Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: C-Botak, C-Buta dengan C-Sopak


Senior

Status: Offline
Posts: 165
Date:
C-Botak, C-Buta dengan C-Sopak


Pada suatu hari Allah memerintahkan malaikat bertemu dengan tiga orang
Bani Israil. Ketiga-tiga mereka cacat; seorang botak, seorang sopak dan
seorang lagi buta.

Malaikat yang menyamar seperti manusia itu bertanya si-sopak "Jika
Allah hendak kurniakan sesuatu untuk kamu, apakah yang kamu mahu?" Si-sopak
menjawab, "Saya mahu kulit saya sembuh seperti biasa dan diberi
kekayaan yang banyak." Dengan takdir Allah, kulitnya kembali sembuh dan
dikurniakan rezeki yang banyak.

Kemudian malaikat bertanya si-botak soalan yang sama. Si-botak
menjawab, "Saya mahu kepala saya berambut semula supaya kelihatan kacak dan
diberikan harta yang banyak." Tiba-tiba, dengan kurnia Allah si-botak itu
kembali berambut dan diberikan harta yang banyak.

Selepas itu malaikat bertanya si-buta pertanyaan yang sama. Si-buta
menjawab, "Saya hendak mata saya dicelikkan semula dan diberikan harta
yang banyak." Dengan takdir Allah, mata si-buta menjadi celik dan
dikurniakan kekayaan yang melimpah.

Selang beberapa bulan, Allah memerintahkan semula malaikat untuk
berjumpa dengan ketiga-tiga orang cacat itu. Kali ini malaikat menyamar
sebagai peminta sedekah. Dia berjumpa dengan orang pertama yang dulunya
sopak dan meminta sedikit wang. 'Si-sopak' itu tidak menghulurkan sebarang
bantuan malah mengherdik malaikat. Malaikat berkata, "Saya rasa saya
kenal kamu. Dulu kamu sopak..dan miskin. Allah telah menolong kamu."
Si-sopak tidak mengaku. Dengan kuasa Allah, si-sopak yang sombong itu
bertukar menjadi sopak semula dan bertukar menjadi miskin.

Kemudian malaikat berjumpa dengan si-botak yang telah menjadi kaya dan
berambut lebat. Apabila malaikat meminta bantuan, si-botak juga enggan
membantu, malahan dia tidak mengaku bahawa dia dulu botak. Oleh sebab
sombong dan tidak sedar diri, Allah menjadikan kepalanya botak semula
dan bertukar menjadi miskin.

Malaikat berjumpa dengan orang buta yang telah diberikan penglihatan.
Apabila malaikat meminta bantuan, si-buta memberikan keseluruhan
hartanya dan berkata, "Ini semua harta pemberiaan Allah. Ambillah kesemuanya.
Mata saya yang kembali celik ini adalah lebih berharga daripada kesemua
harta ini." Malaikat tidak mengambil pemberian itu. Dia memberitahu
bahawa dia adalah malaikat yang pernah datang dulu. Kedatangannya kali ini
ialah untuk menguji siapa di antara mereka bertiga yang bersyukur.

Si-buta yang bersyukur itu terus dapat menikmati kekayaan dan
penglihatannya. Manakala si-sopak dan si-botak kekal dengan keadaannya yang
asal.






__________________
PenangKia©
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard