISLAM. jadi kita sebenarnya sudah pun berada di dlm ISLAM HADHARI itu sendiri tanpa kita sedari. kehidupan sbg seorang ISLAM itu sememangnya berpandukan AL QURAN. lengkap dgn hukum hakamnya. ( AMAL MAARUF NAHI  MUNGKAR )  cuma sekarang kita perlu menghayatinyer dengan lebih mendalam lagi. itu lah message yg cuba di sampaikan oleh PEMIMPIN kita.




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:

As'kum....


Jika kita lihat dari segi pegamalannya?.. adakah ia menepati ciri² apa yg di seru oleh Allah dan rasulNYA?.. seperti mengadakan konsert... dan lain-lain lagi... Islam hadhari bermaksud Islam yg modern atau bertamadun.. sebenarnya.. islam hadhari adalah konsep utk menipu rakyat melaysia sahaja... sebenarnya perkataan yg sebenar adalah hadharah Islamiyyah.. yg sebenar nya.. ini adalah konspirasi UMNO!!~


kalau salah sila betul kan



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Guru

Status: Offline
Posts: 630
Date:

jangan la kaitkan dengan mana mana parti politik please..

__________________
miau miau miau /// untitled
tiga kupang


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


perjuangan yg belum selesai............



__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard