Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: ANTARA SENI WARISAN DAN PENDEDAHAN AURAT WANITA


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:
ANTARA SENI WARISAN DAN PENDEDAHAN AURAT WANITA


BERPAKAIAN merupakan budaya hidup manusia, sejak insan awal bernama
Adam dan isterinya Hawa yang menghuni syurga. Bagaimanapun budaya
berpakaian dua insan yang murni itu terganggu apabila keduanya
terusir dari syurga, akibat perangkap khianat yang dimainkan oleh
iblis yang dengki itu.

Dengan terlucutnya kewarganegaraan syurga, Adam dan Hawa tercampak
ke dunia dalam keadaan auratnya terdedah. Keduanya terpaksa menutup
auratnya hanya dengan dedaun kayu, pengalaman pahit yang sewajarnya
menjadi peringatan dan iktibar anak cucu Adam di dunia ini.

Islam didatangkan ke khalayak insan untuk menghidupkan kembali
budaya berpakaian menutup aurat, sebagaimana yang diajar oleh para
rasul terutamanya Rasulullah s.a.w. yang diutus kepada masyarakat
manusia, untuk mengelak berulangnya tragedi terbuka aurat yang
menimpa Adam dan Hawa, datuk dan nenek seluruh insan itu.
Manusia menyedari betapa aibnya jika aurat dan anggota sulitnya
terbuka, mereka berusaha, mencipta pakaian untuk menutup aurat.
Mereka telah diilhamkan oleh Tuhan untuk menenun kain dari bulu
binatang dan kapas.

Fesyen Moden

Masa bergerak pantas, kini teknologi menghasilkan kain untuk pakaian
kian moden dan canggih. Muncul para pencipta fesyen pakaian di
merata dunia, bermula dari pakaian yang labuh menutup aurat sesuai
dengan kehidupan berasaskan akidah tauhid.




Bagaimanapun para pereka fasyen yang di luar batas akidah, tidak
terikat dengan kesopanan dan menutup aurat. Mereka bebas mencipta
fesyen-fasyen yang singkat, bukan saja menonjolkan susuk tubuh badan
malah mendedahkan sebahagian besar tubuh untuk tatapan umum.

Iblis yang menyebabkan Adam dan Hawa kehilangan status sebagai '
Warga Syurga.' Kini iblis mene¬ruskan misi dendamnya terhadap
keturunan Adam, bukan saja menjadi sasaran malah sebaha¬giannya
dipengaruhi untuk menjayakan misi tersebut.

Terpengaruh dengan hasutan Iblis

Manusia kian terpengaruh dengan hasrat iblis untuk menjadikan anak
cucu Adam sasaran seterusnya, agar mendedahkan aurat dalam
kehidupannya supaya budaya kuning menjadi amalannya.

Dengan megahnya, pakaian yang singkat dan tidak menutup aurat,
diperagakan dalam pelbagai majlis pertunjukkan fesyen. Ramai juga
dari kalangan generasi Islam yang jahil, terpengaruh dengan usaha
tersebut.

Barat menyemarakkan fasyen pakaian yang mendedahkan tubuh itu,
dibantu pula oleh stesen media elektronik di negara ini yang
dimiliki oleh golongan yang tidak boleh dinafikan keislamannya.
Turut memperaga dan menayangkan acara acara pendedahan aurat yang
melampaui batas akhlak Islam.

Perancangan Halus Yahudi

Jika media Barat yang dikuasai oleh Yahudi menjadikan program
pendedahan aurat sebagai cara untuk merosakkan akhlak generasi
manusia di dunia ini, supaya mudah mereka menguasai warga dunia agar
sentiasa di bawah pengaruhnya.

Tetapi media elektronik di tanah air menyemarakkan pertunjukkan
fesyen para pencipta fesyen tempatan, kebanyakkannya fesyen singkat
dan terbuka di sana sini, yang tidak melindungi aurat pemakainya.
Termasuk pakaian 'Kebaya Nyonya' yang singkat dan bertebuk kerawang.

Penyemarakan semula fesyen tersebut, dengan alasan untuk
menghidupkan kembali ciptaan seni warisan silam yang hampir pupus
itu.

Apa jua seni warisan budaya, memang patut dihargai sebagai hasil
kerja seni yang halus, kerana ia menggambarkan kehalusan jiwa para
penciptanya. Kehalusanjiwa akan membantu manusia untuk mengenal
Tuhan Yang Maha Seni (Al-Latif).

