Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Jenayah Negara Kian Berleluasa


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:
Jenayah Negara Kian Berleluasa


Tafsir Surah al-Maidah ayat 39

ADA orang mempersoalkan bagaimana pencuri boleh menyara kehidupan
keluarganya sekiranya pencuri itu dipotONg tangannya. Sebagai
jawapannya, pencuri itu masih lagi mempunyai sebelah tangan lagi.
Dia boleh menggunakan tangan itu untuk mencari nafkah.



Cara hukuman dijalankan

Jika dia masih lagi melakukan jenayah mencuri, ada ulama berpendapat
tangan sebelah lagi tidak dipotong tetapi yang perlu dipotong ialah
kaki kirinya (tangan yang dipotong buat kali pertama dia mencuri
ialah tangan kanan).

Menurut pendapat ulama, jika masih lagi mencuri selepas daripada itu
pencuri berkenaan tidak lagi dikenakan hukuman hudud. Sebaliknya ia
dikenakan hukuman takzir (dera).

Ertinya Ulama berbincang untuk menentukan cara sebaik-baiknya bagi
menyelesaikan masalah ini.

Kesan Pelaksanaan Hudud

Kita yakin bahawa bila undang-undang Allah dilaksanakan, keamanan
akan wujud di dunia ini.
Dalam masa 10 tahun, pemerintahan Nabi s.a.w., hanya kira-kira dua
orang sahaja pencuri yang dihukum potong tangan. Ertinya tidak
sampai setahun seorang hukuman potong tangan dilaksanakan.

Sementara itu di zaman Malik Abdul Aziz, Raja Arab Saudi yang telah
menguatkuasakan hukum hudud di negara tersebut, dalam masa 24 tahun,
tidak sampai 10 orang yang dikenakan hukuman potong tangan dalam
tempoh itu.

Keamanan di Arab Saudi terjamin. Di zaman itu; kedai hanya ditutup
dengan kain sahaja. Wang di kaunter tukaran wang asing, diletakkan
di atas meja. Waktu sembahyang semua keluar ke masjid untuk
mengerjakan sembahyang berjemaah dengan meninggalkan wang yang
ditudung dengan kain sahaja.

Ini menunjukkan kesan yang nyata daripada perlaksanaan hukum hudud.
Sementara undang-undang lain dari Islam tidak memberi kesan positif
kepada manusia dan tidak berjaya menyelesaikan masalah mereka.

Kes Jenayah Meningkat di Malaysia

Saya pernah bertanya dalam Parlimen bagaimana kadar jenayah kecurian
berlaku di Malaysia dari setahun ke setahun. Jawapan yang diberikan
ialah kes kecurian meningkat kepada 50 ribu kes tahun 1990 dari 20
ribu kes tahun sebelumnya: Kemudian meningkat lagi kepada 61 ribu
kes tahun 1991.

Manakala kes rompakan meningkat 15 peratus dalam tempoh tersebut
sementara kes kecurian turun akibat pencuri berlukar menjadi
perompak.

Allah Taala Maha Adil

Ertinya hukum lain dari hukum Allah gagal menangani masalah
kehidupan manusia kerana Allah Ta'ala itu Maha Mengetahui lagi Maha
Bijaksana. Sesungguhnya Allah itu Maha Adil tiada bandingannya. Dia
menentukan hukuman berdasarkan keadilan dan Maha Bijaksana Allah SWT
Tuhan yang mengatur alam ini.

Pandangan Ulama tentang pelaksanaan Hudud kepada Bukan Islam

Ada orang pertikaikan soal hukum hudud itu dikenakan terhadap orang
Islam sahaja tidak kepada orang kafir. Ini adalah satu masalah yang
menjadi perbahasan di kalangan ulama.

Ada ulama berpendapat bahawa orang kafir pun turut dikenakan hukuman
had bukan orang Islam sahaja. Pendapat ini termasuk Imam Syafie dan
Imam Hambali, manakala Imam Malik berpendapat, orang kafir tidak
dikenakan hukuman had. Ini kerana katanya, syarat hukuman had ialah
Islam. Justeru ada yang mendakwa tidak berlaku keadilan sekiranya
orang bukan Islam tidak dikenakan hukuman tersebut.

Memang semuanya adil kerana walaupun orang kafir terlepas dari
hukuman di dunia ini, dia tidak akan terlepas dari hukuman Allah di
akhirat.Sementara orang Islam yang dikenakan hukuman tersebut
terlepas dari hukuman Allah di akhirat.

Oleh itu kita mesti membuat perhitungan di dunia dan di akhirat dan
kita boleh mentarjihkan pendapat mana-mana mazhab dalam masalah ini
berdasarkan kepada orang kafir langsungtidak mengetahui tentang
hukuman had.

Oramg Islam Jahil hukum hudud

Di Malaysia bukan sahaja orang kafir, orang Islam pun ada yang tidak
mengetahui langsung tentang hukuman hudud padahal ini adalah hukum
Allah yang disebut dengan 'fi'il amar' (suruhan) di dalam al-Quran.

Firman Allah yang bermaksud,

"Maka potonglah kedua tangannya."(Surah al-Maidah:39)

Allah Ta'ala berfirman dalam ayat yang lain yang bermaksud,

"Maka dirikanlah sembahyang". (Surah al-Mujadilah:l3)

Suruhan dalam ayat ini bukan suruhan yang sunat tetapi ia adalah
suruhan yang wajib. Cuma solat adalah fardu ain manakala hudud
merupakan fardu kifayah.

Fardu kifayah bererti sekiranya ada di kalangan umat Islam yang
melaksanakan hudud, semua orang Islam bebas daripada dosa tidak
melaksanakan hudud.

Begitu juga sebaliknya, jika tidak ada orang Islam melaksanakan
hudud, bererti semua orang Islam berdosa kecuali orang yang tidak
reda atau yang menentang tindakan tidak melaksanakan hukum hudud.
Mereka bebas dari dosa berkenaan.

Orang yang reda dalam keadaan hudud tidak dilaksanakan maka dia
turut menanggung dosa berkenaan. Itu berlaku sekiranya mereka masih
percaya dan yakin dengan hukum hudud.. Jika sebaliknya, jika mereka
tidak percaya dan yakin dengan hukum hudud, mereka menjadi kafir,
wal 'iyaza billah.


__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:

teringat semalam, on d way nak pi Kementerian Tanah, nak makan nasi beriani POWER kat situ, saya ngan member naik moto, lalu jalan shortcut.....tetiba sampai area cecelah bangunan, ramai plak polis kat situ.....berenti sat....pi tanya pesai pa.... tudia, depa habaq ada 2 org mampuih kena tembak dek polis.....huhu.....malam tadi keluaq berita...ari nih...keluaq surat habaq.....huhuh...... jenayah merata2x..... silap air bulan, kita yang tak berdosa leh kena peluru sesat!

__________________
http://www.firstmilk.com


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 4
Date:

a'kum,


 


sayer setuju dengan saudara ucuk. memang terlalu banyak jenayah berlaku. jgn sampai org lain buat jenayah, org lain dapat susah. org lain yg lain yang nak ditembak, org lain yang mati. 


keamanan penting utk sebuah negara. 



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 170
Date:

akum,


saya setuju degn pdngn semua org. jenayah sana sini. jgn2 nanti kita jadi the next american people. khutbah ringkas jumaat tadipun best jugak awalaupun mata ngantuk giler. sebut jenayah macam2.....


apa yg penting diri kita. kembali kpd islam. undag2 negara dah ada. hukum agamapun dah lama ada. cumanya pe? pelaksanaan. pernah kita terdengar org tua2 pesan, fikir dahulu sebelum buat, jangan biar nasi jadik bubur, beringat sebelum kena, menyesal dahulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna, dan macam2 cakap org tua2.


sediakan payung sebelum hujan. tapi pelaksanaan di mana? kerajaan melalui pelabagai akta dan kementerian baik polis dan sebagainya menjalankan tugas. kita sebagai org awam? adakah kita bersedia membantu atau sekadar membatu?


pernah kita terfikir untuk datang ke balai polis menjadi sukarela? kita sendiripun takut untuk datang bukan? datang jika ada masalah sendiri. kalau tidak tak payah. datanglah jadi sukarela. kot2 jalan2 yang pernah kita lewati atau kereta2 yang pernah kiita lihat atau mungkin sesape yang pernah kita kenali mungkin seorang perompak, perogol atau penjenayah besar. mungkin dengan adanya maklumat yang kita beri, kita boleh membantu menyelesaikan masalah jenayah dengan lebih cepat. mana kita?


atau mungkin sehingga saudara mara kita, isteri2 kita, suami2 kita ataupun kawan2 kita terkena barulah terhegeh2 menjadi informer, nak jamin sana, nak tolong sini, sanggup buat statement asalkan mereka selamat?


saya cuma mencadangkan, terpulang pada fikiran waras kita ye tak? bukan nak ajak jadi barua ataupun lembu dicucuk hidung sesape.


sori 2 said that things.


al-islamu 'ala wa la yu'la alaihi.



__________________
sudirman


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

Assalamualaikum....


Topik yg menarik......dan bertepatan ngan waktu.......


** adek sokong pendapat yg diutarakan ***




__________________
A d i b T o s h i o™


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

kenalinyer


AMAR MA' ARUH,    NAHI MUNGKAR


 


insyaalah kita akan terpelihara      



__________________
f l a s h 'd' d a y z
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard