Assalamualaikum ... saya dpt info ni dari email yg diberikan oleh salah seorang rakan saya.
USAHA TERBARU PUAK.......
E-MAIL INI DIHANTAR OLEH SEORANG TEMAN YG BEKERJA DI KUALA LUMPUR ...
Semalam semasa melalui sebuah lorong di Jalan Tun Abd.Rahman.. saya didatangi seorang melayu yg memakai pakaian yg sungguh bersih... rambut yang tersisir rapi... membela sedikit janggut dan bertali leher. Dia memberi salam dan bertanya adakah saya sebuk ketika itu.. tetapi saya amat sebuk, jadi meminta izin utk berlalu dgn segera tetapi sebelum saya pergi dia memberi saya satu bungkusan yg dibalut envelop bersaiz A4..
sebelum itu dia berkata.. "teruskan jihad". saya tersenyum sambil berkata perlahan.. Allahuakbar. apabila saya sampai di pejabat, saya membuka bungkusan itu dgn perasaan seronok mungkin di dalam itu ada buku yg menyeru umat manusia untuk berjihad.. tetapi alangkah terkejutnya saya ia adalah sebuah kitab 'Bible' di dalam versi Arab dan CD DVD yg berkisar tentang kehidupan Nabi Isa..
Jadi saya menyeru kepada pihak orang ramai supaya berhati-hati apabila bertemu dengan mereka ini..lebih menyedihkan lagi mereka ini adalah orang melayu yang bertopengkan syaitan untuk terus menyesatkan umat Islam di negara kita... bangkitlah saudara-saudaraku sayangilah masyarakat kita dan anak cucu kita nanti, takkan kita hendak menunggu pihak kerajaan mengambil tindakan sedangkan sementara itu berapa ramai anak muda dan gadis-gadis melayu kita yg berjaya dimurtadkan.. teruskan usha dakwah kita untuk menyampaikan Islam.. kerana pihak Kristian ni tidak akan putus-putus.. untuk memurtadkan umat Islam.
ermmm ... maaf tok bendahara ... info ini forward drpd email. Tapi kat email tuh ade gamba cd dan bible arab tuh ... ermmm macam mane erk nak upload gambar dekat forum ni.
Thabarani dan Abu Nu'aim telah mengeluarkan sebuah Hadis marfuk yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ra. bahwa Nabi SAW telah bersabda :- Orang yang berpegang kepada sunnahku dalam zaman kerosakan ummatku akan mendapat pahala orang yang mati syahid.