Apabila saya terbaca tulisan astora jabat dalam akhbar Mingguan malaysia 6 Feburai 2005 dalam kolum bicara ahad(dahulunya bicara agama-tetapi setelah dikritik hebat dari dalam dan luar tetapi bicaranya sama untuk mengaburi mata umat islam)....tersenyum sendirian kerana dia telah menuduh Dato' seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang jahil Murakkab dengan penuh kesedaran dan rela hatinya.
Masakan tidak aku tersenyum, bila saja di bandingkan Tuan Guru dengan Astora Jabat dari segi keikhlasan dan sikap beramanah dalam menyampaikan ilmu dan dakwah...alangkah jauhnya bezanya...umpama langit dan bumi..
Cuba perhatikan contoh ini yang boleh kita buat perbandingan..
1--Tuan Guru kata hukum hudud wajib dilaksanakan tetapi astora kata perintah Allah dalam al-Quran tentang melaksanakan hudud tak sampai satu peratus..
2--Tuan Guru kata menegakkan negara islam adalah wajib tapi astora kata perintah mendirikan Negara Islam tak ada dalam al-Quran dan as- sunnah.
3--Tuan Guru kata orang Murtad wajib dihukum bunuh setelah enggan bertaubat tapi astora kata tak ada pun nas al-Quran dan Hadis yang kata kena hukum bunuh.
4--Tuan Guru kata kadar wajib tutup aurat bg wanita ialah seluruh anggota kecuali muka dan tapak tangan tetapi astora kata tak mengapa bukak kepala dedah aurat.
5--Tuan Guru kata bencana dan bala adalah hukuman dari Allah Taala tapi astora kata itu hanya bencana alam...
Bila saya renung jauh dan merenung sejenak....Baru ku tahu siapa sebenarnya JAHIL MURAKKAB......
antara tuduhan astora terhadap Tuan Guru. yang dipetik dari forum laman webnya..
1- Gelaran jahil murakkab saya lemparkan ke atas Haji Hadi dengan penuh kesedaran dan rela hati. Saya dah fikir matang-matang untuk letakkan gelaran itu pada beliau. Ini disebabkan beliau menyatakan pandangan tidak betul dalam perkara yang dianggap sangat basic dalam agama dan ini termasuk beliau tidak membezakan antara bidaah ibadat dan bidaah adat. Saya dah bincang dengan beberapa orang ulama akademik tentang perkara ini dan mereka pun berpendapat seperti saya. Malah kami sama- sama merasakan haji Hadi ini merosakkan imej orang yang bermendapat pendidikan agama di luar negera.
2-- Bukan masalah suku hari atau tak suka hari. Saya sendiri dah malas menulis tentang Pas. Tetapi kami sebagai orang belajar agama berasa terhina dengan pandangan-pandangan bodoh Haji Hadi....Orang Pas sendiri terutama golong profesionalnya pun tidak setuju dengan pemikiran Haji Hadi...
quote: Originally posted by: ucuk ".....dari dulu nak tau sapa astora jabat nih..... pelik...kenapa dia bermaharajalela tanpa pantauan.... "
Saya pernah menghadiri satu majlis forum antara Astora dan seorang ustaz lulusan Al-Azhar dari Pahang di padang sebelah Masjid Kg Pandan Dalam.Pada pendapat saya Astora mmg kalut malam tu.Hujah beliau tak dapat diterima oleh orang Islam yg waras berbanding hujah ustaz tersebut.TAk tau nak cakap macam mana lagi.Memang sesat lagi menyesatkan.DAlam mingguan lepas, cara penulisannya macam menyokong wanita menjadi imam di US baru2 ni.Sapa baca?Saya baca sekerat jalan je,takut silap hari bulan tergelincir aqidah.Apapun Astora ni memang *^%#@~<..
assalamualaikum...dalam pada kita sibuk nak halau PATI keluar...kan bagus pempinan pandang masalah golongan anti-hadis ni..KENAPA dibiarkan berleluasa?mana lettaknya PRIOrity ISLAM?musykil....
__________________
ive sworn the oath of many thing .3 things if im not mistaken.
quote: Originally posted by: k "assalamualaikum...dalam pada kita sibuk nak halau PATI keluar...kan bagus pempinan pandang masalah golongan anti-hadis ni..KENAPA dibiarkan berleluasa?mana lettaknya PRIOrity ISLAM?musykil...."
Ya Betul tu....Saya percaya golongan ini lebih bahaya dari komunis...............
kita dok kata orang sana salah, orang sana dok kata kita org sini tak betul..jadi kita pun jadilah pak turut ikut mana yg kita rasa betul..tapi kalau kita ada ilmu..akhirnya insyallah kita diberi petunjuk mana yg baik dan buruk..
rasa2 diri kita sempurna tak???
cermin diri..baru dapat hakikat diri....nampak diri baru nampak agungnya kuasa ilahi...akhirnnya bila kita nampak kepunyaan di langit dan bumi...binasa diri..dilangit dan bumi atas kekuasaan allah menjadikan satu perkara..kalau kita peka...allah jadikan isu astora jabat tue banyak manfaat di sebalik huraian dia yg mengelirukan
antarannya..
suruh kita sedar...bangun dan bangkit..bila kita dalam kemusykilan..tak temu jawapan..carilah guru..timba lah ilmu...dapatlah jawapannya nanti
suruh kita renung....betul ke tidak benda nie..
suruh kita sedar apalah ada pada nama dan pangkat kat dunia nie..yg tak boleh bawak kemana2 pun..
suruh kita insaf dan balik ke pangkal..ambil iktibar peristiwa astora jabat agar kita tak jadi seperti itu...
so..fikir2 kan..setiap satu benda atau kejadian tuhan jadi kan bersebab..cuma kita tak nak cari sebab ape benda tue jadi...
__________________
Rendahkan sedikit Keegoaanmu, perbaiki kematanganmu, perkemaskan ilmumu..Jadilah Orang yang Disegani..Bukannya Digeruni
" 3--Tuan Guru kata orang Murtad wajib dihukum bunuh setelah enggan bertaubat tapi astora kata tak ada pun nas al-Quran dan Hadis yang kata kena hukum bunuh.."
uik, camna astromen kata tadak nas dalam al-quran bahawasanya murtad hukumnya bunuh!? hehehe' kalau tak silap dalam surah sapi betina atau surah 7 ada diterangkan kut .. allahualam, maaf dari saya yang jahil.
wassalam
__________________
"SALAM KASIH SAYANG DAN IKATAN MESRA PERJUANGAN" -