saudara seIslam yang sentiasa dirahmati Allah. Moga Allah menyelamatkan dirimu daripada terus ditipu oleh musuh Allah. Baru- baru ini banyak email di internet yang mengatakan gerhana 2 kali di bulan Ramadhan adalah tanda hari Kiamat dan kedatangan Imam Mahdi. adakah ia benar? penulisan ini akan mengupas isu berkenaan.
Berkenaan dengan gempa bumi sebagai tanda kiamat memang banyak hadith sahih yang menceritakannya. Kita wajib meyakini kerana itu akidah kita. Bagaimanapun, ana telah mendapat maklumat daripada jabatan falak syarie yang mengkaji tentang fenomena gerhana serentak matahari dan bulan atau gerhana serentak bulan sahaja dan kaitannya dengan kedatangan Imam Mahdi.
INILAH PENIPUAN ajaran sesat seperti Qadiani, Bahai, Aurad Muhammadiah (rufaqa' kini) dan Syiah....
Sebenarnya, idea mengatakan gerhana dua kali itu tanda kiamat dan kedatangan Imam Mahdi ialah disandarkan kepada Imam Jaafar bin Shodiq. Dia adalah Imam shiah. Kita tidak boleh mengambil pendapatnya dan riwayatnya kerana akidah Syiah mengkafirkan para Sahabat khalifah Rasulullah yang diiktiraf dalam al-Quran.
SEBENARNYA, sudah banyak kali sebenarnya gerhana bulan atau matahari pada bulan ramadhan dalam sejarah Islam. Dengan itu, ramai orang2 yang tak bertanggungjawab mengaitkan gerhana tersebut dengan kedatangan hari Qiamat. Terutamanya kumpulan ajaran sesat dan ketuanya mengaku menjadi Imam Mahdi. Ini kerana setiap kali gerhana serentak, ada kumpulan yang akan mendakwa ia mesej dari Tuhan khas untuk menaikkan pemimpinnya sebagai Imam Mahdi atau pemuda Bani Tamim. Berikut adalah tarikh dan haribulan gerhana dua kali dalam bulan ramadhan yang berlaku sepanjang selepas rasulullah wafat: dan setiap kali itulah Imam Mahdi lahir????
Sebenarnya ramai yang mendakwa diri mereka Imam Mahdi sejak 125 Hijrah lagi hinggalah 1311 Hijrah kerana ingin menipu umat Islam dengan mengambil kesempatan daripada fenomena gerhana berpasangan. Berikut adalah tarikh gerhana 2 kali berlaku dan ajaran sesat yang timbul bersamanya:
1. Pada 14 dan 28 Ramadan 125 Hijrah, Saleh bin Tarif Burghwati mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi. Beliau dapat memerintah pengikutnya selama 47 tahun sebelum menyerahkan takhta kepada anaknya.
2. Pada 13 dan 28 Ramadan 1267 Hijrah, Mirza Ali Muhammad Bab mendakwa dirinya Imam Mahdi. Pergerakan beliau masih wujud, tetapi sudah berpecah dua iaitu Bab dan Bahai. Kini, mereka tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim.
3. Pada 13 dan 28 Ramadan 1289 Hijrah (diikuti pada 1829, 1830, 1851 dan 1873 Hijrah), Hussain Ali Bahaullah mendakwa dirinya Imam Mahdi untuk semua agama dan seorang nabi. Pengikutnya tidak lagi mendakwa diri mereka Muslim.
4. Pada 13 dan 29 Ramadan 1290 Hijrah, Mahdi Sudani mendakwa dirinya Imam Mahdi. Beliau memulakan satu pergerakan yang berjaya untuk melawan penjajahan British di Sudan.
5. Pada 13 dan 29 Ramadan 1311, Mirza Ghulam Ahmad mendakwa dirinya Imam Mahdi dan nabi. Pengikutnya dikenali sebagai Qadiani.
dah banyak kali sebenarnya gerhana 2 kali bulan ramadhan... semuanya ada ajaran sesat yang timbul kemudiannya. DI Malaysia sudah ada kelompok yang memperjuangkannya. BERHATI_HATI. jangan terpengaruh. Pertahankan Akidah ahli Sunnah wal Jamaah.
BUKTIKAN DENGAN HADITH SOHIH BAHAWA GERHANA DUA KALI RAMADHAN ITU ADALAH> TANDA TERDEKAT KIAMAT? BUKAN DENGAN HADITH PALSU @ HADITH SYIAH...
Apa yang berlaku pada masa depan adalah tertakluk kepada iradah Allah. Akidah ahli Sunnah wal Jamaah menetapkan bahawa kita tidak berhak untuk> menetapkan atau meramalkan apa yang akan berlaku pada masa depan. kerana ia terletak pada iradah Allah.