Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: 45 laman web diceroboh


Senior

Status: Offline
Posts: 144
Date:
45 laman web diceroboh


Kenyataan daripada laman web Niser mengatakan, kebanyakan laman yang diceroboh meninggalkan kenyataan tidak puas hati terhadap kerajaan Malaysia atau menteri serta kementerian tertentu.

Sehubungan itu, Niser ingin memberi nasihat serta menyedarkan semua pemilik sistem untuk mengambil tindakan dengan membuat tampalan selain mempertingkatkan sekuriti sistem pelayan bagi mengelak kejadian seperti itu berulang.

“Kami tidak ingin melihat banyak lagi laman web kena ceroboh dan mereka terbabit dengan pentadbiran sistem harus menanganinya dengan tegas,” katanya.

Untuk memastikan sistem sentiasa selamat, beberapa langkah penjagaan disarankan, antaranya menggunakan teknologi tampalan dan kemas kini terkini diperkenalkan vendor perisian selain memperkemaskan sistem pelayan.

Di samping itu, semua aplikasi dan port yang tidak diperlukan hendaklah ditutup serta memuat turun satu daripada pengimbas penting dan menggunakan pemeriksaan sekuriti pada sistem.

Sekiranya menggunakan kemudahan tambahan pihak ketiga seperti ColdFusion, PerlIIS dan PHP, pengguna disarankan memeriksa laman web vendor ketiga untuk mendapatkan tampalan dan panduan konfigurasi.

Selain itu, pentadbir sistem dinasihatkan memeriksa sistem mereka sekiranya dipasang dengan program Trojan atau pintu belakang.

Rujukan mengenai sistem sekuriti itu boleh dibuat ke laman http://www.tripwiresecurity.com

MyCERT menasihatkan pentadbir sistem untuk menghubunginya segera jika mengesan pencerobohan pada laman web mereka atau sebarang percubaan menceroboh dan seterusnya menghantar satu salinan login gangguan (intrusion log) bagi analisis.



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 270
Date:

ni budak mabuk mana nih...isk..isk..isk...

__________________
"Action may not always bring happiness,but there is no happiness without action". -syedezree@pekida.org-


Veteran

Status: Offline
Posts: 90
Date:

Assalamualaikum...///


TROJAN sekarang ni kurang berkesan....cuba lah TOM HAWK.....mata helang lagi tajam..



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

 

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:



__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 221
Date:

Alhamdulillah... dengarnya ramai yang cuba nak hack web Pekida tapi nampak masih kebal lagi... dengan bantuan allah yg maha esa, maha gagah...

__________________
surah 26. Asy Syu'araa' 214 "Dan berilah peringatan kepada kerabat-kerabatmu yang terdekat"


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

quote:

Originally posted by: Sufian

"Alhamdulillah... dengarnya ramai yang cuba nak hack web Pekida tapi nampak masih kebal lagi... dengan bantuan allah yg maha esa, maha gagah..."

        Kita nak berjuang ke jalan-Nya mesti Allah yg Maha Esa akan membantu kita...

__________________


Guru

Status: Offline
Posts: 546
Date:

sekarang dah banyak hacker...asal dengki je hack... computer saya baru kene trojan nasib baik dah recovery disk balik... kalau tak.. sakit!!!~

__________________
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard