Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Konsep kasih sayang dalam Islam


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:
Konsep kasih sayang dalam Islam


Konsep kasih sayang dalam Islam
Kasih sayang dalam Islam adalah Al-Hubb yang berlandaskan aqidah Islamiyah dan berkonsepkan ‘fillah’ (kerana Allah), dan tidak kerana kepentingan duniawi. Kasih sayang dalam Islam adalah adalah pertemuan dan perpisahan kerana Allah, kasih dan murka kerana Allah. Semua umat Islam adalah bersaudara dan Islam telah mewajibkan ukhuwwah dan mahabbah ke atas sesama mereka.

Nabi SAW bersabda : "Tidak beriman antara kamu sehinggalah dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai dirinya sendiri" (hadis riwayat Bukhari)

"Janganlah kamu saling membenci, berdengki-dengkian, saling berpalingan, dan jadilah kamu sebagai hamba-hamba Allah yang bersaudara. Juga tidak dibolehkan seorang muslim meninggalkan (tidak bertegur sapa) terhadap saudaranya melebihi tiga hari" (hadis riwayat Muslim)

"Perumpamaan orang-orang Mukmin dalam hal kecintaan, kasih-sayang dan belas kasihan sesama mereka, laksana satu tubuh. Apabila sakit satu anggota dari tubuh tersebut, maka akan menjalarlah kesakitan itu pada semua anggota tubuh itu sehingga tidak melenakan tidur (insomnia) dan demam (panas dingin)”. (hadis riwayat Muslim).

"Tidak akan masuk surga kecuali orang yang penyayang" (hadis riwayat Al-Baihaqi daripada Anas r.a.)


Kasih sayang dalam Islam tidak ‘berhari’ dengan hari-hari tertentu dan ‘bermusim’ dan batasannya tidak bernoktah melainkan apa yang telah dizahirkan batasannya oleh hukum Allah. Kasih sayang dalam Islam adalah sebagaimana kasih sayang Muhajirin dan Ansar yang dimanifestasikan dengan pengorbanan harta benda termasuk isteri-isteri mereka. Kasih sayang kepada makhluk dalam Islam adalah kasih sayang yang mendaulatkan kasih sayang kepada Rasulullah mengatasi segala kasih sayang kepada selain baginda. Rasulullah adalah lebih awla diingati dan dijadikan ‘kekasih’ kerana bagi baginda, umatnya adalah kekasihnya (ummati…ummati…ummati…).

Kasih sayang antara lelaki dan perempuan dalam Islam pula adalah kasih saying yang menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan perzinaan. Kasih saying dalam Islam adalah hubungan secara syar’ie antara mukmin dan mukminah yang menjuruskan kepada matlamat perkahwinan yang syarie, bukan semata-mata bertujuan mut’ah atau keseronokan sementara yang mempertuhankan hawa nafsu.

"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk." (al-Israa' : 32).


jadi fikirkan sejenak..apa yang kita ada dalam kasih sayang....untuk dunia atau disana...


NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimanapesananal-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:a..

Pertama, pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupikeperluan.

Kedua, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka menghitung-hitungkan (menyebutnya).

Ketiga, pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan dirimu ia suka menutupinya.

Keempat, pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan meringankanmu serta menghiburkanmu.

Kelima, sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan bukan selalu mempercayainya saja.jikalau engkau mengemukakan sesuatu persoalanyang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih dengannya,dia suka mengalah untuk kepentinganmu.

Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakanbersama-sama sahabat yang mulia.



-- Edited by natural at 11:12, 2005-03-18

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:

berguna....

__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

quote:

Originally posted by: iqman

"berguna...."

alhamdulillah..ada jugak yang menghayati...

__________________
...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard