Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: kepentingan memenuhi undangan...


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:
kepentingan memenuhi undangan...


Hadis: Tuntutan penuhi undangan kenduri


PADA musim cuti ini, ramai yang mendapat undangan untuk menghadiri majlis kenduri perkahwinan. Majlis itu bagi mengumumkan ikatan dua sejoli dalam ikatan yang sah di sisi Islam.
 
Dalam hal, memenuhi tuntutan sebagai orang dijemput untuk menghadiri majlis kenduri kahwin, Rasulullah bersabda bermaksud: “Apabila diundang salah seorang kamu ke walimatul urus (kenduri kerana perkahwinan), maka hendaklah dia datang memperkenankannya)." (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim)

Sabda Rasulullah lagi daripada Abu Hurairah bermaksud: "Sesiapa yang tidak memperkenankan undangan kenduri perkahwinan, maka sesungguhnya dia telah menderhaka Allah dan rasul-Nya."

Jelas daripada hadis itu, memenuhi jemputan kenduri kahwin itu adalah wajib.

Namun, gugurlah kewajipan menghadiri majlis kenduri itu jika berlaku sesuatu yang membolehkan hukuman itu digugurkan antaranya:


  • Ada baginya keuzuran ketika majlis itu berlangsung. Ada ketika hendak pergi menunaikan sembahyang Jumaat, hujan, angin kencang atau ditimpa sakit. Apabila berada dalam keadaan itu jatuhkan hukuman wajib daripada menghadiri majlis itu.

  • Apabila diketahui bahawa kenduri itu diperbuat daripada harta yang bercampur padanya yang halal dan haram, maka makruh jika kita menghadirinya.



  • Apabila diketahui dalam kenduri itu dilakukan pekerjaan yang mungkar dan haram, gugurlah kewajipan menghadirinya.


  • Demikian juga apabila diketahui bahawa kenduri itu dilakukan daripada harta yang haram, maka haram memenuhi undangan itu.


  • Seterusnya apabila kebetulan pada hari itu ada dua orang atau lebih yang mengundang untuk maksud sama, maka hendaklah diperkenankan yang lebih akrab hubungan kekeluargaannya, kemudian yang lebih hampir dalam berjiran.


  • __________________
    ***amar makruf nahyil munkar***


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 475
    Date:

    thanx a lot bro, very2 gud info 4 take note...


    SALAM ///


     



    __________________
    Latok ///


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 359
    Date:

    Bismillahirahmanirahim...


    Assalamualaikum...///


    Kepada YM ayahanda², AbgLong², AbgNgah², AbgChik, AbgApit², Abg²...salam berlapik jugak ngan KakLong², KakNgah², KakChik², AkakApit², Akak² dan saudara seperjuangan sekelian.


    Setinggi-tinggi ucapan terima kasih saya ucapkan kepada Saudara wan bootak atas informasi yang beliau sampaikan. Maka dengan ini dapatlah kita semua hayati dan renungkan pada apa yang telah disarankan oleh saudara kita.Sama²lah kita berpesan-pesan perkara kebaikan walaupun sebaris ayat.


    Sekian Terima kasih;


    Yunep Serdang.



    __________________
    YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 630
    Date:

    latok apa kabor, wan botak, 19 ni ada kenduri kat shah alam, 20 kat jalan kelang lama, jom g kenduri jom... 

    __________________
    miau miau miau /// untitled
    tiga kupang


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 475
    Date:

    alhamdulillah sihat bang... ye betul tu, mari beramai-ramai kita ke majlis2 tersebut...


    Nanti jumpa di sana...


    SALAM ///



    __________________
    Latok ///


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 890
    Date:

    insyaallah...///


     



    __________________
    f l a s h 'd' d a y z


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 347
    Date:

    Assalamualaikum...///


    Terima kasih bro wan botak...


    __________________


    Hidup Melayu Bersatu



    __________________


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 836
    Date:


    lebih2 lagi jika majlis ilmu.........



    __________________
    {O^O} aku menulis bukan kerna nama


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 223
    Date:

    thanx a lot bro, very2 gud info 4 take note...



    SALAM ///




    __________________
    /// Black 3036 HaRiMaU kAnDaNgAN /// I|I Bersatu Aman Sejagat I|I


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 393
    Date:

    great knowledge...




    __________________
    PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


    Veteran

    Status: Offline
    Posts: 35
    Date:



    great knowledge...






    __________________
    anak burung


    Guru

    Status: Offline
    Posts: 505
    Date:


    ada keizinan wajar di penuhi



    __________________
    Zee


    Senior

    Status: Offline
    Posts: 467
    Date:

    assalamualaikum,


    bagus info yg saudara beri..bersatu kita melakukan maka teguh la hubungan antara keluarga,berpecah kita untuk melakukan maka roboh la hubungan antara keluarga..begitu la org sebut kan bersatu kita teguh,berpecah kita roboh..perkataan yg mempunyai byk maksud yg tersembunyi..cuma kita yg harus pandai menghayati dan memahami segala perkataan yg disampaikan walaupun sepatah..



    __________________
    ManusiA DianugerahKan Akal Dan FikiRaN
    Page 1 of 1  sorted by
     
    Quick Reply

    Please log in to post quick replies.

    Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


    Create your own FREE Forum
    Report Abuse
    Powered by ActiveBoard