IFC: Ucapan Rais Yatim samakan semua agama dikesali Date: Friday, February 25 @ 06:34:45 MYT Topic: Hadhari
BANGI, 24 Feb - Ucapan Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, Dato' Seri Dr Rais Yatim dalam majlis perasmian Forum Suruhanjaya Antara Kepercayaan (IFC) di sini hari ini yang menyamatarafkan semua agama amat dikesali.
Bekas Yang Dipertua Persatuan Ulama Malaysia (PUM), Ustaz Ahmad Awang berkata, antara sedar atau tidak, ucapan Rais itu menyentuh soal akidah.
"Ini satu ucapan yang gila. Sebagai seorang Islam tidak sepatutnya beliau mengucapkan sedemikian. Ini menggambarkan beliau tidak yakin kepada Islam," kata beliau.
Ustaz Ahmad berkata demikian sebentar tadi bagi mengulas ucapan Rais dalam yang dikatakan menyamatarafkan semua agama dengan Islam.
Pagi tadi, Rais telah diundang bagi memberi ucaptama dan merasmikan persidangan IFC.
Rais dalam ucaptamanya antara lain menyebut 'tidak ada penganut agama yang boleh menyatakan bahawa agama mereka adalah lebih baik daripada agama lain'.
Mengulas lanjut ucapan Rais, Ustaz Ahmad berkata, beliau menggesa pihak bertanggungjawab seperti Institut Kefahaman Islam Malaysia (Ikim) menasihat menteri tersebut atas ucapan yang boleh dianggap melanggar batas akidah.
"Kita bimbang apakah ini konsep kebebasan yang mahu diterjemah dalam Islam Hadhari. Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi perlu menjelaskannya," tegas Ustaz Ahmad.
Sambil menyifatkan ucapan tersebut lahir daripada kejahilan menteri terbabit, Ustaz Ahmad berkata, beliau kesal ucapan sedemikian boleh lahir daripada seorang yang memegang jawatan tinggi kerajaan.
Beliau yang juga Ahli Jawatankuasa Dewan Ulama berkata, sebagai seorang Islam, Rais perlu mengambil perhatian terhadap ayat al-Quran yang bermaksud "Hanya Islam sahaja agama yang diterima di sisi Allah."
Ujar Ustaz Ahmad, Rais sepatutnya perlu menegaskan kepada peserta seminar pendirian Islam yang sebenar iaitu Islam adalah agama yang terbaik.
Kata Ustaz Ahmad, untuk menyatakan Islam itu adalah agama terbaik tidak timbul soal mahu menjaga hubungan dengan penganut lain kerana dalam Islam sendiri agama lain dibenarkan untuk diamalkan.
Majlis Mufti diminta bertindak
Malah katanya, orang Islam dilarang meruntuh mahupun merosakkan tempat sembahan penganut lain.
Bagaimanapun kata beliau, ucapan Rais itu tidak menggambarkan keyakinan beliau sebagai seorang yang beragama Islam.
Sehubungan itu katanya, pihak Jabatan Agama Islam dan Majlis Mufti perlu mengambil tindakan ke atas Rais setidak-tidaknya menasihati beliau atas ucapan yang menyentuh soal akidah itu.
Sementara itu Ustaz Idris Ahmad berkata, beliau menyifatkan kenyataan Rais itu amat menyalahi akidah seorang Islam.
"Kenyataan itu bahaya. Saya minta Majlis Fatwa Kebangsaan mengambil tindakan serius terhadap Rais," kata Ustaz Idris.
Beliau berkata, ucapan Rais boleh dikategorikan sebagai menghina agama.
Malah katanya, amat bahaya lagi apabila Rais menyatakan sedemikian di hadapan mereka yang bukan beragama Islam.
Katanya, ucapan tersebut boleh mengakibatkan kesyumulan, kesucian dan keagungan Islam diperlekeh penganut agama lain apabila mereka berpandangan agama Islam sama seperti agama mereka.
Sehubungan itu beliau sekali lagi menggesa kerajaan dan pihak berkuasa seperti Majlis Mufti segera bertindak ke atas Rais berikutan kenyataan menghina Islam itu
"Jgnlah kamu memuji-muji diriku sebaliknya doakanlah kebahagiaanku kerana sesungguhnya hanya aku & Allah Ta'ala sahaja yg memahami & mengetahui diriku"
Amirul Mukminin Abdul Malik Ibn Marwan Khalifah Daulah Bani Umaiyah
__________________
||| Bercinta Tak Semestinya Memiliki,Menentang Tak Semestinya Membenci |||
huh ! satu lagi contoh menteri besar kepala ... malu-laa melihat orang atasan kadang2 bercakap macam budak tahap satu dalam kelas agama tambahan. Lain kali orang atasan macam mereka2 ni kalau bercakap tuh ... berlapik2 laa sket ... dekat malaysia ni masih banyak lain yang cerdik pandai tentang agama dan mereka2 ni semua sedia complain je kalau pada pendapat mereka kata2 orang atasan ni melanggar hukum2 syarak.
Ini apa barang ni kenyataan camgini " tidak ada penganut agama yang boleh menyatakan bahawa agama mereka adalah lebih baik daripada agama lain " kan Allah dah kata ISLAM adalah satu-satunya agama yang suci, dia redha,...samada cara sedar atau tidak dia dah terlari tune nih ..hehe' macam dia menidakkan kata-kata Allah sendiri, subhanallah ...Allahualam.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -
den sendiri pun tak botul lagi, kono lak bab agamo. walau pun dio org kg den tak semesti setiap kesalahan dio den kono pertahankan. jd, jawapan pun dah dibori dek alim ulamak.
tak polah en bongek 30, kalo den ado maso sok den tanyo kek dio........
Sesungguhnya agama (yang diridhai) disisi Allah hanyalah Islam. Tiada berselisih orang-orang yang telah diberi Al Kitab kecuali sesudah datang pengetahuan kepada mereka, karena kedengkian (yang ada) di antara mereka. Barangsiapa yang kafir terhadap ayat-ayat Allah maka sesungguhnya Allah sangat cepat hisab-Nya
__________________
Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung.
Saudaraku sekalian ... berkemungkinan isu itu adalah satu propaganda 1 pihak untuk menjatuhkan beliau.
Beliau adalah seorang peguam yang tinggi ilmunya ... dan setiap kata2 haruslah berlandaskan kepentingan diri agama dia dan politik dia...
memang nyata islam adalah agama suci disisi allah ... dan cubalah kita pikir dahulu ,bole tak kalau beliau terus saja bukak cerita ... kata agama tu tak elok agama nih tak elok ... diaorang ada protokol dia brother... bukan main tembak jer...
Sekali lagi saya nyatakan seorang peguam berfikir dahulu sebelum berkata... so kata2 itu adalah yang terbaik bagi diri beliau ketika itu ...
hormat le dia ... kita manusia tak lari dari kesilapan///
bila berlaku pekara mcm nie, yg penting kita semua kena berbanyak2 ler
MUHASABAH
lebih byk fitnah yg akan timbul jika kita tak pandai mentafsir apa sebenarnya yg tersirat. kita sekadar boleh memberi pandangan / ulasan yg termampu oleh kita.