Seni budaya yang Islam redhai

Bagaimanapun hanya seni budaya yang tidak mencanggahi syariat sahaja
yang dialu-alukan oleh Islam, iaitu seni budaya yang, membangun
akhlak dan budi pekerti manusia sebagai insan diredai Allah SWT.

Kebaya hanya 'nama' kepada fesyen pakaian yang dihasil ciptakan oleh
nenek moyang bangsa Melayu silam, pakaian yang menjadi kebang¬gaan
orang Melayu hingga kini.

Fasyen kebaya masih boleh diwarisi ojeh generasi Islam, jika ia
dicipta dari fabrik yang sesuai, dengan bentuk yang labuh dan
longgar. Supaya pemakainya kelihatan bertambah sopan. Lebih lebih
lagi bila dikenakan dengan tudung labuh yang menjadi suatu kaedah
penutupan aurat bagi kaum muslimah.

Islam tidak pernah menekankan apa jua nama fesyen bagi pakaian
penganutnya, asalkan ia menutup aurat serta tidak menonjolkan bentuk
tubuh wanita yang memakai¬nya. Yang penting pakaian itu longgar
serta sopan bila dipakai.

Kebaya Nyonya pendorong mendedah Aurat



Bagaimanapun Kebaya Nyonya yang lazimnya dicipta begitu singkat dan
ketat, hingga menampakkan bentuk payu-dara dan punggong pemakainya.
Apatah lagi jika dibuat dari kain kasa yang nipis dan jarang,
ditambah pula dengan kerawang yang bertebuk-tebuk hingga menampakkan
kulit pemakainya. Untuk mempamerkan kerawang di dada, lazimnya
pemakaiannya tidak bertudung, kerana jika bertudung maka kerawang
yang begitu seni buatannya tidak keli¬hatan dan tidak berjaya
dipamerkan. Sedangkan tujuan utama ia dicipta ialah untuk dilihat
dan dipamer, supaya para pemerhati dapat menilai seni ciptaannya
yang menjadi kebanggaan itu.

Ini bererti sebahagian eleman yang ada pada Kebaya Nyonya itu jadi
pendorong ke arah pendedahan aurat. Dengan itu jelas sekali ia tidak
selaras dengan kehendak syariat Is¬lam, yang mewajibkan agar umatnya
menutup aurat dan bersopan dalam berpakaian.

Secara jujur penulis menyatakan bahawa pakaian ketat yang
menonjolkan bentuk tubuh terutama bagi wanita, adalah suatu seni
budaya yang tidak wajar dise¬marakkan, khususnya di kalangan umat
Islam dan masyarakat seluruhnya. Kerana kesannya amat negatif
terhadap wanita dan masyarakat Islam seluruhnya.

Pendedahan aurat dan pendedahan bentuk tubuh wanita di khalayak
ramai, menjadi penyumbang kepada kejadian jenayah moral seperti
jenayah rogol dan sebagainya.

Panduan al-Quran cara penutupan aurat

Justeru itu Allah SWT mengingatkan manusia tentang perlunya
terutamanya wanita menutup aurat. Melalui Firman-Nya yang bermak¬sud:
"Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan
(membatasi) pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan jangan
mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak
daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (hingga) ke
dadanya..." (Surah An-Nur ayat 31).

Ayat 31 Surah An-Nur tersebut dengan jelas mengarahkan para wanita
yang beriman bertudung, clan tudungnya mestilah dipan= jangkan
hingga ke dada, bagi melindungi bentuk payu dara itu.

Firman Allah itu juga mengajar manusia terutamanya golongan wanita,
agar bersopan dan menutup aurat. Kesopanan wanita dan penutupan
aurat akan menjadi satu di antara punca kepada kesejali¬teraan
akhlak dan budaya hidup masyarakat yang murni.

Cukuplah peristiwa pahit yang menimpa Adam dan Hawa yang terpaksa
menempuh aib dengan keadaan terbuka auratnya di hadapan para
malaikat semasa meninggalkan syurga.
Janganlah generasi anak cucu Adam di dunia. ini terperangkap oleh
hasutan iblis, hingga merelakan dirinya menjayakan misi makhluk
terkutuk itu untuk program pendedahan aurat yang dimurkai Allah SWT:


__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Veteran

Status: Offline
Posts: 98
Date:

mmm..good informasi

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

berguna untuk wardah harian......

__________________
A d i b T o s h i o™
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard