> > Siapakah orang yang sibuk? > > Orang yang sibuk adalah orang yang tidak mengambil berat akan waktu > > solatnya seolah-olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi > > Sulaiman a.s
> > Siapakah orang yang manis senyumanya? > > Orang yang mempunyai senyuman yang manis adalah orang yang ditimpa > > musibah lalu dia kata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun." Lalu sambil > > berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini", sambil mengukir > > senyuman.
> > Siapakah orang yang kaya? > > Orang yang kaya adalah orang yang bersyukur dengan apa yang ada dan > > tidak lupa akan kenikmatan dunia yang sementara ini.
> > Siapakah orang yang miskin? > > Orang yang miskin adalah orang tidak puas dengan nikmat yang ada > > sentiasa menumpuk - numpukkan harta.
> > Siapakah orang yang rugi? > > Orang yang rugi adalah orang yang sudah sampai usia pertengahan namun > > masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan.
> > Siapakah orang yang paling cantik? > > Orang yang paling cantik adalah orang yang mempunyai akhlak yang baik.
> > Siapakah orang yang mempunyai rumah yang paling luas? Orang yang > > mempunyai rumah yang paling luas adalah orang yang mati membawa > > amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan di perluaskan saujana mata > > memandang.
> > Siapakah orang yang mempunyai rumah yang sempit lagi dihimpit? > > Orang yang mempunyai rumah yang sempit adalah orang yang mati tidak > > membawa amal-amal kebaikkan lalu kuburnya menghimpitnya.
> > Siapakah orang yang mempunyai akal? > > Orang yang mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak > > kerana telah mengunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa > > neraka.