Mungkin sesuatu yang boleh kita jadikan task utama dalam rangka pendek perjuangan di PEKIDA. Cadangan in merupakan satu daripada usaha yang mungkin bukan sahaja boleh menaikkan nama pekida di mata rakyat Malaysia, malah mungkin di mata dunia satu hari nanti. Bukan sekdar itu, bahkan sebagai jalan perjuangan untuk memperkasa ummah melalui jalan kebajikan.
1.meningkatkan lagi perpaduan ummah, 2.memperkukuhkan lagi hubungan pelbagai kaum dalam usaha untuk menyokong tiang integrasi nasional, 3.mencipta satu budaya bangsa yang sihat (menjaro - mental, jasmani dan rohani) 4.berusaha meningkatkan kualiti alam persekitar, 5.sentiasa memperjuangkan dan melaksanakan keadilan, 6.menjadi agen pembenteras kemiskinan 7.menghidupkan amalan politik yang sihat dan bersih.
Cadangan yang bagus. Tapi perlukan gemblengan dari setiap pihak. Kalau asyik nak bertengkar, bergaduh sesama sendiri, macamana? R&D Pekida tengah berusaha laksanakan semua itu, tapi terlalu banyak rintangan. Rintangan dari saudara kita sendiri.