KAHERAH 22 Mac - Mufti Besar Mesir, Syeikh Ali Gomaa menegaskan adalah haram untuk wanita mengimamkan solat jemaah yang disertai oleh lelaki dan wanita.
Pejabat Ali mengumumkan pendiriannya dalam satu kenyataan semalam sebagai reaksi terhadap tindakan seorang profesor wanita di Amerika Syarikat (AS), Amina Wadud mengimamkan sembahyang Jumaat di New York pada Jumaat lepas, kata pegawai kepada Reuters.
Wanita tidak dibenarkan melaungkan azan, menyampaikan khutbah Jumaat atau mengimamkan solat Jumaat.
``Jumhur ulama bersependapat bahawa adalah haram untuk wanita mengimamkan kaum lelaki dalam solat jemaah lain,'' menurut pejabat mufti yang juga dikenali sebagai Dar Al-Ifta.
Solat yang diimamkan oleh Amina mendapat liputan muka depan dalam beberapa akhbar Mesir dengan sesetengahnya menyifatkan perbuatan beliau sebagai mencabar ajaran Islam.
``Mengenai jemaah lelaki dan wanita berdiri bersama-sama dalam satu saf, ini juga tidak dibenarkan dalam apa jua keadaan,'' jelas kenyataan itu lagi. - Reuters
NAK APA LAGI? YANG HARAM TETAP HARAM!!! ADA ORANG TETAP MEMBELA PERBUATAN AMINA NI! --- Sekadar renungan kita bersama, petikan dari Utusan Malaysia hari ini!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
Pandai2 je professor tuh ... dah laa jemaah perempuan campur jemmah lelaki ... mahzab mane laa dia ikut tuh ... ? memalukan dan memang patut mendapat kritikan.
Dunia akhir zaman ? --- memang betul laa ... tanda2 yg paling jelas.
quote: Originally posted by: civic " camne jemaah yg hadir leh ikut jeee....? die org tak tau ke....? ishishish......!"
Antara gambar yang saya tengok, jemaah perempuan yang sembahyang tak macam orang Islam perempuan sembahyang...Tudung pun tak pakai....campoq lelaki dgn pompuan....
quote: Originally posted by: ungkuomar _______________________________________________________________________________ NAK APA LAGI? YANG HARAM TETAP HARAM!!! ADA ORANG TETAP MEMBELA PERBUATAN AMINA NI! --- Sekadar renungan kita bersama, petikan dari Utusan Malaysia hari ini!"
Nak tanya sikit, ada ke org bela perbuatan amina ni ? sapa org nya tu.
Ini lah jadi nya ilmu agama tidak kukuh dan sekadar agama saja islam sekadar ikut ikut. Apa org buat ikutttt jer takda pendirian. Tidak YAKIN dgn Al -Quran yg allah turun kan utk perjalanan hidup kita ini. . .
Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan yang direjam Dengan nama Allah, Maha Pemurah Maha Penyayang
[2.174] Sesungguhnya orang-orang yang menyembunyikan (meminda atau mengubah) apa-apa keterangan Kitab Suci yang telah diturunkan oleh Allah, dan membeli dengannya keuntungan dunia yang sedikit faedahnya, mereka itu tidak mengisi dalam perut mereka selain dari api neraka, dan Allah tidak akan berkata-kata kepada mereka pada hari kiamat, dan Ia tidak membersihkan mereka (dari dosa), dan mereka pula akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya.
[2.175] Mereka itulah orang-orang yang membeli kesesatan dengan meninggalkan petunjuk (ugama Allah), dan (membeli) azab seksa neraka dengan meninggalkan keampunan Tuhan. Maka sungguh ajaib kesanggupan mereka menanggung seksa api neraka itu.
[2.176] (Segala balasan yang buruk) itu adalah dengan sebab Allah telah menurunkan Kitab dengan mengandungi kebenaran (tetapi mereka berselisih padanya); dan sesungguhnya orang-orang yang berselisihan mengenai (kebenaran) kitab, itu sebenarnya mereka adalah dalam keadaan berpecah-belah yang jauh (dari mendapat petunjuk hidayah Allah).
SodaqAllahul'Adzim
Wanita Jadi Imam - Astora Jabat tipu kenyataan MuftiMesir ?
Dalam Mingguan Malaysia 20 Mac 2005 Astora Jabat menulis bahawa Mufti Mesir berpendapat wanita boleh menjadi imam untuk lelaki, merujuk kes Dr Amina Wadud (salah seorang Pengasas Pertubuhan Sisters In Islam Malaysia yang memperjuangkan hak wanita yang amat berpengaruh di kalangan pergerakan wanita Islam di Malaysia)
Hari ini 24 Mac 2005 pula, Utusan Malaysia pula menyiarkan berita yang dipetik dari Reuters yang menyatakan Mufti Mesir menegaskan adalah haram untuk wanita mengimamkan solat jemaah yang disertai oleh lelaki dan wanita.
Ini jelas menunjukkan dua kenyataan yang bercanggah dari akhbar yang sama.
Sekiranya laporan Reuters tersebut adalah benar, maka sepatutnya kedutaan Mesir di Malaysia ini harus meminta Astora Jabat memohon maaf dan menarik semula kenyataan beliau.
Sekiranya Mufti Mesir telah mengeluarkan kenyataan, bila pula Majlis Fatwa Kebangsaan, Mufti-Mufti,JAKIM dan yang lain-lain akan mengeluarkan kenyataan mengenai isu ini ?
LAPORAN REUTERS - UTUSAN MALAYSIA 24 MAC KAHERAH 22 Mac - Mufti Besar Mesir, Syeikh Ali Gomaa menegaskan adalah haram untuk wanita mengimamkan solat jemaah yang disertai oleh lelaki dan wanita. Wanita tidak dibenarkan melaungkan azan, menyampaikan khutbah Jumaat atau mengimamkan solat Jumaat. ``Jumhur ulama bersependapat bahawa adalah haram untuk wanita mengimamkan kaum lelaki dalam solat jemaah lain,'' menurut pejabat mufti yang juga dikenali sebagai Dar Al-Ifta.
Solat yang diimamkan oleh Amina mendapat liputan muka depan dalam beberapa akhbar Mesir dengan sesetengahnya menyifatkan perbuatan beliau sebagai mencabar ajaran Islam. ``Mengenai jemaah lelaki dan wanita berdiri bersama-sama dalam satu saf, ini jugatidak dibenarkan dalam apa jua keadaan,'' jelas kenyataan itu lagi. - Reuters
TULISAN ASTORA JABAT - MINGGUAN MALAYSIA 20 MAC(Penipuan) Bagaimanapun, hanya Mufti Mesir Dr. Ali Gomaa agak berbeza dengan Dr. Tantawi dan Dr. al-Qaradawi kerana menganggap wanita boleh menjadi imam lelaki jika masyarakat menerima amalan seperti itu. Dr. Gomaa berkata, kerana ulama berbeza pandangan mengenai wanita menjadi imam sembayang kaum lelaki, maka harus bagi Amina Wadud menjadi imam sembahyang Jumaat yang turut dihadiri kaum lelaki pada 18 Mac lalu. Beliau berkata begitu dalam wawancara dengan televisyen Mesir.Selasa lalu. Beliau mengakui bahawa jumhur (majoriti)ulama menganggap wanita tidak boleh menjadi imam sembahyang lelaki, tetapi sesetengah ulama lain seperti Imam at-Tabari dan Imam Ibn Arabi menganggap wanita boleh menjadi imam sembahyang lelaki.
quote: Originally posted by: WanBos " Nak tanya sikit, ada ke org bela perbuatan amina ni ? sapa org nya tu.
Orang tu selalu kuar dalam surat khabar... n agak famous jugak ler... selalu kat paper hari Ahad/// cuba baca artikel dia tu minggu lepas... takpun dua minggu lepas. tak baper ingat ler/// sakit ati jer !!!
__________________
Innallah Ha Maassobirin - Sesungguhnya Allah bersama orang yang sabar.......
ya Allah....macamana la buleh semayang jemaah sebelahmenyebelah? apa butakah manusia itu?hukum apakah yg diikuti?berderau darah ini melihat ke'aneh'an yg berlaku sekarang...menitis airmata...
Teringat pula nasihat Abang Long Dr Mas dan ayah Malek Ranting yg mengajak kita berfikir dan belajar hakikat sebenar tentang solat...
Di masjidil haram lelaki perempuan solat sebelah menyebelah.... tawaf sebelah menyebelah... bahkan ada di kalangan orang sudan yg menyewa kaki lima hotel solat sambil bercakap... perempuan solat tak pakai baju punnnnn.... dengan tetek terlondehhhh.... puhhhhhhh... inilah umat akhir zaman...
__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214
"Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"
itu ler tuh...mcmana yer di masjidilharam begitu?mazhab di sana mungkin terpaksa ketepikan syafiedan lain2...alah,kalo kita tengok di tv (live ttg haji),pelbagai gaya dan watak ada waktu sembahyang...saya dengar yg alihkan anak sambil sembahyang pon ada..nak kata tahap jahil saya nih tidaklah,tp mungkin ada perkara di sana yg masih saya kurang ilmunya... tetapi dlm hal ini bukan mazhab yg sepatutnya diperkatakan krn pada saya setiap mazhab ada peraturan dan hukumnya sendiri yg berbeza2...dlm hal ini mungkin kita boleh menuding ke arah pemimpin msyrkat islam negara tersebut..