Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: peringatan


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:
peringatan



ADAB DALAM PERBUALAN



  1. Sentiasa bercakap benar.
  2. Bercakap apabila perlu dan kerana sesuatu tujuan.
  3. Bercakap dengan sopan santun, selalu tersenyum dan dengan nada yang baik.
  4. Bercakap dengan ringkas atau tepat pada fakta.
  5. Percakapan yang jelas dan nyata.
  6. Kalau seseorang membawa kita kepada perbualan yang tidak baik, diamkanlah diri menunjukkan tidak berminat atau memberi salam dan keluar.
  7. Bila bercakap tentang Islam, bercakap dengan jelas dan bahasa yang mudah serta nada yang lembut.
  8. Selalu perhatikan tingkat pemikiran dan pandangan orang yang mendengar supaya mereka boleh memahami apa yang kita cakapkan.
  9. Kalau seseorang menanyakan sesuatu, jawablah dengan baik, iaitu setelah memikirkan jawapannya. Kalau soalan dikemukakan pada orang lain, jangan cuba menjawab tanpa izin.
  10. Jika seseorang menerangkan sesuatu, jangan menyatakan "saya mengetahuinya", dikhuatiri ini akan menyebabkannya kecil hati.
  11. Bila berkata dengan seseorang, pertimbangkan umurnya, status yang berkaitan dengan kita.
  12. Jangan terlalu cepat atau terlalu banyak bergurau kerana ini akan merendahkan kredibiliti kita.
  13. Jangan menyampuk atau mengganggu perbualan orang lain tanpa kebenaran.
  14. Jangan memasang telinga mencuri dengar perbualan orang lain dan jangan membongkar rahsia sendiri atau orang lain.
  15. Jangan mengumpat atau suka 'komplen' orang lain. Jangan mengetawakan kesilapan orang lain. Jangan bercakap besar serta jangan selalu bersumpah.

 


p/s: pandai2laa adaptasikan ini dengan chat.k



__________________
...


Senior

Status: Offline
Posts: 144
Date:

Yang nombor 15 ni yg selalu terjadi.....nak nak bab komplen2 nih.Bukan tak leh komplen,nak komplen pun biar kene tempat dan jgn sampai bermasam muka dan berkecil hati.

p/s:bercakap sensorang tak semestinya gila

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

rasa2 ramai yang mempunyai kebolehan seperti ini... termasuk saya jugak ni... thanx bro untuk ingatan....

__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 151
Date:

insyallah apa yg diperkatakan oleh saudara netral.. akab saya amalkan dalam kehidupan seharian..

__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri


Veteran

Status: Offline
Posts: 74
Date:

 


Semoga apa yang ditulis oleh En.Natural menjadi pedoman kepada semua....


Tapi......pada saya yang lemah ni....yang nombor..


5.  Zaman sekarang ni...kita cakap kadang-kadang kena berlapik jugak...sebab kita ni sape je...jadi bila bercakap dengan orang besar kena berlapik kalau sebab kadang-kadang dengan orang besar ni kalau kita cakap benda betul pun kita kena cepuk.


6.  Kalau saya la kan....bila orang ajak cakap benda tak baik...saya betahkan aje cakap dia, nak-nak bila bercakap dalam satu kumpulan....kalau saya blah nanti member lain pulak kena kencing...sebab iman yang second kuat ialah mencegah dengan lidah.


*** Sekarang ni orang "besar-besar" tak boleh di tegur...


 



__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:

alhamdulillah...kita sama2 mengingati dan amalkan k.

__________________
...


Guru

Status: Offline
Posts: 890
Date:

tepuk dada, tanya diri sendiri.


sedar akan kelemahan diri sendiri................///




__________________
f l a s h 'd' d a y z


Senior

Status: Offline
Posts: 234
Date:



__________________
...
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard