Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Ahli Parlimen minta penjara peniaga tipu logo hala


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:
Ahli Parlimen minta penjara peniaga tipu logo hala


Ahli Parlimen minta penjara peniaga tipu logo halal
Laporan Veena Rusli dan Jami'ah Shukri

KUALA LUMPUR: Ahli Dewan Rakyat semalam, termasuk pembangkang dan yang bukan beragama Islam, sepakat meminta kerajaan bertindak tegas dengan memperuntukkan hukuman penjara dan sebat, terhadap pengusaha dan peniaga yang menipu dalam penggunaan logo halal.





Sambil menyifatkan golongan itu sebagai pengkhianat, mereka berpendapat soal halal haram adalah perkara serius yang tidak sewajarnya dipersenda serta dipandang remeh oleh mana-mana pihak.

Datuk Badruddin Amiruldin (BN-Jerai) berkata, umat Islam tidak boleh bertolak-ansur atau berdiam diri terhadap pihak yang cuba memperalatkan agama Islam dan menjadikannya landasan mengaut keuntungan.

“Kerajaan perlu tegas bertindak dan kita harap badan bukan kerajaan (NGO) serta individu turut memberi kerjasama. Saya cadangkan kedai menjual makanan tidak halal mempamerkan tanda ‘tidak halal’ besar-besar supaya orang Islam tidak salah faham.

“Bagi yang mempermainkan logo halal, kita minta kerajaan tutup terus premisnya kerana denda saja tidak mencukupi,” katanya ketika membahaskan usul mengenai isu sosej dicemari usus babi menggunakan logo halal dan dijual kepada umat Islam membahaskan usul berkenaan di Dewan Rakyat, semalam.

Persidangan Dewan Rakyat ditangguh selama sejam pada 4 petang semalam bagi membahas usul Salahudin Ayub (Pas-Kubang Kerian) itu.

Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Ramli Ngah Talib ketika membenarkan usul itu berkata, ia memenuhi ketiga-tiga kriteria yang diperuntukkan dalam Perkara 18(1) Aturan Mesyuarat Dewan Rakyat iaitu perkara tertentu, perkara yang perlu disegerakan dan berkepentingan orang ramai.

Salahudin ketika membentangkan usul itu antara lain berkata, pengusaha produk makanan di negara ini sepatutnya sensitif terhadap keperluan masyarakat beragama Islam dan memahami larangan agama sesuatu kaum.

“Fokus kita dalam isu halal dan haram ini bukan setakat kepada makanan tetapi juga produk lain seperti pakaian serta barang kegunaan harian lain. Kerajaan perlu bertindak tegas ke atas golongan tidak bertanggungjawab ini bagi memastikan kepentingan umat Islam terpelihara sepenuhnya,” katanya.

Datuk Mohamad Aziz (BN-Sri Gading) pula menyarankan mereka yang menyalahgunakan logo halal dikenakan hukuman sebat.

Beliau berkata, pesalah terbabit wajar dikenakan hukuman sebat tanpa mengira kedudukan bagi memastikan perkara itu tidak diambil mudah oleh sesiapa saja.

Sementara itu, Datuk Liow Tiong Lai (BN-Bentong) yang diberi laluan mencelah ketika Badruddin berucap, mendapat tepukan apabila menyatakan pendiriannya berhubung isu penyalahgunaan logo halal.

“Saya bukan seorang Muslim tetapi saya mengutuk sekeras-kerasnya perbuatan itu kerana soal mempermainkan halal haram memang kita tidak boleh maafkan.

“Dalam hal ini, kita bukan mahukan sekadar tindakan tegas tetapi kerajaan perlu menggubal akta khusus memperuntukkan hukuman drastik dan penalti lebih berat kepada mereka yang hanya mahu mengaut keuntungan,” katanya.

Ketika Badruddin memuji kenyataan Liow yang dilihat mempertahankan maruah umat Islam dan mengatakan ia adalah lambang keunikan konsep Ahli Parlimen BN yang menerima hakikat Malaysia sebagai negara Islam, Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk S Veerasingam, meminta laluan dan berkata:

“Kami dalam MIC pun turut sokong usul ini dan memahami isu halal haram.”

Datuk Suhaili Abdul Rahman (BN-Labuan) pula meminta media massa menyiarkan jenama sosej yang dikatakan dicampur dengan usus babi supaya pengguna khususnya yang beragama Islam, tidak tertanya-tanya atau was-was dengan produk di pasaran.

“Kita ada televisyen dan akhbar, jadi pihak berkenaan mesti umumkan segera jenama sosej yang disahkan dicampur usus babi itu sebab kalau dah termakan, susah kita nak samak.

“Saya sokong cadangan supaya mereka itu disebat, malah kalau boleh digantung,” katanya.

Ismail Noh (Pas-Pasir Mas) mahu syarikat yang dikenal pasti menyalah guna logo halal dipulaukan sehingga mereka mendapat pengajaran sewajarnya, manakala Idris Haron (BN-Tangga Batu) meminta lebih banyak NGO bersikap proaktif seperti Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) yang membongkar isu sosej menggunakan usus babi baru-baru ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Mohd Shafie Apdal, ketika menggulung perbahasan berkata, pihaknya akan menyenarai hitam pemilik hingga ke peringkat ahli lembaga pengarah syarikat yang didapati menipu pengguna dalam soal halal haram.

“Kita boleh lakukan berdasarkan peruntukan Akta Pendaftaran Syarikat dan perbuatan mereka itu tidak harus diampunkan kerana ia cukup keji.

“Untuk melaksanakannya, kita tidak harus ada rasa simpati. Saya sendiri pernah dimarahi oleh rakyat kawasan sendiri ketika bertindak dalam isu penyeludupan diesel tetapi saya tetap akan berpegang kepada amanah yang sudah diberikan,” katanya.

__________________
PenangKia©


Ahli Baru

Status: Offline
Posts: 1
Date:

betul tu.......///


jangan penjara jer..............///


kalau boleh sebat jer diorang nih...........................


geram betul rasenyer.....sebab mereka nilah kiter rasa keliru dengan apa yang kita makan sekarang nih..............


semoga mereka ini dapat pembalasan di dunia dan di akhirat dengan seadil-adilnya........


hanya ALLAH S.W.T sahaja yang lebih mengetahi ..................


TAKBIR..................///


 


 



__________________


Veteran

Status: Offline
Posts: 32
Date:

saya setuju tu..bab halal haram nie bukan boleh dibuat remeh...///

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

................
lagi berat lagi bagus. ni kira kes mempermainkan hukum halal haram. dah ramai org2 islam terkena dek perbuatan mereka ni. black list sajer tak cukup. kasi freeze semua aset dan wang dia orang ni. biar dia org ni tak boleh gerak, tak lerh cari makan. klu nak keje gak.. ha kasi dia org keje kat rumah wel fare, kat penjara, rumah kebajikan ker, sbg hukuman atas kesalahan yg dilakukan. ada gaji sikit, ciput , cukupler utk makanan dan pakaian dia org.

__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:



__________________
...


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

ha.......


apa lagi. ambik ler kesempatan. ini peluang pada pembekal2 makanan / product halal org melayu untuk tampil ke depan. bukanker setiap kejadian tu ada hikmatnyer.


pasti kerajaan tak kan tolak kalau penianga melayu menyumbang sama. tapi jgn ali baba sudahler.




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 198
Date:

mmm...hukuman dunia kene,hukuman tuhan confirm lagi tak dapat lari.


bia padan ngan muke.


Morale of the story is...TO ALL MUSLIMS, PLEASE BEWARE ALL ABOUT OUR LIVING STUFF,NOT INCLUDE FOODS ONLY.OUR ATITTUDE, OUR PRIDE OF ISLAM AND OUR RACES MELAYU.


-amar makruf nahi mungkar-




__________________
***amar makruf nahyil munkar***


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

quote:

Originally posted by: ices

"................ lagi berat lagi bagus. ni kira kes mempermainkan hukum halal haram. dah ramai org2 islam terkena dek perbuatan mereka ni. black list sajer tak cukup. kasi freeze semua aset dan wang dia orang ni. biar dia org ni tak boleh gerak, tak lerh cari makan. klu nak keje gak.. ha kasi dia org keje kat rumah wel fare, kat penjara, rumah kebajikan ker, sbg hukuman atas kesalahan yg dilakukan. ada gaji sikit, ciput , cukupler utk makanan dan pakaian dia org."

Kalau ikut saya bro ices,depa ni semua patut di pancung saja......korang ajar betuiii.....

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:

quote:

Originally posted by: flash

"ha....... apa lagi. ambik ler kesempatan. ini peluang pada pembekal2 makanan / product halal org melayu untuk tampil ke depan. bukanker setiap kejadian tu ada hikmatnyer. pasti kerajaan tak kan tolak kalau penianga melayu menyumbang sama. tapi jgn ali baba sudahler. "


 


yaaa.....jgn lepaskan peluang....setiap kejadian ade hikmah....so ape lagi.......amik la kesempatan nie........kalau "cha ya nun alif"derang dah amik peluang nie dahhh....



__________________
A d i b T o s h i o™


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

cukup ke dengan penjara ni??? kalo dengan hukuman penjara dah cukup, dah tentu penjenayah yang pernah masuk penjara xkan berani buat salah bila dah keluar...

__________________
Latok ///


Veteran

Status: Offline
Posts: 98
Date:

sbb  undang2 itu terlampau bagi muka,longgar,tak telus,dapat bribemoney,penguasaan dan pemantauan PBT ke kawasan tk perfect(nk tunggu ada kes baru nk serbu),tk ada tindakan susulan yg terlalu tegas buat JP nih(Jenayah Perdagangan),dan mcm 2 lagik,kerana itulah semakin banyak perkara2 'tak diingini' berlaku...sbb itu bkt aman skarang pun dh ada tubuh satu Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan--khas utk spesific ke arah itu...

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 492
Date:

memang patut



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 393
Date:



__________________
PEJUANGKAN APE YANG PERLU DIPERJUANGKAN...///


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

betul penjara rotan apa yang ada kasi tarokk buat pengajaran supaya yang lain tak mengikut

__________________
alllang


Guru

Status: Offline
Posts: 505
Date:

tutup terus dia org punya bisnes...........................lagi baik




__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard