ADA orang mempersoalkan bagaimana pencuri boleh menyara kehidupan keluarganya sekiranya pencuri itu dipotONg tangannya. Sebagai jawapannya, pencuri itu masih lagi mempunyai sebelah tangan lagi. Dia boleh menggunakan tangan itu untuk mencari nafkah.
Cara hukuman dijalankan
Jika dia masih lagi melakukan jenayah mencuri, ada ulama berpendapat tangan sebelah lagi tidak dipotong tetapi yang perlu dipotong ialah kaki kirinya (tangan yang dipotong buat kali pertama dia mencuri ialah tangan kanan).
Menurut pendapat ulama, jika masih lagi mencuri selepas daripada itu pencuri berkenaan tidak lagi dikenakan hukuman hudud. Sebaliknya ia dikenakan hukuman takzir (dera).
Ertinya Ulama berbincang untuk menentukan cara sebaik-baiknya bagi menyelesaikan masalah ini.
Kesan Pelaksanaan Hudud
Kita yakin bahawa bila undang-undang Allah dilaksanakan, keamanan akan wujud di dunia ini. Dalam masa 10 tahun, pemerintahan Nabi s.a.w., hanya kira-kira dua orang sahaja pencuri yang dihukum potong tangan. Ertinya tidak sampai setahun seorang hukuman potong tangan dilaksanakan.
Sementara itu di zaman Malik Abdul Aziz, Raja Arab Saudi yang telah menguatkuasakan hukum hudud di negara tersebut, dalam masa 24 tahun, tidak sampai 10 orang yang dikenakan hukuman potong tangan dalam tempoh itu.
Keamanan di Arab Saudi terjamin. Di zaman itu; kedai hanya ditutup dengan kain sahaja. Wang di kaunter tukaran wang asing, diletakkan di atas meja. Waktu sembahyang semua keluar ke masjid untuk mengerjakan sembahyang berjemaah dengan meninggalkan wang yang ditudung dengan kain sahaja.
Ini menunjukkan kesan yang nyata daripada perlaksanaan hukum hudud. Sementara undang-undang lain dari Islam tidak memberi kesan positif kepada manusia dan tidak berjaya menyelesaikan masalah mereka.
Kes Jenayah Meningkat di Malaysia
Saya pernah bertanya dalam Parlimen bagaimana kadar jenayah kecurian berlaku di Malaysia dari setahun ke setahun. Jawapan yang diberikan ialah kes kecurian meningkat kepada 50 ribu kes tahun 1990 dari 20 ribu kes tahun sebelumnya: Kemudian meningkat lagi kepada 61 ribu kes tahun 1991.
Manakala kes rompakan meningkat 15 peratus dalam tempoh tersebut sementara kes kecurian turun akibat pencuri berlukar menjadi perompak.
Allah Taala Maha Adil
Ertinya hukum lain dari hukum Allah gagal menangani masalah kehidupan manusia kerana Allah Ta'ala itu Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil tiada bandingannya. Dia menentukan hukuman berdasarkan keadilan dan Maha Bijaksana Allah SWT Tuhan yang mengatur alam ini.
Pandangan Ulama tentang pelaksanaan Hudud kepada Bukan Islam
Ada orang pertikaikan soal hukum hudud itu dikenakan terhadap orang Islam sahaja tidak kepada orang kafir. Ini adalah satu masalah yang menjadi perbahasan di kalangan ulama.
Ada ulama berpendapat bahawa orang kafir pun turut dikenakan hukuman had bukan orang Islam sahaja. Pendapat ini termasuk Imam Syafie dan Imam Hambali, manakala Imam Malik berpendapat, orang kafir tidak dikenakan hukuman had. Ini kerana katanya, syarat hukuman had ialah Islam. Justeru ada yang mendakwa tidak berlaku keadilan sekiranya orang bukan Islam tidak dikenakan hukuman tersebut.
Memang semuanya adil kerana walaupun orang kafir terlepas dari hukuman di dunia ini, dia tidak akan terlepas dari hukuman Allah di akhirat.Sementara orang Islam yang dikenakan hukuman tersebut terlepas dari hukuman Allah di akhirat.
Oleh itu kita mesti membuat perhitungan di dunia dan di akhirat dan kita boleh mentarjihkan pendapat mana-mana mazhab dalam masalah ini berdasarkan kepada orang kafir langsungtidak mengetahui tentang hukuman had.
Oramg Islam Jahil hukum hudud
Di Malaysia bukan sahaja orang kafir, orang Islam pun ada yang tidak mengetahui langsung tentang hukuman hudud padahal ini adalah hukum Allah yang disebut dengan 'fi'il amar' (suruhan) di dalam al-Quran.
Firman Allah yang bermaksud,
"Maka potonglah kedua tangannya."(Surah al-Maidah:39)
Allah Ta'ala berfirman dalam ayat yang lain yang bermaksud,
Suruhan dalam ayat ini bukan suruhan yang sunat tetapi ia adalah suruhan yang wajib. Cuma solat adalah fardu ain manakala hudud merupakan fardu kifayah.
Fardu kifayah bererti sekiranya ada di kalangan umat Islam yang melaksanakan hudud, semua orang Islam bebas daripada dosa tidak melaksanakan hudud.
Begitu juga sebaliknya, jika tidak ada orang Islam melaksanakan hudud, bererti semua orang Islam berdosa kecuali orang yang tidak reda atau yang menentang tindakan tidak melaksanakan hukum hudud. Mereka bebas dari dosa berkenaan.
Orang yang reda dalam keadaan hudud tidak dilaksanakan maka dia turut menanggung dosa berkenaan. Itu berlaku sekiranya mereka masih percaya dan yakin dengan hukum hudud.. Jika sebaliknya, jika mereka tidak percaya dan yakin dengan hukum hudud, mereka menjadi kafir, wal 'iyaza billah.
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
teringat semalam, on d way nak pi Kementerian Tanah, nak makan nasi beriani POWER kat situ, saya ngan member naik moto, lalu jalan shortcut.....tetiba sampai area cecelah bangunan, ramai plak polis kat situ.....berenti sat....pi tanya pesai pa.... tudia, depa habaq ada 2 org mampuih kena tembak dek polis.....huhu.....malam tadi keluaq berita...ari nih...keluaq surat habaq.....huhuh...... jenayah merata2x..... silap air bulan, kita yang tak berdosa leh kena peluru sesat!
sayer setuju dengan saudara ucuk. memang terlalu banyak jenayah berlaku. jgn sampai org lain buat jenayah, org lain dapat susah. org lain yg lain yang nak ditembak, org lain yang mati.
saya setuju degn pdngn semua org. jenayah sana sini. jgn2 nanti kita jadi the next american people. khutbah ringkas jumaat tadipun best jugak awalaupun mata ngantuk giler. sebut jenayah macam2.....
apa yg penting diri kita. kembali kpd islam. undag2 negara dah ada. hukum agamapun dah lama ada. cumanya pe? pelaksanaan. pernah kita terdengar org tua2 pesan, fikir dahulu sebelum buat, jangan biar nasi jadik bubur, beringat sebelum kena, menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna, dan macam2 cakap org tua2.
sediakan payung sebelum hujan. tapi pelaksanaan di mana? kerajaan melalui pelabagai akta dan kementerian baik polis dan sebagainya menjalankan tugas. kita sebagai org awam? adakah kita bersedia membantu atau sekadar membatu?
pernah kita terfikir untuk datang ke balai polis menjadi sukarela? kita sendiripun takut untuk datang bukan? datang jika ada masalah sendiri. kalau tidak tak payah. datanglah jadi sukarela. kot2 jalan2 yang pernah kita lewati atau kereta2 yang pernah kiita lihat atau mungkin sesape yang pernah kita kenali mungkin seorang perompak, perogol atau penjenayah besar. mungkin dengan adanya maklumat yang kita beri, kita boleh membantu menyelesaikan masalah jenayah dengan lebih cepat. mana kita?
atau mungkin sehingga saudara mara kita, isteri2 kita, suami2 kita ataupun kawan2 kita terkena barulah terhegeh2 menjadi informer, nak jamin sana, nak tolong sini, sanggup buat statement asalkan mereka selamat?
saya cuma mencadangkan, terpulang pada fikiran waras kita ye tak? bukan nak ajak jadi barua ataupun lembu dicucuk hidung sesape.