BERPAKAIAN merupakan budaya hidup manusia, sejak insan awal bernama Adam dan isterinya Hawa yang menghuni syurga. Bagaimanapun budaya berpakaian dua insan yang murni itu terganggu apabila keduanya terusir dari syurga, akibat perangkap khianat yang dimainkan oleh iblis yang dengki itu.
Dengan terlucutnya kewarganegaraan syurga, Adam dan Hawa tercampak ke dunia dalam keadaan auratnya terdedah. Keduanya terpaksa menutup auratnya hanya dengan dedaun kayu, pengalaman pahit yang sewajarnya menjadi peringatan dan iktibar anak cucu Adam di dunia ini.
Islam didatangkan ke khalayak insan untuk menghidupkan kembali budaya berpakaian menutup aurat, sebagaimana yang diajar oleh para rasul terutamanya Rasulullah s.a.w. yang diutus kepada masyarakat manusia, untuk mengelak berulangnya tragedi terbuka aurat yang menimpa Adam dan Hawa, datuk dan nenek seluruh insan itu. Manusia menyedari betapa aibnya jika aurat dan anggota sulitnya terbuka, mereka berusaha, mencipta pakaian untuk menutup aurat. Mereka telah diilhamkan oleh Tuhan untuk menenun kain dari bulu binatang dan kapas.
Fesyen Moden
Masa bergerak pantas, kini teknologi menghasilkan kain untuk pakaian kian moden dan canggih. Muncul para pencipta fesyen pakaian di merata dunia, bermula dari pakaian yang labuh menutup aurat sesuai dengan kehidupan berasaskan akidah tauhid.
Bagaimanapun para pereka fasyen yang di luar batas akidah, tidak terikat dengan kesopanan dan menutup aurat. Mereka bebas mencipta fesyen-fasyen yang singkat, bukan saja menonjolkan susuk tubuh badan malah mendedahkan sebahagian besar tubuh untuk tatapan umum.
Iblis yang menyebabkan Adam dan Hawa kehilangan status sebagai ' Warga Syurga.' Kini iblis mene¬ruskan misi dendamnya terhadap keturunan Adam, bukan saja menjadi sasaran malah sebaha¬giannya dipengaruhi untuk menjayakan misi tersebut.
Terpengaruh dengan hasutan Iblis
Manusia kian terpengaruh dengan hasrat iblis untuk menjadikan anak cucu Adam sasaran seterusnya, agar mendedahkan aurat dalam kehidupannya supaya budaya kuning menjadi amalannya.
Dengan megahnya, pakaian yang singkat dan tidak menutup aurat, diperagakan dalam pelbagai majlis pertunjukkan fesyen. Ramai juga dari kalangan generasi Islam yang jahil, terpengaruh dengan usaha tersebut.
Barat menyemarakkan fasyen pakaian yang mendedahkan tubuh itu, dibantu pula oleh stesen media elektronik di negara ini yang dimiliki oleh golongan yang tidak boleh dinafikan keislamannya. Turut memperaga dan menayangkan acara acara pendedahan aurat yang melampaui batas akhlak Islam.
Perancangan Halus Yahudi
Jika media Barat yang dikuasai oleh Yahudi menjadikan program pendedahan aurat sebagai cara untuk merosakkan akhlak generasi manusia di dunia ini, supaya mudah mereka menguasai warga dunia agar sentiasa di bawah pengaruhnya.
Tetapi media elektronik di tanah air menyemarakkan pertunjukkan fesyen para pencipta fesyen tempatan, kebanyakkannya fesyen singkat dan terbuka di sana sini, yang tidak melindungi aurat pemakainya. Termasuk pakaian 'Kebaya Nyonya' yang singkat dan bertebuk kerawang.
Penyemarakan semula fesyen tersebut, dengan alasan untuk menghidupkan kembali ciptaan seni warisan silam yang hampir pupus itu.
Apa jua seni warisan budaya, memang patut dihargai sebagai hasil kerja seni yang halus, kerana ia menggambarkan kehalusan jiwa para penciptanya. Kehalusanjiwa akan membantu manusia untuk mengenal Tuhan Yang Maha Seni (Al-Latif).
Seni budaya yang Islam redhai
Bagaimanapun hanya seni budaya yang tidak mencanggahi syariat sahaja yang dialu-alukan oleh Islam, iaitu seni budaya yang, membangun akhlak dan budi pekerti manusia sebagai insan diredai Allah SWT.
Kebaya hanya 'nama' kepada fesyen pakaian yang dihasil ciptakan oleh nenek moyang bangsa Melayu silam, pakaian yang menjadi kebang¬gaan orang Melayu hingga kini.
Fasyen kebaya masih boleh diwarisi ojeh generasi Islam, jika ia dicipta dari fabrik yang sesuai, dengan bentuk yang labuh dan longgar. Supaya pemakainya kelihatan bertambah sopan. Lebih lebih lagi bila dikenakan dengan tudung labuh yang menjadi suatu kaedah penutupan aurat bagi kaum muslimah.
Islam tidak pernah menekankan apa jua nama fesyen bagi pakaian penganutnya, asalkan ia menutup aurat serta tidak menonjolkan bentuk tubuh wanita yang memakai¬nya. Yang penting pakaian itu longgar serta sopan bila dipakai.
Kebaya Nyonya pendorong mendedah Aurat
Bagaimanapun Kebaya Nyonya yang lazimnya dicipta begitu singkat dan ketat, hingga menampakkan bentuk payu-dara dan punggong pemakainya. Apatah lagi jika dibuat dari kain kasa yang nipis dan jarang, ditambah pula dengan kerawang yang bertebuk-tebuk hingga menampakkan kulit pemakainya. Untuk mempamerkan kerawang di dada, lazimnya pemakaiannya tidak bertudung, kerana jika bertudung maka kerawang yang begitu seni buatannya tidak keli¬hatan dan tidak berjaya dipamerkan. Sedangkan tujuan utama ia dicipta ialah untuk dilihat dan dipamer, supaya para pemerhati dapat menilai seni ciptaannya yang menjadi kebanggaan itu.
Ini bererti sebahagian eleman yang ada pada Kebaya Nyonya itu jadi pendorong ke arah pendedahan aurat. Dengan itu jelas sekali ia tidak selaras dengan kehendak syariat Is¬lam, yang mewajibkan agar umatnya menutup aurat dan bersopan dalam berpakaian.
Secara jujur penulis menyatakan bahawa pakaian ketat yang menonjolkan bentuk tubuh terutama bagi wanita, adalah suatu seni budaya yang tidak wajar dise¬marakkan, khususnya di kalangan umat Islam dan masyarakat seluruhnya. Kerana kesannya amat negatif terhadap wanita dan masyarakat Islam seluruhnya.
Pendedahan aurat dan pendedahan bentuk tubuh wanita di khalayak ramai, menjadi penyumbang kepada kejadian jenayah moral seperti jenayah rogol dan sebagainya.
Panduan al-Quran cara penutupan aurat
Justeru itu Allah SWT mengingatkan manusia tentang perlunya terutamanya wanita menutup aurat. Melalui Firman-Nya yang bermak¬sud: "Katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan (membatasi) pandangannya dan memelihara kemaluannya, dan jangan mereka menampakkan perhiasannya kecuali yang (biasa) nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka menutup kain tudung (hingga) ke dadanya..." (Surah An-Nur ayat 31).
Ayat 31 Surah An-Nur tersebut dengan jelas mengarahkan para wanita yang beriman bertudung, clan tudungnya mestilah dipan= jangkan hingga ke dada, bagi melindungi bentuk payu dara itu.
Firman Allah itu juga mengajar manusia terutamanya golongan wanita, agar bersopan dan menutup aurat. Kesopanan wanita dan penutupan aurat akan menjadi satu di antara punca kepada kesejali¬teraan akhlak dan budaya hidup masyarakat yang murni.
Cukuplah peristiwa pahit yang menimpa Adam dan Hawa yang terpaksa menempuh aib dengan keadaan terbuka auratnya di hadapan para malaikat semasa meninggalkan syurga. Janganlah generasi anak cucu Adam di dunia. ini terperangkap oleh hasutan iblis, hingga merelakan dirinya menjayakan misi makhluk terkutuk itu untuk program pendedahan aurat yang dimurkai Allah SWT:
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri