Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 10 Kesilapan Berkaitan Al-Fatihah


Senior

Status: Offline
Posts: 213
Date:
10 Kesilapan Berkaitan Al-Fatihah


Hadis Ubadah bin As-Somit r.a: Nabi s.a.w bersabda: Tidak sah sembahyang orang yang tidak membaca surah Al-Fatihah (Muslim)


       10 KESILAPAN BERKAITAN AL FATIHAH 


Antara kesalahan dan kesilapan yang sering berlaku atau perkara yang mesti di ambil berat ketika membaca surah Al-Fatihah terutama di dalam solat antaranya ialah:



1.                Hendaklah membaca keseluruhan surah Al-Fatihah dengan jelas sekurang-kurangnya didengari oleh telinga sendiri dan tidak dibaca dalam keadaan senyap atau tidak keluar suara (tidak berbunyi).



2.                Menyatakan, menjelaskan atau menzahirkan setiap bunyi dan huruf tanpa ada yang terkuat atau yang tenggelam serta memelihara setiap baris dan tanda. 


3.                Membaca keseluruhan surah Al Fatihah dari awal hingga akhir dalam keadaan sedang berdiri atau semasa berdiri betul bagi mereka yang mampu berdiri.



4.                Mempastikan ‘waqaf’ (berhenti) pada tiap-tiap hujung ayat sekurang-kurangnya dengan kadar 2 harakat terutama semasa solat ‘sir’ (waktu siang).



5.                Mempastikan ‘waqaf’ (berhenti) pada tiap-tiap hujung ayat dalam surah Al Fatihah dibaca dengan seragam.



6.                Waqaf (berhenti) dengan sempurna pada tiap-tiap hujung ayat dengan mengambil nafas yang lain sebelum meneruskan bacaan ayat berikutnya.



7.                Tidak membaca dengan ‘saktah’ (memberhentikan suara tanpa memutuskan nafas) pada ayat-ayat tertentu atau keseluruhannya.



8.                Membaca keseluruhan surah Al Fatihah dalam satu ‘tariq’ (jalan atau wajah) bacaan tanpa mencampur aduk dengan ‘turuk’ (wajah-wajah) bacaan qiraat lain.



9.                Memelihara ‘wazan’ (tempo kecepatan dan kelambatan) bacaan supaya seragam daripada awal sehingga ke akhir surah.



10.           Tempoh berhenti dan menyambungkan semula bacaan hendaklah sekata tanpa kecacatan ketara yang merosakkan bacaan.


Sekian, Wallahu a’lam




-- Edited by Nafisah at 08:13, 2005-03-18

__________________
Kadang2 Allah hilangkan sekejap matahari untuk kite, Kemudian dia datangkan pula guruh dan kilat, Puas kita menangis mencari mana matahari kita, Rupa2nya Allah nak hadiahkan kita pelangi yang indah...


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

syukran jazilan kak nafisah...

__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Guru

Status: Offline
Posts: 501
Date:

terima kasih mek dengan info ni.


wassalam


 



__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:


tq........



__________________
f l a s h 'd' d a y z


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

it



uler kesilapan kiter...........


tahu membaca......


tak semestinyer memahami apa yg di baca..........:)



__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard