Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: AWAS PENIPUAN NOMBOR LOTTERI !!!!!!


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:
AWAS PENIPUAN NOMBOR LOTTERI !!!!!!


Assalamualaikum.

Sekadar nak berkongsi info.....
Baru-baru ini salah seorang sahabat saya telah tertipu sebanyak
RM4000 lebih kerana percaya dengan agensi nombor ekor/lotteri yang di
iklankan di akhbar tabloid.

Ceritanya begini....
Sahabat saya itu, sedang mengalami masalah kewangan, sudah berbagai
cara dia mencuba untuk mendapat wang lebih/duit simpanan, tetapi
tidak berhasil. Menurutnya, dia mencuba nasib dengan menelefon salah
satu agensi nombor ekor yang didapatinya melalui iklan di sebuah
akhbar tabloid, mana tau, jika nombor ekor itu naik, dapatlah dia
membayar habis kesemua hutang piutangnya.
Maka, dia pun membuat panggilan ke agensi tu,(agensi tersebut atas
nama MASTER CHIN). Berdasarkan nombor handphone tu, MASTER CHIN ni
berada di daerah KEDAH/PENANG. Setelah menelefon, si MASTER CHIN ni
memberinya nombor 4D, 6991 dan beliau telah meminta sahabat saya itu
membelinya RM10 di mana-mana kedai ekor 4D.
Namun, keesokan harinya, nombor itu tidak keluar, lalu menurut si
MASTER CHIN ni, sebabnya, ada roh jahat yang menggangu, oleh itu, dia
meminta sejumlah wang lagi untuk membuat upacara menghalau roh jahat.
Dia meminta wang tersebut di masukkan ke dalam akaun MAYBANK atas
nama MD ARSHAD. Sahabat saya itu seperti 'di pukau' dan beliau telah
meminjam wang dari sahabat-sahabatnya(termasuk saya) serta dari
keluarganya untuk di beri kepada MASTER CHIN tu.
Di pendekkan cerita, sehingga kini, sahabat saya tu masih belum dapat
nombor bertuah tu dan pada masa yang sama beliau telah kerugian
hampir RM4000 lebih.
Sekarang ni, beliau telah menyesal yang teramat sangat, namun beliau
tidak tahu bagaimana hendak membuat laporan polis disebabkan tiada
surat hitam/putih diantara MASTER CHIN tu dengannya. Hanya satu cara
sahaja, iaitu beliau meminta saya mewar-warkan nama agensi terbabit
kepada saudara seagama supaya tidak mengalami nasib yang sama seperti
beliau. Di bawah ini adalah nama agensi-agensi terbabit ;

1. MASTER CHIN
2. MASTER SUN
3. AGENSI KEWANGAN (MDM LIM)

Kesemua iklan diatas yang di iklankan dari sebuah akhbar tabloid di
malaysia hanya mempamerkan nombor handphone (kod daerah kedah/penang)
serta mesej seperti, "ANDA MENGHADAPI MASALAH KEWANGAN? KAMI SEDIA
MEMBANTU...SEGALA KETERANGAN ADALAH PERCUMA..."

Sekian untuk makluman saudara semua.....

insanhaiyalbiljihad


Loteri atau main nombor ini salah disisi Allah   HARAM!!!~



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Member

Status: Offline
Posts: 15
Date:

padan la ngan muka diaa...


daripada dia p main loteri..


baik dia beli mkn anak bini diaa ke..


kalu x kawin lagi baik dia beli mkn diri sindri..


kalu diri sindri xnak makan..


beli makanan utk jemaah kitaa nie..


ade jugaakk pahala dia...




__________________
-Hidup Melayu Bersatu-


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:


sapa suruh main nombor,tu la padahnya jika bermain nombor.tidak diberkati.tapi nak buat cam mana,nasi dah jadi bubur.jadikan nie semua satu pengajaran.yang baik datang dari allah dan yang buruk datang dari diri kita sendiri.wallahuallam...///

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

laaaaaaaaaaaaaaa


ni satu lagi...


tak tahu ker.........


la ni mcm2 taktik ada. ada ka nama loteri kebajikan. dah tahu loteri tu judi, judi tu haram. mana ada kebajikan, yg berunsurkan loteri. dah tentu HUKUMNYA HARAM.


 mak oiiiiiiiiiiiiiii. tolong sikit.




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Member

Status: Offline
Posts: 21
Date:

laaaa dasyatnya......mintak2 laa semua adik beradik kite tak terjebak ngan benda nie semua.. insyaallah.....wassalam


 


 



__________________
k


Senior

Status: Offline
Posts: 312
Date:

menginsafi ape yang terjadi tak payah nak cakap ape ape

__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

Sebagai sedara sesama Islam saya amat bersimpati terhadapnya....


yang penting dari mula,jauhi perkara yang syrik.


Minta pertolongan hanya pada allah saja....


Jadikanlah panduan semoga selepas ini tak dak lagi lah yang dok pi minta tolong kat master2 ni......



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

Assalamualaikum...


Kalau nak settle hutang pon beragak aaa main no ekor....tu bukan nak settlekan hutang ...mencari masalah namanya tu!!!.....kalau menang pon idup jadi tak berkat....isk isk 



__________________
A d i b T o s h i o™


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

ni semua nak kasi perabih.........


sendiri mau ingat............///


jln penyelesaian masih ada



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

 


Senang jer ... kita mesti ingat manusia ni ada berbagai-bagai rupa !!! yang kaki kencing ada ... kaki putar belit ada ... kaki cucuk dari belakang ada ... kaki bokbang ada ... cuma terpulang kat kita menggunakan akal utk membuat keputusan bukan menggunakan hati ... kerana membuat keputusan dgn hati adalah mengikut nafsu dan nafsu kita ni tak terbatas.


Jadi ambil cerita 'iqman' ni sebagai tauladan utk saudara2ku semua. Berjudi tuh haram!!!



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:


quote:


Originally posted by: iqman
Sekian untuk makluman saudara semua.....insanhaiyalbiljihad Loteri atau main nombor ini salah disisi Allah   HARAM!!!~"


hermmm... kesian lah kat saudara iqman kita nie. ada kawan main loteri kena tipu plak tu... kesian dan padannnn... ekekeke...


dah tau loteri, kuda, magnum, toto tu kan haram dok main / tikam buat pa lagi. cemperaaa...


untuk makluman saudara iqman, mungkin baik niatnya kerana posting atikal nie (walaupun mengambil dari email @ posting yg lain). tapikan, nampak cam support kawannya lah plak mengenai atikal nih. kalau boleh tu, biaq la yg BERNAS, ada unsur kebajikan dan dakwah membangun. 


bukan niat saya nak damn saudara ya. cuma, ingin sama-sama berfikir dan menegur untuk kebaikan semua. pohon maaf kira andai kata langkah saya kurang manis kerana saya hanyalah hamba yg doif. harap maklum.


p/s:- rosot betul ngan kawan iqman tu... apa punya turrrr...  



__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard