Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 50 NGO sepakat tidak mahu undang-undang awasi akhl


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:
50 NGO sepakat tidak mahu undang-undang awasi akhl


A'kum,saya terbaca satu laporan berita dalam Utusan Malaysia bertarikh 23 MAC 2005 muka surat 16 bertajuk :


50 NGO sepakat tidak mahu undang-undang awasi akhlak


Dalam laporan tersebut satu kenyataan telah di buat oleh Masjsliza Hamzah pengurus Program  SIS bahawa masyarakat berada dalam ketakutan dan bersifat hipokrit kerana pengawalan akhlah oleh undang2 agama dan pihak berkuasa.


Beliau menjelaskan"berdasarkan kepelbagaian agama dan bangsa di negara ini, apa saja tindakan mengawal nurani,kepercayaan dan kehidupan peribadi seseorang bukan saja membawa implikasi yang serius terhadap masyarakat tetapi terhadap hubungan di antara pelbagai kaum.


Beliau juga menambah,cara seseorang itu berpakaian serta bagaimana,di mana dan dengan siapa mereka memilih untuk bergaul adalah pekara peribadi dan pilihan persendirian.


Beliau juga meminta supaya kerajaan membubarkan semua peruntukan dlm undang-undang agama dan perbandaran atau pihak berkuasa tempatan yang menghalang rakyat daripada mengecapi hak-hak asasi peribadi serta hak untuk bersuara.


Manakala Datin Paduka Marina Mahadthir pulak dalam masa yang sama telah berkata bahawa generasi muda sekarang menerima satu bentuk ancaman baru apabila mereka melakukan kesalahan melibatkan akhlak,mereka akan terus di tahan oleh pihak berkuasa.


Beliau menambah"Bagaimana kita menyatakan tindakan pemuda-pemudi berkenaan menyalahi tuntutan agama sedangkan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah satu bentuk pencerobohan hak asasi manusia.


Wahai saudara2 ku sekelian, renungkanlah. . . . . . .



-- Edited by mafizal at 01:36, 2005-03-24

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 426
Date:
???


nak renung cam na lagi bro mafizal oooi??? tengok saja laaa...


apa boleh buat, suara kita kecikkkk... kelloi pun tak dengaq... thehehe...


apa-apa pun, pandang-pandang, fikir-fikir...


 



__________________
:.KaR3n.: "aku BERANI kerana BENAR, lalu aku tidak GENTAR. aku bukan JEBAT, dan aku bukanlah juga TUAH. tetapi, aku adalah hamba doif yang bergelar KHALIFAH di muka bumi ALLAH"


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:
RE: 50 NGO sepakat tidak mahu undang-undang awasi akhl


Harap kerajaan mengambil serius dlm hal ini... ini juga soal merampas hak utk berkerajaan dan berpolitik dari pihak NGO.. ntah˛ mereka meminta nak buat kerajaan sendiri plak.... berperang kite.. kang...



__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Senior

Status: Offline
Posts: 254
Date:


 



__________________
A d i b T o s h i o™


Mahaguru

Status: Offline
Posts: 1097
Date:

HuRmMMmMMM.../// kalau lah macam ni sampai bila2 pon kita tak boleh nak bangunkan negara islam...///

__________________
[ I|I BERSATU I|I AMAN I|I SEJAGAT I|I ]


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:


quote:





Originally posted by: mafizal
satu kenyataan telah di buat oleh Masjsliza Hamzah pengurus Program  SIS bahawa masyarakat berada dalam ketakutan dan bersifat hipokrit kerana pengawalan akhlah oleh undang2 agama dan pihak berkuasa. Beliau menjelaskan"berdasarkan kepelbagaian agama dan bangsa di negara ini, apa saja tindakan mengawal nurani,kepercayaan dan kehidupan peribadi seseorang bukan saja membawa implikasi yang serius terhadap masyarakat tetapi terhadap hubungan di antara pelbagai kaum. Beliau juga menambah,cara seseorang itu berpakaian serta bagaimana,di mana dan dengan siapa mereka memilih untuk bergaul adalah pekara peribadi dan pilihan persendirian.


Kata-kata dia ni boleh menyebabkan beliau lari dari akidah, tak blaja agama ker? atau saja tak mo faham... atau dia nak menggalakkan lagi persundalan yang semakin berleluasa di negara kita ni?


Manakala Datin Paduka Marina Mahadthir pulak dalam masa yang sama telah berkata bahawa generasi muda sekarang menerima satu bentuk ancaman baru apabila mereka melakukan kesalahan melibatkan akhlak,mereka akan terus di tahan oleh pihak berkuasa. Beliau menambah"Bagaimana kita menyatakan tindakan pemuda-pemudi berkenaan menyalahi tuntutan agama sedangkan apa yang dilakukan oleh pihak berkuasa adalah satu bentuk pencerobohan hak asasi manusia.


Yang ni plak tak tau nak kata apa dah, oang kuat Sister in Islam ni... herm... anak sapa ler ni? sian kat mak bapak dia///


 


WALLAHUAKLAM/// 






__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

sebab tu kita yang berada dalam saf perjuangan ni sentiasa PEKA dengan segala kemungkinan yang akan berlaku... suasana semakin hari semakin xtentu hala la ni... ingat tu bro2 sekalian, PEKA tapi bukan PEKAK tau...

__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

Campfire Burning

__________________
...


Veteran

Status: Offline
Posts: 98
Date:

dunia skarang dah lain..dulu2 anak2 buat jahat kat skolah,cikgu ambil tindakan cth rotan ker apa ker,balik rumah ,mak bapak tambah lagik dgn rotan(teringat zaman2 skolah2 dulu),tapi skarang dah terbalik,mak bapak balik rotan cikgu....begitu jugak dgn undang2 civil dan syariah..dah pandai ada org nak memperlekehkan..


naudzubillah.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 256
Date:
RE: 50 NGO sepakat tidak mahu undang-undang awasi


TU LA AKU CAKAP.... PANDAI SANGAT PUN SUSAH.......

ADA JA PUTAQ BELIT DEPA.....

BUKAN APA....SAJA NAK KASI LEPAIH KEPENTINGAN DEPA SENDIRI.....

PALA OTAK.....

__________________
http://www.firstmilk.com


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:
RE: 50 NGO sepakat tidak mahu undang-undang awasi akhl


hamba cadangkan organisasi tuan hamba semua/// bersuara lebih lantang..inilah gunanya pekidakan...cuba usahakan..cari sokongan dari masyarakat...ini msa berdakwah secara serius.kita bersama menuju kejalan ALLAH!Dynamite Bomb



__________________
...


Veteran

Status: Offline
Posts: 98
Date:

correct tuh saudara natural...yg itu kena mintak pandangan abang2 lama lah..tp pd pandangan saya,jika tiada pekida pon,saya rasa kita ada banyak lg saluran2 'kuat' cth Jabatan Agama dsb yg buleh menggunakan channel mereka dahulu,disamping side back up dr NGO yg lain..

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

quote:

Originally posted by: karambit

"correct tuh saudara natural...yg itu kena mintak pandangan abang2 lama lah..tp pd pandangan saya,jika tiada pekida pon,saya rasa kita ada banyak lg saluran2 'kuat' cth Jabatan Agama dsb yg buleh menggunakan channel mereka dahulu,disamping side back up dr NGO yg lain.."

so siapa yang boleh ketengahkan ni....jangan diam diri je..sesiapa yang ada cara untuk menguatkan jemaah ni...?

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 448
Date:


quote:


Originally posted by: karambit
"correct tuh saudara natural...yg itu kena mintak pandangan abang2 lama lah..tp pd pandangan saya,jika tiada pekida pon,saya rasa kita ada banyak lg saluran2 'kuat' cth Jabatan Agama dsb yg buleh menggunakan channel mereka dahulu,disamping side back up dr NGO yg lain.."


Haii.... kelakornyer... JAWI pun sampai kena tarik balik saman, nak guna saluran Jabatan Agama ape kebendanya?



__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:



__________________
...


Veteran

Status: Offline
Posts: 98
Date:

pak ungkuomar,


itu yg sedihnya 'iklim' di malaysia...sedangkan sahibulsamah org yg saya plg hormati Dato Seri Dr Harunsani,iaitu mufti Perak sendiri bagi kenyataan pon(psl sure heboh,ratucantik etc..)mewakili Mufti Semalaysia pon diambil sambil lewa...sedihnyaaa.....


ntahlah pak ungku..berdoa aje yg mampu..tp berusaha itu pon tuhan suka..



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

Kumpulan ini mahu menunjukkan yang mereka mewakili suara rakyat Malaysia. Kerana itu mereka mendakwa mewakili 280 NGO dan individu. Dengan dokongan itu mereka mahu mendesak pihak kerajaan dan parlimen agar akur dengan tuntutan mereka. Sedangkan sebenarnya terdapat beribu NGO dan beratus ribu malahan jutaan individu lain yang saya yakin tidak dapat menerima tuntutan melampau mereka itu.

Apakah pendirian mereka? Mereka menganggap sebarang undang-undang atau peraturan yang diperkenalkan untuk memelihara moral rakyat sesungguhnya menghakis kebebasan individu.

Bagi mereka apa sahaja jenis pakaian yang ingin diperagakan dikhalayak ramai, itu adalah hak individu. Sekiranya remaja memilih untuk bersuka-ria di kelab-kelab malam samada meminum arak, menari berpeluk-pelukan atau apa sahaja jenis perlakuan ianya merupakan hak masing-masing dan mana-mana pihak juga tidak sepatutnya menyekat hak demikian.

Bagi mereka isu moral adalah isu peribadi bermakna segala yang berkenaan akhlak dan perlakuan seseorang itu terpulang kepada masing-masing individu tanpa mana-mana parti mempunyai kuasa untuk menyekat atau melarang.

Almarhum Prof. Zulkifli Muhammad pernah menulis sebuah artikel berkenaan akhlak yang antara lain berbunyi:

Soal mempunyai dan menjaga kehormatan diri dan nilai hidup manusia adalah soal utama dalam akhlak. Manusia yang tiada menghargai dirinya sendiri sudah barang tentu longgar dalam kelakuan akhlaknya dan tidada dapat pun menggambarkan kehormatan masyarakat yang mana adalah pokok pancaran akhlaknya. Hanya dengan kehormatan dirilah manusia bertegap dan berkuat pada pendiriannya dan hak-hak hidupnya dan dengan itu pula ia menghormati pendirian orang lain dan hak-hak hidup mereka.

Ini membuktikan betapa kehormatan diri dan nilai hidup itu penting dipelihara dan dipertahankan dalam usaha mewujudkan masyarakat yang berakhlak. Apabila atas nama hak asasi kita turut memberikan kebebasan sepenuhnya kepada manusia untuk mengikut nafsunya tanpa kawalan akhlak bermakna kita bakal membentuk masyarakat yang porak peranda tanpa nilai dan harga diri.

Lebih tepat lagi Dr Harlina Halizah Siraj di dalam artikelnya yang disiarkan dalam BERITA HARIAN hari ini menulis:

Selagi seseorang itu menjalankan tugas dan tanggungjawabnya sebagai manusia yang diciptakan Allah sebagai hamba dan khalifah, dia berhak dihormati dan tidak ditindas lantaran warna kulit, rupa paras, dan adat bahasa. Seorang manusia yang melakukan kesilapan dan kemungkaran, tidak kira besarnya, mempunyai hak untuk diperbetulkan. Ia mesti dilaksanakan oleh rakan manusia lain di sekitarnya.

Menjadi tanggungjawab kita yang menyaksikan kemungkaran dan kemaksiatan di depan mata untuk berusaha menghalang dan memperbetulkannya. Hanya dengan usaha itu, barulah kita berhak mendapat gelaran KAHIRUL UMMAH atau ummah terbaik. Ia seperti dijanjikan Allah dalam firman-Nya bermaksud:

Kamu adalah umat terbaik yang dilahirkan untuk manusia, menyuruh kepada yang makruf dan mencegah daripada kemungkaran dan beriman kepada Allah.

(Surah al-Baqarah, ayat 110)

Kesimpulannya kumpulan pendesak yang kecil ini perlu akur bahawa ISLAM menuntut pembentukan sebuah masyarakat yang berakhlak. Masyarakat ini akan terbentuk apabila kerja-kerja menyuruh kepada kebaikan dan mencegah dari tercetusnya kemungkaran sentiasa diberi perhatian.

ISLAM menjamin hak asasi dan kebebasan manusia. Namun ISLAM tidak pernah sekali-kali mengizinkan penyalahgunaan kebebasan hak asasi tadi dengan memberikan lessen kepada perlakuan maksiat dan kerja-kerja mungkar. Terbentuknya satu masyarakat yang berakhlak dan saling hormat-menghormati itu sesungguhnya adalah merupakan satu hak yang dijamin dan dipertahankan oleh ISLAM.


__________________
wann


Guru

Status: Offline
Posts: 836
Date:

hmmmmmmmm


kebanyakan NGO yg menolak cadangan tu, terdiri drpd NGO yg ahlinya kebanyakan bukan islam.  mereka jenis open minded ( terlalu sangat kot ) , sosial lebih. mungkin jika di sokong byk sponsor dia orang lari. ingat NGO ni bukan semuanyer badan bebas. jika ada sponsor dari puak kafir, mungkin mereka terikat dgn deal yg telah di meterai. ini bukan perkara baru. taktik ni dah lama di kesan, cuma sukar nak di dedahkan.




__________________
{O^O} aku menulis bukan kerna nama


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

quote:

Originally posted by: ungkuomar

""


Setakat kena tarik balik saman tak pa lagi bang....Ini tidak,sampai di tekan, di paksa...yang bercakap pulak tu semua top2 level yang mengaku memperjuangkan agama dan bangsa....


Depa nie semua sebenarnya adalah setan-setan yang nak bawak kita masuk dalam neraka bersama-sama mereka....



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

quote:

Originally posted by: ices

"hmmmmmmmm kebanyakan NGO yg menolak cadangan tu, terdiri drpd NGO yg ahlinya kebanyakan bukan islam.  mereka jenis open minded ( terlalu sangat kot ) , sosial lebih. mungkin jika di sokong byk sponsor dia orang lari. ingat NGO ni bukan semuanyer badan bebas. jika ada sponsor dari puak kafir, mungkin mereka terikat dgn deal yg telah di meterai. ini bukan perkara baru. taktik ni dah lama di kesan, cuma sukar nak di dedahkan. "

Tapi yang jadi tongkoi dok bagi kenyataan tu puak-puak yang mengaku depa beragama Islam.....Sapa dia Masjsliza Hamzah,Sapa dia Marina Mathir..........

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

ni jeslina punye pasalaaani

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

quote:

Originally posted by: ices

"hmmmmmmmm kebanyakan NGO yg menolak cadangan tu, terdiri drpd NGO yg ahlinya kebanyakan bukan islam. 

Kalau dah diterajui Sister in Islam nak kata apa lagi no...

__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 182
Date:

Akhbar THE SUN hari ini meletakkan di muka depan tajuk:

CAMPAIGN AGAINST MORAL POLICING

dengan gambar warna Ivy Josiah, Sivarasa(naib presiden Keadilan), Raja Aziz dan Marina Mahathir yang mewakili 280 NGO dan individu yang melancarkan kempen mendesak agar segala jenis undang-undang dan peraturan berhubung pengawalan ataupun pembenterasan kesalahan moral dibatalkan.

Menurut kumpulan ini isu moral sepatutnya ditangani diperingkat keluarga masing-masing dan sebarang usaha untuk memperuntukkan kawalan terhadapnya akan hanya memberikan implikasi negatif terhadap rakyat jelata.

Antara tuntutan pihak ini adalah supaya segala peraturan dan undang-undang samada berkenaan agama ataupun PBT yang menafikan hak individu dan hak bersuara rakyat perlulah dibatalkan.

Tuntutan ini dipercayai berpunca dari beberapa isu antaranya peraturan PBT yang melarang pasangan bercumbuan di taman-taman awam, garispanduan pakaian wanita yang ingin diperkenalkan MPKB serta kes serbuan JAWI di The Zouk baru-baru ini.

Soalnya adakah memelihara kesejahteraan ummah dengan mengawal dan melarang perlakuan yang tidak Islamik (saya tidak mahu gunakan istilah sumbang) dikhalayak ramai itu salah, bertentangan dengan Islam atau bagaimana? Benarkah isu moral semata-mata urusan keluarga masing-masing? Benarkah memelihara ummah dari gejala sosial yang dilarang Islam itu menggugat hak asasi umat Islam?

Pihak berkenaan harus sedar bahawa tidak ada keluarga di Malaysia ini yang tidak mahu anaknya dibesarkan dalam eviromen yang sihat dan baik. Tidak ada ibu ataupun bapa yang bersedia melihat di depan matanya, anaknya sendiri berpakaian tidak senonoh digomol pula oleh anak orang lain dari berlainan jantina dikhalayak ramai. Ibu ataupun bapa Muslim tidak akan membenarkan anak-anaknya berpelisiran di kelab-kelab malam yang hidangan minumannya termasuk arak, yang pakaian para pengunjungnya menjolok mata belaka kerana risiko terhadap kemuliaan dan nama baik keluarga masing-masing.

Memang atas nama liberalisma, keterbukaan dan lain-lain mungkin ada segelintir ibu-bapa Muslim yag tidak kisah. Barangkali Marina Mahathir sebagai seorang ibu tidak kisah, namun beliau tidak boleh mewakili umat Islam di Negara ini! Lihat sahaja dalam kes serbuan di Zouk, Jeslina Hashim mengatakan ibu-bapanya tidak marah dan tidak kisah pun beliau berpakaian demikian, adakah ibu-bapa beliau mewakili pandangan ibu-bapa Muslim sebenar sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam?

Nyatalah matlamat kumpulan ini sungguh longgar dan tidak boleh diterima oleh mana-mana Muslim yag berilmu khususnya dalam bab menegakkan yang makuf dan mencegah yang mungkar. Antara ahli palimen yang menyokong tuntutan kumpulan ini disamping ahli parlimen wanita DAP adalah Zaid Ibrahim, ahli parlimen Kota Bharu. Marina Mahathir dipetik sebagai berkata bahawa peraturan dan undang-undang yang sedia ada TIDAK MASUK AKAL.

Hairan, dalam bumi Islam Hadhari tuntutan untuk melonggarkan lagi akhlak umat Islam yang telah sedia longgar diberikan tempat dan ruang.


__________________
wann


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

semoga kita jauh dari kesesatan

__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

30

__________________
...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard