Menerusi saluran penyubur maksiat TV3 jam 8 malam semalam saya terdengar berita mengenai cadangan parti berulat Umno hendak memansuhkan yuran tahunan keahliannya RM1. Tujuannya ialah untuk mengelakkan pungutan itu disalah gunakan sewaktu musim pemilihan. (Berita berkenaan ada disiarkan di akhbar kroni mania hari ini).
Cadangan itu dibuat oleh Setiausaha Agungnya, Radzi Sheikh Ahmad dan menurutnya cadangan itu akan dibawa ke dalam mesyuarat Majlis Tertinggi untuk diluluskan. Perlembagaan Umno akan dipinda di dalam perhimpunan akan datang untuk tujuan itu.
Saya hanya tersenyum mendengar berita itu sambil terus menyimpulkan betapa bodoh dan tololnya Umno dengan cara itu. Apakah sudah tidak ada idea dan kaedah lain lagi bagi mengatasi masalah politik wang?
Yang sangat jelas cadangan `kebudak-budakan' itu menunjukkan bahawa masalah politik wang dalam Umno semakin teruk dan usaha membanteraskannya tidak berhasil (hatta walaupun cara itu tidak masuk akal terpaksa digunakan juga). Cara Radzi itu sepertilah nak tebang pokok balak dengan pisau!
Konsep atau wawasan Islam Hadhari yang diperkenal dan dibangga- banggakan ternyata tidak dapat hendak menebalkan iman orang-orang Umno daripada tidak berbuat dosa dan seterusnya membuang amalan politik wang. Umno sendiri tidak yakin dengan keampuhan Islam Hadhari.
Kenapa saya mengatakan Umno tolol ialah, apakah dengan cara itu (pemansuhan yuran seringgit) mereka terfikir politik wang yang bersampah sarap dan membusuk di dalam parti itu akan terhapus?
Berapa sen sangat nilai wang yuran itu boleh mempengaruhi perwakilan? Dari sisi lain betapalah Umno telah meletakkan harga senilai RM1 ke atas ahlinya. Maknanya dengan RM1 ahli Umno boleh jadi kelabu mata dan bertukar arah memilih sesiapa sahaja pemimpin yang sanggup berbuat demikian.
Untuk pengetahuan Radzi dan Umno, jumlah dan nilai rasuah yang berlegar di dalam Umno jauh lebih besar daripada itu dan diperlakukan dengan berbagai cara. Aliran kewangan yang pada tahun melibatkan pertandingan di dalam Umno berpuluh juta ringgit. Cuba bayangkan! Apakah dengan memansuhkan nilai RM1 yang semuanya berjumlah lebih RM3 juta itu dapat mengatasi masalah politik wang? Waraskanlah fikiran anda!
Saya mengatakan ini bukan olok-olok tetapi ada fakta. Kalau buku Ibrahim Ali (si katak benua) boleh dipercayai, angka ini tidak meragui. Menurut Ibrahim Ali, setiap bahagian Umno sahaja membelanjakan tidak kurang RM100,000 untuk perebutan berbagai jawatan. Kalau jumlah itu didarab dengan 195 bahagian Umno ini bermakna RM1.95 juta diperlukan untuk pertandingan di peringkat bahagian. Wow...!
Jumlah itu tidak termasuk lagi pertandingan di kalangan wanita, pemuda dan puteri serta jawatan di peringkat Majlis Tertinggi serta lain-lain perbelanjaan di luar jangka dan sebagainya (termasuk mengangkut perempuan?). Jika dicampur semua mungkin angkanya melebihi puluhan juta.
Penggunaan wang RM1 itu sudah tidak relevan lagi. Tidak ada ahli Umno yang bermain rasuah dengan nilai seringgit. Tidak usahlah risau mengenainya. Sebusuk-busuk Umno cawangan di Gua Musang, atau Ulu Atok, Pahang, atau pun Baling di Kedah pun RM10.00 seorang akan dapat bila setiap kali mesyuarat cawangan.
Perlu disedari dan diwaraskan otak, nilai rasuah mereka (kalangan ahli Umno) bukan dengan yuran bernilai seringgit yang diberi semasa hendak mesyuarat cawangan. Tetapi menerusi teknik moden dan canggih – bank in ke dalam akaun, jamu makan di restoran bertaraf lima bintang atau, lawatan ke luar negara khususnya ke Medan, Bandung, Hadyai atau Phuket atau mana-mana lubuk maksiat di dunia ini.
Tindakan Radzi itu menganiayai ahli Umno di kampung sahaja. Kalau sebelum ini mereka boleh jimatkan seringgit, menjelang pemilihan di dalam parti (menerusi pembayaran yuran) kini penjimatan bernoda itu sudah tidak ada. Apa yang mungkin mereka dapat upah sebagai tukang angguk menyokong balaci Umno kini makan kuih sebiji dan secawan teh sejuk.
Gejala politik wang tidak akan terhapus sebab pusat operasinya di Kuala Lumpur dan bandar-bandar besar. Dan kebanyakan Ketua Bahagian di bandar besar mereka yang sudah menjadi kaya raya hasil dari kerja menyamun di siang hari inilah menjadi taukenya. Bukan yang tercorot di kampung itu.
Kalau Umno ikhlas hendak hapuskan politik wang, Umno kena ambil tindakan menerusi undang-undang. Benarkan Badan Pencegah Rasuah (BPR) masuk di dalam Umno dan dakwa mereka. Tubuhlah sejuta badan pemantau atau Jawatankuasa siasat pun tidak memberi apa-apa makna. Pemberi dan pengamal rasuah di dalam Umno lebih licik daripada belut.
Kenapa takut sangat BPR masuk ke dalam Umno? Apakah rasuah di dalam Umno tidak berdosa? Umno tidak seharusnya berfikir dan bertindak double standard di dalam soal menghapuskan rasuah ini. Usahlah berselindung di sebalik alasan konon nak bersihkan parti, sedarlah bahawa Umno sudah pun menajis dengan tahi babi dan kencing anjing sejak lama dulu.
Tidak payah soallah, duhai Tun Paduka Tuan! Kalau rasuah di luar masih berlambak dan melata, seribu tahun lagi Umno tidak akan ambil tindakan ke atas ahlinya. Tengok kes Rafidah Aziz, Annuar Musa, Nazri Aziz, Khir Toyo dan ramai lagi sudah bertapuk dan berlapuk. Usahkan didakwa, usik pun tidak.
Ini dan itulah rupa negara Malaysia yang berkonsepkan Islam Hadhari yang diplagiatkan oleh Abdullah Badawi
NASIB BAIK LAH KITA DISINI PEKIDA BUKAN UMNO.. NASIB BAIK KITA PERSATUAN KEBAJIKAN DAN DAKWAH ISLAMIAH BUKAN PERTUBUHAN POLITIK.
TAPIKAN ELOK GAK DIA MANSUHKAN...TAK SUSAH KETUA CAWANGAN NAK GI KUTIP KAT AHLI CAWANGAN YG AKHIRNYA KETUA CAWANGAN YG KENE BAYAR SEMUANYA SEBAB MALU NAK PEGI KUTIP... MUNGKIN MEREKA NAK HAPUSKAN YG KECIL2 DAHULU KEMUDIAN BARU MULA HAPUSKAN YG BESAR...MACAM RASULLAH SAW... MULA2 BERDAKWAH SECARA RAHSIA 3 TAHUN PASTU BARU SECARA TERANGAN....
brader barisan islam apa khabar? macam frust ngan umno aje. kalau umno memperbodohkan dirinya maknanya bodohlah melayu kesemuanya. saya tidak lah menyatakan umno 100% baik & telus, tapi sebagai org ,melayu yg berpayung dibawah umno, perkataan yg brader gunakan agak kasar, tak mencerminkan saudara ni barisan islam. lagi satu, saya harap saudara baca dan fahamilah apa yg dimaksudkan dengan mansukan yuran RM1 itu dan apa tujuannya. bukannya utk menghapuskan politik wang, wahai saudaraku, tapi lebih kepada mengurangkan karenah birokrasi.
Kalau setakat isu RM1 yg saudara maksudkan utk mengelakkan politik wang, tak ada maknanya. Baca dan fahami dahulu maksudnya bak kata org MAKSUD YG TERSURAT DAN TERSIRAT.
Saudara Barisan Islam,
bukalah minda anda, dan jika anda ahli pekida, saya rasa pekida telah tersilap mengagambil anda sebagai ahli. Kalau begini lah bahasa yg kasar dan kurang beradab yg anda gunakan untuk meluahkan perasaan, maka cita-cita ahli tertinggi pekida untuk membentuk pekida baru akan terbantut.
Renungkanlah dan hidup biarlah dengan kesederhanaan, kan itu tuntutan dalam ISLAM, wahai saudara barisan islam.
quote: Originally posted by: gua "Assalamualikum, brader barisan islam apa khabar? macam frust ngan umno aje. kalau umno memperbodohkan dirinya maknanya bodohlah melayu kesemuanya. saya tidak lah menyatakan umno 100% baik & telus, tapi sebagai org ,melayu yg berpayung dibawah umno, perkataan yg brader gunakan agak kasar, tak mencerminkan saudara ni barisan islam. lagi satu, saya harap saudara baca dan fahamilah apa yg dimaksudkan dengan mansukan yuran RM1 itu dan apa tujuannya. bukannya utk menghapuskan politik wang, wahai saudaraku, tapi lebih kepada mengurangkan karenah birokrasi. Kalau setakat isu RM1 yg saudara maksudkan utk mengelakkan politik wang, tak ada maknanya. Baca dan fahami dahulu maksudnya bak kata org MAKSUD YG TERSURAT DAN TERSIRAT. Saudara Barisan Islam, bukalah minda anda, dan jika anda ahli pekida, saya rasa pekida telah tersilap mengagambil anda sebagai ahli. Kalau begini lah bahasa yg kasar dan kurang beradab yg anda gunakan untuk meluahkan perasaan, maka cita-cita ahli tertinggi pekida untuk membentuk pekida baru akan terbantut. Renungkanlah dan hidup biarlah dengan kesederhanaan, kan itu tuntutan dalam ISLAM, wahai saudara barisan islam."
Maafkan saya wahai saudara gua... mungkin ini salah saya kerana menggunakan bahasa kasar utk saya mempersembahkan sesuatu testimo.. maafkan saya sekali lagi.. saya masih kerdil; dan kecil lagi dlm pertumbuhan memahami apakah konsep sebenar PEKIDA itu sendiri.. sbb itu saya masih belum layak menyertainya.. saya akan gugurkan sendiri keahlian saya... MAAFKAN SAYA..
tetapi saya akan tegaskan skali lagi.. yg umno tak pernah betul.. bukan nak kutuk tetapi inilah kenyataan.. sebabnya umno sendiri menolak hukum Allah.. itu yg membuatkan saya frust terhadap UMNO... saya terpengaruh dgn kata² Tuan Guru Nik Abd Azizi... yg menyatakan bahawa sekiranya UMNO itu sendiri melakukan apa yg Allah sruh seperti Hukuman Hudud.. PAS di bubarkan.. itukan berita baik utk semua bangsa melayu yg beragama islam?.. kenapa tak nak buat apa yg Allah sruh buat.. ini saya rasa bukan atas kehendak PAS itu sendiri... tetapi ini kehendak Tuan punya Bumi ini sendiri.. iaitu Allah.. ini Bumi Allah.. maka Allah dah tetapkan undang² nya... cam mana nak duduk kat bumi ini dgn aman...
sekian sahaja... maafkan saya sekiranya ini dapat menyakit atau terasa kan hati saudara.. seperti yg saudara katakan... saya nie masih mentah... maafkan saya...
saya bersetuju sangat dengan pendapat Barisan Islam.... apa yg dikatakan itu betul... saya ingin memberi sedikit kiasan... sekiranya kita dtg rumah org... atau kita pinjam brg org atau adakah kita boleh menetapkan undang² dan arahan sendiri?..
renugkan lah..
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
quote: Originally posted by: ungkuomar "Harap tak jadi debat politik di sini/// PEKIDA bukan parti politik... ingat tu!!!"
as'kum.. saya bukan nak menyebelahi sesiapa.. saya hanya menebelahi Quran Dan As-Sunnah.. walaupon Pekida ini bukan badan kerajaan atau politik.. tetapi boleh kan kiter berjuang Islamiyyah melalui politik.. sbb negara kita nie tak cukup syarat nak buat negara islam.. yg depa isytihar tu.. saya rasa itu hanya mereka² sendiri.. bukan dari Nas Al-Quran yg nyata lagi benar... saya akan akui sendiri yg Malaysia nie sebuah negra islam sekiranya kerajaan meletak kan dasar Islam itu sendiri di bawah perlembagaan negara... :)
maafkan saya yg jahil lagi mentah dlm pertubuhan politik ini :)
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
Rujuklah (kembalilah) kepada pengatur (Rob) mu dengan redo lagi diredoi.
Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku.
Masuklah ke dalam syurgaku.
Kini Islam dalam keadaan panas, tertekan, tertindas – itulah gambaran neraka.
Tugas kita membentuk kesejahteraan Islam. Melepaskan diri dari belenggu itu. Itulah gambaran syurga di dunia ini.
Untuk membentuk syurga itu harus secara jemaah. Inilah yang sedang saya sarankan, agar dimulakan langkah membentuk jemaah kekhalifahan Islam sedunia yang mantap dan direstui allah.
Mereka yang inginkan keamanan dan kesejahteraan itu nanti harus mengikut ajakan dan bersama-sama dalam jemaah yang dibentuk.
Untuk turutserta dalam jemaah (nahniah) itu harus melupakan kepentingan individu (ananiah) dan sentiasa berada dalam keadaan jiwa yang tenang dan sentiasa redo.
Harus sanggup dengan redo merujuk (IRJI’E) dan mengikut aturan dan kaedah yang telah allah tetapkan. Pemimpin lain pula harus sanggup di atur dengan aturan yang sama oleh atasannya peringkat demi peringkat.
Barulah semuanya diredoi allah dan mendapat kejayaan hakiki dan berkekalan turun temurun.
Apabila semua ahli jemaah telah ikhlas, redo dan di redoi oleh pemimpin, sama sama mengabdi dan menyumbang, maka akan berjaya lah jemaah ini membentuk suasana aman dan syurga.
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"
saya nih bukan ahli umno mahupun pas....pas pun saya pangkah umno pun pangkah.....dulu saya pun hardcore pas...tapi sejak dua tiga menjak nih saya rasa.....mcm ada benda yg tak kena dgn pas jugak so saya.....rasa pepatah nih tepat...jgn marah kuali kata belanga hitam
politik tu kotor dan semua ahli politik tu kotor....Islam itu suci...jgn samakan Islam dgn pertubuhan politik....
__________________
There Can Be Triumph Without Loss, No Victory Without Suffering, No Freedom Without Sacrifice
quote: Originally posted by: Sufian "Surah 89 ayat 27-30 : Hai jiwa yang tenang. Rujuklah (kembalilah) kepada pengatur (Rob) mu dengan redo lagi diredoi. Masuklah ke dalam jemaah hamba-hambaku. Masuklah ke dalam syurgaku. Kini Islam dalam keadaan panas, tertekan, tertindas – itulah gambaran neraka. Tugas kita membentuk kesejahteraan Islam. Melepaskan diri dari belenggu itu. Itulah gambaran syurga di dunia ini. Untuk membentuk syurga itu harus secara jemaah. Inilah yang sedang saya sarankan, agar dimulakan langkah membentuk jemaah kekhalifahan Islam sedunia yang mantap dan direstui allah. Mereka yang inginkan keamanan dan kesejahteraan itu nanti harus mengikut ajakan dan bersama-sama dalam jemaah yang dibentuk. Untuk turutserta dalam jemaah (nahniah) itu harus melupakan kepentingan individu (ananiah) dan sentiasa berada dalam keadaan jiwa yang tenang dan sentiasa redo. Harus sanggup dengan redo merujuk (IRJI’E) dan mengikut aturan dan kaedah yang telah allah tetapkan. Pemimpin lain pula harus sanggup di atur dengan aturan yang sama oleh atasannya peringkat demi peringkat. Barulah semuanya diredoi allah dan mendapat kejayaan hakiki dan berkekalan turun temurun. Apabila semua ahli jemaah telah ikhlas, redo dan di redoi oleh pemimpin, sama sama mengabdi dan menyumbang, maka akan berjaya lah jemaah ini membentuk suasana aman dan syurga."
JELAS DAN TERANG MAKSUD NYA... TAHNIAH...!!!
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***