ASSALAMUALAIKUM WBT... DGN NAMA ALLAH YANG AMAT PEMURAH LAGI AMAT MENGASIHANI,
SEGALA PUJI BAGI ALLAH YANG TELAH MEMBERIKAN HIDAYAH KEPADA KITA UNTUK BERSAMA DALAM PERJUANGAN INI.
SALAM HORMAT DARI SAYA BUAT PEMIMPIN TERTINGGI, AYAHANDA2, KEKANDA2 SERTA SELURUH AHLI PEKIDA.
TERLEBIH DAHULU BERBANYAK KEMAAFAN SEKIRANYA BICARA SAYA NANTI MENYENTUH HATI ATAU MENIMBULKAN KETIDAKPUASAN HATI DI ANTARA KITA.
APA PEKIDA SEBENARNYA? APA ASAS PEGANGAN PEKIDA? APA ASAS PERJUANGAN PEKIDA? DI MANA KITA LETAKKAN JANJI BAI'AH KITA? APA YANG KITA PERJUANGKAN? DI LANDASAN MANA PEKIDA NAK KITA BAWA?
KEBELAKANGAN INI TELAH BANYAK KITA DENGAR DAN DIPERKATAKAN ORANG. HINGGAKAN TAK SANGGUP DIDENGAR. MEMALUKAN. BANGGA SEBAGAI AHLI PEKIDA SEBAB PEKIDA ITU SEBUAH PERTUBUHAN YANG BEGITU, BEGINI, ADA ITU, ADA INI, SIPOLAN PUN AHLI, VIP PUN AHLI, ORANG POLITIK PUN AHLI, MENTERIPUN AHLI. TAPI JANGANLAH MENDABIK DADA DISEBABKAN ITU SEMUA. HINGGA LUPA ASAL USUL. LUPA PEGANGAN.
KEPADA MEREKA YANG BERGELAR PEMIMPIN, SAYA SANJUNG DAN SAYA HORMATI KERANA ANDA DITAULIAHKAN MENJADI PEMIMPIN. TETAPI, APA YANG DIDENGAR TELINGA, DIPANDANG DENGAN MATA, YANG MANA MENGAIBKAN NAMA PEKIDA, MASAKAN DIBIARKAN BEGITU SAHAJA. APA PERANAN DAN TANGGUNGJAWAB AYAHANDA2, KEKANDA2? KITA ADA ABANG CHIK, ABANG LONG, ABANG BESAR. APA GUNANYA MEREKA DILANTIK? BENTUKLAH ADIK2 YANG MEREKA AMBIL TAK KIRA DARI MANA. KENAPA TAK ABANG2 INI MENDIDIK ADIK2 JADI YANG TERBAIK.
JANGAN JADIKAN PEKIDA SAMA MACAM MULTI LEVEL MARKETING (MLM). AMWAY, CNI, DIRECT CIRCLE DAN MACAM2 LAGI PRODUCT DI PASARAN. MULTI LEVEL MARKETING ADA UP LINE, ADA DOWN LINE. INI BISNESS PERLU RANGKAIAN LUAS BARULAH MENDATANGKAN HASIL LUMAYAN. JADI, BISNESS INI MEMANG TAK KIRA SIAPA, SEMUA DISAPU, DIANGKUT JADI AHLI. YANG PENTING RANGKAIAN MELUAS.
MINTA MAAF CAKAPLAH. KITA TAKKAN NAK JADI MACAM TU. TAPI KEBELAKANGAN INI RAMAI ABANG2 YANG NAK CEPAT DAPAT ADIK. KENAPA KELAM KABUT NAK BANYAK ADIK? INI BUKAN DIRECT SELLING TAU, INI PEKIDA. OOOHHH...KALAU RAMAI ADIK CEPAT NAIK JADI ABANG YA. EEEH...KUALITI KENA JAGA. KALAU RAMAI TAPI TAK BERKUALITI, PEKIDA NAK JADI APA. SETAKAT RAMAI AHLI BUAT APA. DAH RAMAI ADIK2, ABANG SEMPAT KE MENURUNKAN ILMU, HANTAR SEKOLAH KE ADIK YANG RAMAI TU?
SEDARLAH. KITA SAYANG PEKIDA. JANGAN BIARKAN NAMA PEKIDA BURUK, DIPANDANG SERONG OLEH MASYARAKAT. SAYA MENYUARAKAN INI BUKAN NAK TUNJUK PANDAI ATAU MEMANDAI-MANDAI. BUKAN JUGA UNTUK DIRI SAYA, TAPI UNTUK SEMUA.
KEPADA PEMIMPIN ATASAN, PRESIDEN AYAHANDA, AYAHANDA2 YANG SAYA KASIHI, KEKANDA2 YANG SAYA HORMATI SERTA AHLI YANG SAMA SEANGKATAN SAYA, SAYA MOHON MAAF KALAU ADA PERKATAAN KASAR YANG MENYINGGUNG HATI.
YANG BAIK DATANGNYA DARI ALLAH, YANG BURUK ITU DARI KELEMAHAN SAYA.
Terima kasih atas komen dan persoalan dari zms itu. Rasanya biarlah saya beri laluan pada abang-abang menjawabnya dahulu. Izinkan saya lihat dari jauh buat sementara ini sebagai tanda hormat.
INILAH DIANTARA TULISAN YANG SAYA RASA AMAT BERHARGA KERANA SAYANGKAN PEKIDA DAN LAHIRLAH SUATU LUAHAN HATI YANG TULUS DAN IKHLAS DIATAS UNTUK SAMA-SAMA DIFIKIRKAN BUKAN SAHAJA UNTUK AHLI FORUM TETAPI JUGA KEPADA PARA AYAHANDA-AYAHANDA, DAN KEKANDA SEKALIAN DENGARKANLAH LUAHAN HATI KAMI DISINI. TERUTAMA PARA PARASIT-PARASIT DIDALAM FORUM INI, KASIHANILAH SAUDARA YANG LAIN CUKUP, BERHENTILAH DARI MENULIS ARTIKEL-ARTIKEL YANG MENYAKITKAN HATI, TUDUHAN TAK MENENTU, DAN PROPAGANDA-PROPAGANDA YANG KITA CUBA SEMAIKAN KEDALAM HATI SAUDARA-SAUDARA KITA. KITA MENGAKU KITA YANG BETUL, ORNG LAIN SALAH TAPI ... APAKAH BETUL CARA KITA TU, MARI KITA MUHASABAH DIRI BANYAK ARTIKEL MUHASABAH DIRI DIDALAM INI DAN SUKA SAYA MENGAJAK PENULIS-PENULIS MUHASABAH DIRI UNTUK BERSAMA MENGMUHASABAHKAN DIRI SEKALI.
PANDUAN TELAH DITURUNKAN, TETAPI MENGAPA MASIH ADA YANG TIDAK MAHU, ATAU TERIKUT-IKUT YANG LAIN? DITURUNKAN UNTUK "UMAT MANUSIA", DAN DIWAHSIATKAN UNTUK MENYAMPAI-NYAMPAIKAN, TIDAK PERLU SEORANG UZTAZ, HAJI, KIYAI UNTUK MENYAMPAI APA YANG ADA DIDALAM, KITA YANG TIADA APA GELARAN BOLEH SETAKAT YANG KITA FAHAM DAN YAKIN, TIDAK LARI DARI MAKSUD ASALNYA...DIDALAMNYA HANYA JALAN, DAN AMARAN UNTUK KITA AMALKAN DAN AMBIL TAULADAN - TQ
"Hai orang-orang yang beriman janganlah kamu menjadikan pemimpinmu orang-orang yang membuat agamamu jadi buah ejekan dan permainan, (yaitu) di antara orang-orang yang telah diberi kitab sebelummu, dan orang-orang kafir. Dan bertakwalah kepada Allah jika kamu betul-betul orang yang beriman". (Surah Al-Ma'idah, Ayat 57)
"Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu menjadikan bapak-bapak dan saudara-saudaramu menjadi pemimpin-pemimpinmu, jika mereka lebih mengutamakan (menyukai) kekafiran daripada keimanan, dan barang siapa yang menjadikan mereka pemimpin-pemimpinmu, sesungguhnya mereka itu adalah orang yang zalim." (Surah At-Taubah, Ayat 23).
"Hai manusia sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di sisi Allah SWT ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu".(Surah Al-Hujerat, Ayat 13)
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
SAUDARA YANG SAYA HORMATI. TAK PERLU SAYA KENALKAN DIRI, CUMA UTK PENGETAHUAN SAUDARA SAYA SALAH SEORANG ADIK BERADIK SAUDARA. KIRANYA SAUDARA SENIOR, KENALAH SAYA PANGGIL SAUDARA ABANG.
SALAM SAYA DAHULUI SEBELUM SAYA MULAKAN BICARA SAYA TEMPOHARI, CUMA ABANG SAJA YANG TAK PERASAN ATAU ABANG NAK SALAM YANG MANA. SAYA TUJUKAN WARKAH SAYA CUMA KEPADA ADIK BERADIK YANG FAHAM LUAHAN HATI SAYA, YANG SAYANG PADA PERJUANGAN KITA DAN BUKAN UNTUK DIJADIKAN BAHAN PERBALAHAN.
APA TUJUANNYA DIADAKAN RUANGAN INI? ABANG JANGAN CEPAT MELENTING, OK. KALAU BERSEKOLAH, KITA ADA BUDI BICARA.
apa yang sedang kecoh ni...tak paham lagi kaa apa yang telah diperjelaskan semasa berkursus ari tu...pada yang masih konfius...datanglah bekursus... semua akan terjawab..
atau cari lagi pada post post yang masih ada dalam forum ni...Nak jelas lagi...datang penang..jumpa bandi...
Betul apa yang abang Bandi katakan itu. Dan seperti yang pernah saya katakan dulu, banyak orang, banyak ragamnya. Pekida ni mempunyai ribuan ahli yang dah tentu banyak ragamnya, jadi kita yang berfikir dan faham, jangan buta seperti itu, dan nasihat kerabat dan adik-beradik terdekat agar mengikuti jalan yang lurus. Bagi adik-beradik yang jauh, yang tak dapat kita sampaikan nasihat, berdoa sahajalah agar ada sinar cahaya daripada Allah untuk mereka.
ps: Abg Bandi, insyaallah akan saya sampaikan salam itu. Rindu jugak nak jumpa abang Bandi. Tunggulah kanda Mas buat program besar-besaran kat KL lagi.
kita buleh ambil contoh2 persatuan2 lain,ataupun parti2 politik yg pelbagai,atau di tempat kerja kita sendiri,sbg pemimpin,dia mesti memimpin org bawahan dgn sebaik-baiknya.mengikut lunas2 yg tepat,,sebagai orang yg dipimpin pula,mesti sedar yg kita ada pemimpin,dan perlu hormat,ikut peraturan,perlembagaan dsb.Jika tidak,ahli2 atau pekerja2 itu tadi,yg seramai mungkin ribu-ribuan,tidak akan mendapat satu halatuju,matlamat,goal,visi etc yg piawai,standard dan SATU.kalo tempat kerja ada working standard,begitu lah juga yg kita perlu amalkan dlm pertubuhan ker,institusi keluarga ke etc.
seperti kata kanda zack,memang bukan senang nak kawal the whole malaysian punya ahli,macam2 ragam seribusatu macam peel dan perangai manusia,yg sememangnya rasanya semua org akan guna this quote "nobody;s perfect".alah,kalo nk tengok contoh,lain kepala,lain ragam,dlm forum kita nih pon kadang2 ada sikit quarrelsome..ti biasakla.setakat kecik2 takperla,tp jgn la samapai pecah belah sesama melayu....yg tu PARAH..
ni sekadar pandangan dr insan tak betul mcm hamba.
Berbalik pada persoalan asal dari zms, izinkan saya mencelah sikit. So, kira zms ni dah sedar la ada kepincangan dalam Pekida ni. Jadi, apa yang kita nak buat? Apa yang zms nak buat? Takkan nak suarakan dalam forum ni je? Bila kita dah sedar, makna nya kita dah tahu, dah maklum. Jadi langkah seterusnya perlu kita ambil. Langkah seterusnya ialah kita belajar. zms perlu belajar. Belajar apa erti Pekida sebenarnya. Manual mana yang Pekida ikut? Kalau manual Al-Quran yang Pekida ikut, Al-Quran yang perlu kita belajar. Bukan setakat belajar, tapi fahamkan. Kalau tak boleh faham, cari seseorang untuk bacakan dan fahamkan untuk diri kita. Bila kita dah cukup ajaran, sampaikan. Sampaikan dengan jelas pada yang sesat tu. Sampaikan dengan perlahan-lahan dahulu. Dengan bersembunyi. Jangan gelojoh. Jangan main langgar je. Jangan terus redah roadblock abang long dan ayahanda yang kita tak tau prinsip mereka. Nanti kena kutip. Sampaikan pada kaum yang terdekat. Pada sahabat-sahabat. Sampaikan dengan lembut. Baru apa yang dikata dikota. Jangan just melalak dalam forum, pastu senyap. Itu baling batu, sembunyi tangan. Kalau zms sayangkan Pekida, lakukan sesuatu. Cari tapak yang kukuh untuk laksanakannya. Kalau nak tau mana tapaknya, pm saya.
to saudara aqeera...apa yg awk tak puas hati sgt dgn car_r3nt?tak pepasal dier kena...dier ader posting ker?awk pulak lepas org dah tegur terus senyap...suara la sikit saudara aqeera... saya minta supaya saudara hormat sedikit jemaah di dlm forum ini...itu dah memburukan nama seseorang...saya minta maaf...cuma saya rasa terkilan...ampunkan saya semua bro2 di dlm forum ni...
-- Edited by zackbikers at 12:23, 2005-03-26
__________________
Aku Hanya Hamba-Nya...Dan hanya Pada-Nya aku berserah...
|||aJiMsEnT|||
Ni makin lama makin lari tune topic ni , jap jap , opppp ! , stop , balik pada topic ,
Abg zms kita kan tanya tu , bukan nak tengok keakraban kita berborak , ok ?
Kita patut respect , tak banyak pun sikit la, tak sikit pun janji ada dah la, tak semua sayangkan PEKIDA ni , so , zms salah satu la kan , abg.bandi dah terangkan sikit, kita tunggu komen abg2 lain , adik2 jangan bersuara dulu,nanti jadi macam saya dulu,langsung kena hentam, sebab apa ? sebab kita rasa kita cukup ilmu, ai cik adik oi , ilmu ni sampai ke mati tak penuh dik , aa itu la ayat saya kena , terus tido dekat sebulan, yang ingat ingat la, rasa2nya ramai yang ingat , hehe ok , sekian .
Am, buat apa kita nak takut kalau apa yang kita suarakan itu benar? Walau sebagai adikpun. Kita adik2 lah yang membantu abang2 dan ayahanda membentuk Pekida agar menjadi satu perjuangan menegakkan syiar Islam berpandukan Al-Quran. Sepatutnya kita patut takut pada Allah kerana berdiam diri melihat kemungkaran. Berdiam diri melihat saudar2 se Islam kita sesat. Itu yang patut kita takut. Rasulullah pecah gigi dibaling batu oleh umat2 yang diseru kepada Islam. Kita takat teruk pun kena sound dgn abg2 je. Okay Am.
Surah Al Maa'idah, Ayat 3
Diharamkan bagimu (memakan) bangkai, darah[394], daging babi, (daging hewan) yang disembelih atas nama selain Allah, yang tercekik, yang terpukul, yang jatuh, yang ditanduk, dan diterkam binatang buas, kecuali yang sempat kamu menyembelihnya[395], dan (diharamkan bagimu) yang disembelih untuk berhala. Dan (diharamkan juga) mengundi nasib dengan anak panah[396], (mengundi nasib dengan anak panah itu) adalah kefasikan. Pada hari ini[397] orang-orang kafir telah putus asa untuk (mengalahkan) agamamu, sebab itu janganlah kamu takut kepada mereka dan takutlah kepada-Ku. Pada hari ini telah Kusempurnakan untuk kamu agamamu, dan telah Ku-cukupkan kepadamu nikmat-Ku, dan telah Ku-ridhai Islam itu jadi agama bagimu. Maka barang siapa terpaksa[398] karena kelaparan tanpa sengaja berbuat dosa, sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
Originally posted by: zackbikers "Assalamualikum.../// Am, buat apa kita nak takut kalau apa yang kita suarakan itu benar? Walau sebagai adikpun. Kita adik2 lah yang membantu abang2 dan ayahanda membentuk Pekida agar menjadi satu perjuangan menegakkan syiar Islam berpandukan Al-Quran. Sepatutnya kita patut takut pada Allah kerana berdiam diri melihat kemungkaran. Berdiam diri melihat saudar2 se Islam kita sesat. Itu yang patut kita takut. Rasulullah pecah gigi dibaling batu oleh umat2 yang diseru kepada Islam. Kita takat teruk pun kena sound dgn abg2 je. Okay Am.
Ok je zam , hehe , saya tidak berpihak pada sesiapa , harap maklum , tapi topic asal dah lari dari tajuk , tu je , jangan salah faham , sekian ...
Tak la lari tajuk Am. Pecahan banyak cabangpun ke arah satu cabang gak. Saya jawab apa yang boleh dijawab dan pada taraf mana saya boleh jawab. Ada juga soalan zms tu saya tak jawab sebab takut menyimpang. Nantilah, saya rujuk pada abang yang arif dulu, baru boleh.
Cuma nasihat saya tadi, tak payah takut pada sesapa kalau kita di pihak benar. Musuh-musuh kitapun di kalangan kitajuga. Bukan orang luar.
Surah Al An'aam Ayat 112
Dan demikianlah Kami jadikan bagi tiap-tiap nabi itu musuh, yaitu syaitan-syaitan (dari jenis) manusia dan ( dan jenis) jin, sebahagian mereka membisikkan kepada sebahagian yang lain perkataan-perkataan yang indah-indah untuk menipu (manusia)[499]. Jikalau Tuhanmu menghendaki, niscaya mereka tidak mengerjakannya, maka tinggalkanlah mereka dan apa yang mereka ada-adakan.
terima kasih, kerana kita saling ingat & mengingati sambil-sambil minum kopi, teh tarik tu .. meh kita sama-sama renung dalam-dalam keluhan dan pesanan disini, apa boto ko muhung ajo ;)
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -