PADA musim cuti ini, ramai yang mendapat undangan untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan. Majlis itu bagi mengumumkan ikatan dua sejoli dalam ikatan yang sah di sisi Islam.
Dalam hal, memenuhi tuntutan sebagai orang dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila diundang salah seorang kamu ke walimatul urus (kenduri kerana perkahwinan), maka hendaklah dia datang memperkenankannya)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)
Sabda Rasulullah lagi daripada Abu Hurairah bermaksud: "Sesiapa yang tidak memperkenankan undangan kenduri perkahwinan, maka sesungguhnya dia telah menderhaka Allah dan rasul-Nya."
Jelas daripada hadis itu, memenuhi jemputan kenduri kahwin itu adalah wajib.
Namun, gugurlah kewajipan menghadiri majlis kenduri itu jika berlaku sesuatu yang membolehkan hukuman itu digugurkan antaranya:
Ada baginya keuzuran ketika majlis itu berlangsung. Ada ketika hendak pergi menunaikan sembahyang Jumaat, hujan, angin kencang atau ditimpa sakit. Apabila berada dalam keadaan itu jatuhkan hukuman wajib daripada menghadiri majlis itu.
Apabila diketahui bahawa kenduri itu diperbuat daripada harta yang bercampur padanya yang halal dan haram, maka makruh jika kita menghadirinya.
Apabila diketahui dalam kenduri itu dilakukan pekerjaan yang mungkar dan haram, gugurlah kewajipan menghadirinya.
Demikian juga apabila diketahui bahawa kenduri itu dilakukan daripada harta yang haram, maka haram memenuhi undangan itu.
Seterusnya apabila kebetulan pada hari itu ada dua orang atau lebih yang mengundang untuk maksud sama, maka hendaklah diperkenankan yang lebih akrab hubungan kekeluargaannya, kemudian yang lebih hampir dalam berjiran.
Kepada YM ayahanda², AbgLong², AbgNgah², AbgChik, AbgApit², Abg²...salam berlapik jugak ngan KakLong², KakNgah², KakChik², AkakApit², Akak² dan saudara seperjuangan sekelian.
Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Saudara wan bootak atas informasi yang beliau sampaikan. Maka dengan ini dapatlah kita semua hayati dan renungkan pada apa yang telah disarankan oleh saudara kita.Sama²lah kita berpesan-pesan perkara kebaikan walaupun sebaris ayat.
Sekian Terima kasih;
Yunep Serdang.
__________________
YuneP SirDunK...///
Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I
yunif@doa.moa.my
bagus info yg saudara beri..bersatu kita melakukan maka teguh la hubungan antara keluarga,berpecah kita untuk melakukan maka roboh la hubungan antara keluarga..begitu la org sebut kan bersatu kita teguh,berpecah kita roboh..perkataan yg mempunyai byk maksud yg tersembunyi..cuma kita yg harus pandai menghayati dan memahami segala perkataan yg disampaikan walaupun sepatah..