Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Sains Sahkan Kewujudan Allah


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:
Sains Sahkan Kewujudan Allah



Manusia berasa amat kagum dengan pencapaian ahli sains. Bermacam penemuan ditemui, dipakai, diperhalusi dan dikecapi, lantas membantu memberi kesejahteraan hidup manusia hari ini.


Pencapaian dan penemuan peralatan hidup tercanggih itu tentulah terhasil daripada akal fikiran, ujian dan keringat para saintis itu sendiri. Tetapi, siapakah para saintis itu?


“Dan Ia telah mengajarkan Nabi Adam akan segala nama benda-benda dan gunanya” Maksud Surah al- Baqarah (2:31).


Nabi Adam a.s. telah diperlengkapkan dengan ilmu oleh Allah s.w.t., Penciptanya. Dengan demikian keupayaan para saintis menggunakan akal fikirannya adalah kerana ia mewarisi ilmu daripada makhluk manusia pertama yang dicipta oleh Allah s.w.t. itu.


Dalam pembangunan dan pertumbuhan manusia, banyak teori dikemukakan, tetapi ramai para saintis kurang berminat untuk mengiktiraf bahawa asal usul sesuatu itu adalah daripada Allah s.w.t. , akibat dari pemikiran yang kurang percaya pada benda-benda dan kuasa ghaib. Akhirnya timbullah pendapat bahawa sesuatu itu berlaku kerana ‘semula jadi’. Gunung ganang, hujan, putaran planet umpamanya, terjadi sebegitu rupa kerana begitulah keadaan ‘nature’nya. Akal mereka menolak kuasa Allah s.w.t.


Umat Islam yang cetek pengetahuan mengenai segala hal, termasuk agamanya, turut mudah mempercayai dan meyakini dengan apa yang ditemui dan diperkatakan oleh saintis-saintis itu.


Mereka malas berusaha dan bertanya pada golongan yang berilmu. Hal ini pun telah diberitahu oleh Allah dalam firmannya, “Dan tidaklah Kami mengutus rasul-rasul sebelummu (Wahai Muhammad), melainkan dari kalangan orang-orang lelaki, yang kami wahyukan kepada mereka. Oleh itu bertanyalah kamu kepada orang-orang yang berpengetahuan agama jika kamu tidak mengetahui.” Maksud Surah al-Nahl (16:43)


Maksud yang sama juga terdapat dalam firman Allah s.w.t. dalam Surah al-Anbia (21:7)


Sebenarnya dalam hal asal usul manusia, subjek yang dibincangkan kali ini, Allah s.w.t. telahpun menerangkannnya dalam al-Qur’an. Allah s.w.t. telah menggariskan setiap tahap perkembangan benih manusia yang membesar dalam rahim ibu.


Firman Allah s.w.t., “Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari pati (yang berasal) dari tanah; kemudian Kami jadikan “pati” itu air benih pada tempat penetapan yang teguh kukuh; kemudian Kami ciptakan air benih itu menjadi sebuku darah beku; lalu Kami ciptakan darah beku itu menjadi seketul daging; kemudian Kami ciptakan daging itu menjadi beberapa tulang; kemudian Kami balut tulang-tulang itu dengan daging. Setelah sempurna kejadian itu, kami bentuk dia menjadi makhluk yang lain sifat keadaannya. Maka nyatalah kelebihan dan ketinggian Allah sebaik-baik pencipta.” Maksud Surah al-Mu’minun (23: 12-14)


Mengenai perkataan ‘pati dari tanah’ yang disebut dalam ayat ini ‘Pimpinan al-Rahman’, kitab pengertian al-Qur’an terbitan kerajaan Malaysia, menerangkan: ‘pati makanan yang berasal dari tumbuhan-tumbuhan dan tanaman yang tumbuh di bumi’. Manakala ‘air benih’ ialah air mani dan ‘tempat penempatan yang teguh kukuh’ bermaksud dalam rahim ibu.


Dalam Surah al-Haj (22:5) juga, Allah s.w.t. telah menerangkan dengan jelas tahap-tahap yang dilalui dalam pertumbuhan manusia, bagaimana ia mula menjadi, penentuan bila ia dilahirkan, dari usia kanak-kanak yang dipelihara hingga menjadi dewasa dan menjadi tua, selain mengenai hidup atau matinya.


Perkataan penting disebut dalam al-Qur’an mengenai proses kejadian manusia, antaranya ialah ‘silalah’ (pati dari tanah), ‘nutfah’ (air mani), ‘alaq(ah)’ (sebuku darah beku) dan ‘mudhghah’ (seketul daging), ‘izam’ (tulang) dan ‘lahm’ (tulang dibalut dengan daging).


Selain itu Allah s.w.t. juga telah menegaskan bahawa Dialah yang mencipta manusia dari sebuku darah beku dalam surah al-‘Alaq (96). Surah ini mengandungi 19 ayat yang diturunkan di Makkah pada malam Lailatul Qadar di bulan Ramadhan. Inilah wahyu yang pertama disampaikan kepada junjungan kita Nabi Muhammad s.a.w.


Maksud ayat satu dan dua dalam surah ini ialah, “Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekelian makhluk) – Ia menciptakan manusia dari sebuku darah beku.”


Urutan perkataan dalam Surah al-Mu’minun itu juga telah membayangkan proses pembentukan bayi manusia daripada janin ikutan percantuman air mani lelaki dan telur-telur perempuan.


Sesungguhnya, jika seseorang itu memegang al-Qur’an sebagai sumber ilmu, sudah tentu banyak ilmu yang akan diperolehinya. Begitulah halnya dengan asal usul dan proses-proses perkembangan dan pembangunan fizikal seseorang makhluk bernama manusia. Proses tumbesarannya terang-terang ada tercatat dalam kitab suci itu.


Walaupun cendekiawan dalam sejarah seperti pelukis terkenal Leonardo da Vinci pada kurun ke-15 dan Galen pada kurun ke dua ada membayangkan tentang janin yang berada dalam uterus (rahim) dan perihal janin yang diselaputi membran, namun pengetahuan mereka tidaklah mantap seperti yang disebut dengan sejelas-jelasnya dalam al-Qur’an.


Para saintis berupaya menggariskan tahap-tahap tumbesaran janin itu hanya pada kurun ke 20, itu pun tiga kurun selepas alat mikroskop dicipta dan Leeuwenheoek berjaya mengesan pergerakan sel-sel mani manusia itu menerusi alat berkenaan pada tahun 1677.


Tetapi dalam al-Qur’an Surah al-Zumar (39) ayat 6, Allah s.w.t. berfirman, “Ia menciptakan kamu dalam kandungan ibu kamu (beperingkat-peringkat) dari satu kejadian ke satu kejadian dalam tiga suasana gelap gelita”.


Berperingkat-peringkat itu mengikut maksud penjelasan Pimpinan al-Rahman ialah “yakni dari setitik air mani lalu menjadi segumpal darah beku, kemudian menjadi seketul daging, kemudian menjadi tulang, kemudian tulang itu disalut dengan daging, setelah itu menjadi manusia dalam bentuknya yang termaklum.”


Dalam al-Qur’an juga diterangkan mengenai tiga suasana gelap gelita yang membawa maksud ‘kegelapan dalam rahim, kegelapan dalam perut ibu dan kegelapan dalam tembuni.’ (Penjelasan Surah Al Zumar (39:6) Pimpinan
Al Rahman)


Dalam al-Qur’an juga telah diterangkan mengenai kejadian jantina – lelaki dan perempuan – secara terang. Bagaimana ia boleh berlaku?


“Dan bahawa sesungguhnya Dialah yang menciptakan pasangan – lelaki dan perempuan, dari setitik air mani ketika dipancarkan (ke dalam rahim)” Maksud Surah al-Najm (53:45-46)


Satu lagi firman Allah s.w.t. mengenai jantina ini ialah: “Bukankah ia berasal dari air mani yang dipancarkan (ke dalam rahim)? Kemudian air mani itu menjadi sebuku darah beku, sesudah itu Tuhan menciptakannya, dan menyempurnakan kejadiannya (sebagai manusia)? Lalu Tuhan menjadikan daripadanya dua jenis – lelaki dan perempuan.” Maksud Surah al-Qiyamah (75:37-39)


Jadi ayat-ayat ini sudah lama menjelaskan bahawa jenis lelaki dan perempuan itu berlaku disebabkan oleh air mani lelaki yang terpancar ke dalam rahim perempuan.


Profesor Emeritus Keith L. Moore dari Jabatan Anatomi, Universiti Toronto, Kanada, salah seorang saintis tersohor di bidang anatomi dan embriologi pernah diserahkan segala maklumat mengenai embrio yang terkandung dalam Al Qur’an di Persidangan Perubatan Ketujuh di Dammam, Arab Saudi sekitar tahun 1981.


Berikut ialah ulasan atau jawapan yang diberikan oleh pakar itu: “Adalah amat membanggakan bagi saya untuk membantu menjelaskan kenyataan-kenyataan yang terdapat dalam Qur’an mengenai proses perkembanmgan manusia. Adalah jelas bagi saya, bahawa kenyataan-kenyataan ini mestilah telah datang kepada Muhammad dari Tuhan, kerana hampir kesemua pengetahuan ini tidaklah ditemui sehinggalah beberapa kurun kemudiannya. Ini membuktikan kepada saya bahawa Muhammad itu sebenarnya seorang rasul dari Tuhan.”


Apabila ditanya jika beliau percaya yang al-Qur’an itu adalah kata-kata Allah s.w.t., profesor itu menjawab, “Tidak sukar bagi saya menerimanya...”


Dalam persidangan tersebut, Profesor Moore juga mencadangkan agar satu sistem klasifikasi baru dibina dengan menggunakan terma-terma yang disebut dalam al-Qur’an dan Sunnah Rasulullah s.a.w.


Perlu dinyatakan bahawa Aristotle, pencipta sains embriologi yang mengkaji embrio anak ayam, menyedari bahawa proses itu sememangnya mempunyai tahap-tahapnya sendiri, tetapi beliau tidak dapat memberi fakta secara terperinci mengenai tahap-tahap berkenaan.


Jelaslah bahawa teori pertumbuhan manusia itu hanya berjaya dibuktikanpada kurun ke-20 dan ini membuktikan al-Qur’an itu sebenarnya bukanlah disumberkan daripada pengetahuan sains ketika kurun ke tujuh itu.


Oleh kerana Baginda Rasulullah s.a.w. pula adalah seorang yang buta huruf, lantaran itu tidak mungkin Baginda terdedah dan mendapat apa jua jenis pelajaran atau latihan dalam bidang sains. Justeru jelaslah apa yang disampaikan oleh baginda itu sebenar-benarnya adalah daripada Allah s.w.t. Pencipta seluruh alam.


Sementara itu, Dr Joe Leigh Simpson, Pengerusi Jabatan Obstetrik dan Ginekologi, Kolej Perubatan Baylor, Houston, USA pula berkata: “hadith-hadith ini, iaitu kata-kata Muhammad s.a.w. tidak mungkin diperolehi berdasarkan pada pengetahuan saintifik pada zaman penulis (yakni kurun ke tujuh) itu. Lantaran itu, ia bukan sahaja tidak menimbulkan pertentangan antara genetik dan agama (Islam), malah pada hakikatnya, agamalah (Islam) yang mungkin telah memimpin sains dengan menambahkan pendedahan kepada beberapa pendekatan sains tradisional dan oleh kerana beberapa tahun kemudiannya kenyataan-kenyataan al-Qur’an itu baru sahaja di terima sebagai sahih maka ini telah menyokong pendapat bahawa ilmu yang terkandung dalam al-Qur’an itu sebenarnya berpunca daripada Tuhan.”


Daripada beberapa ayat yang diturunkan mengenai proses tumbesaran manusia ini, jelaslah memberitahu para saintis bahawa mereka tidak sewajarnya menolak al-Qur’an kerana dalam penemuan-penemuan yang mereka anggap baru itu sememangnya telah pun tercatat dalam al-Qur’an.


Oleh yang demikian, sains sebenarnya telah pun membukti dan mengukuhkan kewujudan dan kekuasaan Allah s.w.t. Semoga ini dapat memantapkan lagi keimanan kita kepada allah s.w.t. Pencipta sekelian alam.


ALLAH HUAKABAR



-- Edited by ices at 17:26, 2005-03-19

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

tidak dapat di nafikan...........

__________________
f l a s h 'd' d a y z
Am


Senior

Status: Offline
Posts: 337
Date:

Assalamualaikumwarahmatullahiwabarakatuh,,,


Kagum dengan sains?


Sains membuktikan wujudnya Allah?


-jika anda dilahirkan sebagai manusia yang seterusnya diAzankan ketika kelahiran kamu,haruskah kamu menunggu sains membuktikan kewujudan Allah?


-Allah'huakhbar , bukan Allah Huakabar-



__________________
http://pics-53.hi5.com/userpics/3/9144153.img.medium.jpg *********************** http://www.team-soviet.h10.ru/serp.gif
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard