Jabatan Hal Ehwal Kajian, petua, dakwah dan bimbingan agama yang diketuai oleh Sheikhna wa Ustadzna al Syeikh ABDUL AZIZ BIN BAZ dalam risalahnya kepada jemaah haji telah memberi amaran tentang perkara-perkara yang membatalkan Islam dengan katanya:
Ketahuilah wahai saudara se Islam, bahawa ada beberapa perkara yang membatalkan Islam dan yang paling banyak berlaku ialah sepuluh perkara, maka jauhilah daripadanya. Perkara-perkara tersebut ialah:
1. Syirik (mempersekutukan) Allah s.w.t. dalam beribadat. Firman Allah s.w.t.: Maksudnya: "Sesungguhnya orang-orang yang syirik (mempersekutukan) Allah nescaya Allah akan mengharamkan syurga baginya, dan tempat tinggalnya kelak adalah neraka, dan tiada seorang penolong pun bagi orang-orang yang zalim." (Surah Al Maidah: Ayat 72)
Dan di antara perbuatan syirik itu ialah berdoa dan meminta pertolongan kepada orang-orang yang telah mati, begitu juga bernazar dan menyembelih qurban kerana mereka.
2. Menjadikan sesuatu sebagai perantaraan di antara dirinya dengan Allah s.w.t. dengan berdoa dan meminta syafa'at serta bertawakkal kepada perantaraan itu. Yang melakukan hal tersebut menurut Ijma' (sepakat) Ulama' adalah kafir.
3. Tidak mengkafirkan orang-orang musyrikin atau ragu akan kekafiran mereka, atau membenarkan faham (ideologi) mereka, dengan demikian dia telah kafir.
4. Barangsiapa yang beri'tiqad bahawa petunjuk yang lain daripada Nabi s.a.w. itu lebih sempurna atau hukum ciptaan orang lain daripada Nabi s.a.w. lebih baik seperti mereka mengutamakan hukum thoghut (orang yang melampaui batas Allah s.w.t.) lebih daripada hukum Rasulullah s.a.w. maka dia menjadi kafir, contohnya ialah:
i. Beri'tiqad bahawa peraturan-peraturan dan undang-undang yang dicipta oleh manusia lebih afdhal daripada syari'at Islam, atau nidzam Islam itu tidak sesuai dipraktikkan di abad ke 20 ini. Atau menganggap Islam menjadi sebab kemunduran kaum muslimin. Atau mengongkong Islam di sekitar hubungan manusia dengan Tuhannya sahaja tanpa dimasukkan dalam urusan kehidupan yang lain.
ii. Berpendapat bahawa melaksanakan hukum Allah s.w.t. dalam memotong tangan pencuri ataupun merejam orang yang berzina (yang telah kahwin) tidak sesuai lagi di zaman kini.
iii. Beri'tiqad dengan dibolehkan beramal dengan hukum-hukum yang lain daripada hukum Allah s.w.t. didalam mu'amalah syaritat, atau hukum hudud atau lainnya sekalipun tidak beri'tiqad bahawa hukum-hukum tersebut lebih baik daripada syari'at Islam. Kerana dengan demikiah dia telah menghalalkan apa yang telah diharamkan oleh Allah s.w.t. menurut Ijma' (sepakat) sedangkan sesiapa yang menghalalkan apa yang diketahui umum akan haramnya seperti zina, arak, riba' dan berhukum dengan yang lain daripada syari'at Allah s.w.t. maka dia menjadi kafir dengan Ijma' Muslimin.
5. Sesiapa yang benci akan sesuatu yang telah dibawa oleh Rasulullah s.a.w. walaupun orang itu beramal dengannya maka dia telah menjadi kafir, kerana firman Allah s.w.t.:
Maksudnya: "Demikian itu adalah kerana mereka itu benci terhadap apa yang diturunkan oleh Allah, maka Allah menghapuskan (pahala) segala amal mereka." (Surah Muhammad: Ayat 9)
6. Sesiapa yang mempersenda-sendakan terhadap sesuatu daripada ajaran Rasulullah s.a.w. atau terhadap pahala atau balasan siksaNya maka dia menjadi kafir, kerana Allah s.w.t. berfirman: Maksudnya: "Katakanlah (wahai Muhammad) adakah terhadap Allah dan ayat-ayat-Nya dan Rasul-Nya kamu mempersenda-sendakan? Tiada makna kamu meminta uzur (maaf) kerana kamu telah menjadi kafir setelah beriman." (Surah At Taubah: Ayat 65-66)
7. Sihir, di antaranya ilmu guna-guna yakni mengubah kecintaan seseorang suami terhadap isterinya sehingga menjadi benci. Begitu juga ilmu pengasih yakni menjadikan seseorang itu mencintai sesuatu yang tidak disenanginya dengan cara syaitan, maka sesiapa yang melakukannya atau redha dengannya maka dia menj
Sekiranya berpegang pada ayat Allah dan sunnah Rasulluh.. maka Semunya akan selamat... Sentiasa tambahkan iman di hati supaya tidak di khianati oleh syaitan yg sentiasa menanti peluang di cari
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri