Dari manuscript lama yang tercatat di atas kulit kambing yang dijumpai berkurun masihi di sebuah negara "middle east"orang yang menulis tidak dapat dikesan. Ini adalah sesuatu yang harus direnung dan difikirkan bersama bukan setakat baca danlupakan, harap kita semua dapat mengelakkan diri kita terjatuh dalam golonggan seperti dalam manusript dibawah. Amin
Seorang nasrani berkata, " saya amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa nasrani. Ini kerana saya lebih mulia dari bangsa Majusi.
Seorang majusi pula berkata, "saya juga berasa amat bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan dalam bangsa Majusi. Ini kerana saya lebih mulia dari orang kafir
* Cuba kita meneliti dua perbualan diatas,kita dapati, kedua-dua kafir tidak mengaku mereka kafir dan mereka saling bandingkan dengan orang kafir... cuba kita lihat pula apa orang kafir kata...
Seorang kafir pula berkata, "saya juga rasa bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan kafir. Ini kerana kafir lebih mulia dari dilahirkan sebagai anjing.
Anjing pula berkata, " saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai anjing.Ini kerana anjing lebih mulia dari dilahirkan sebagai babi.
* Mari kita teka apa kah kesudahan perbualan ini, dan cuba kita teka apakah yang babi akan kata dan siapakah yang babi akan bandingkan dengan dia...
Babi pula berkata, "saya juga bersyukur kepada Allah walaupun saya dilahirkan sebagai seekor babi. Ini kerana saya lebih mulia dari manusia yang tidak solat".
Ini adalah sebuah manuscript yang memberi kesedaran kepada umat Islam yang masih tidur dan juga umat yang selalu membandingkan diri mereka dengan insan yang lebih buruk dan lemah dari mereka. Jika ini berterusan, umat Islam tidak akan maju.Tercatat didalam Al-Quran, bahawa umat islam yang meninggalkan solatnya akan menjadi semakin banyak dan lumrah pada akhir zaman... adakah ini akan berlaku atau sedang berlaku atau telah berlaku?
Sesungguhnya mati itu adalah benar, azab neraka itu adalah benar dan syurga itu adalah benar... maha suci ALLAH
untuk apakah di adakan surah al-an'am dalam alquran (surah haiwan)...? al quran itu hudan lil nas (petunjuk utk manusia), so surah itu utk untuk haiwan atau utk manusia...?
siapakah gerangan yg boleh bertutur dan berkomunikasi dengan anjing, babi dll...?kalau penulis itu boleh bertutur dgn mereka, maka adakah dia itu manusia atau haiwan...?
tahukah rahsia tersirat mukjizat nabi sulaiman yg boleh berbicara dengan haiwan...?
apakah haiwan mukamat dan apakah haiwan mutasyabihat di sisi allah... dan haiwan yg manakah yg boleh berbicara dgn nabi sulaiman...?
DAN JANGAN TERKEJUT JIKA DIKATAKAN TULISAN ITU DATANG DARI PUAK YAHUDI...!!! SEMATA MATA UTK MEMPERBODOH BODOHKAN KITA... HIT AND RUN CASE LA NI...
__________________
*** Selamat menyambut Maulidul Rasul 1427 dari R&D ***
Pada pendapat saya yang tak seberapa itu, daripada kita ambil iktibar daripada manuskrip lama yang tidak diketahui asal-usul dan penulisnya, lebih baik kita ambil iktibar daripada apa yang sudah jelas iaitu 'manuskrip' atau tulisan yang terdapat dalam Al-Quran.
Memang secara tersurat nampak seperti ada pengajaran, cuma dikhuatiri apa yang tersirat boleh memesongkan.
Tapi saya setuju dengan apa yang disebutkan tentang semakin ramai umat Islam yang meninggalkan solat, kerana dari apa yang saya pelajari, Islam akan tinggal nama dan Masjid akan tinggal kosong. Itu yang berlaku sekarang.
quote: Originally posted by: pekida " untuk apakah di adakan surah al-an'am dalam alquran (surah haiwan)...? al quran itu hudan lil nas (petunjuk utk manusia), so surah itu utk untuk haiwan atau utk manusia...? siapakah gerangan yg boleh bertutur dan berkomunikasi dengan anjing, babi dll...?kalau penulis itu boleh bertutur dgn mereka, maka adakah dia itu manusia atau haiwan...? tahukah rahsia tersirat mukjizat nabi sulaiman yg boleh berbicara dengan haiwan...? apakah haiwan mukamat dan apakah haiwan mutasyabihat di sisi allah... dan haiwan yg manakah yg boleh berbicara dgn nabi sulaiman...? DAN JANGAN TERKEJUT JIKA DIKATAKAN TULISAN ITU DATANG DARI PUAK YAHUDI...!!! SEMATA MATA UTK MEMPERBODOH BODOHKAN KITA... HIT AND RUN CASE LA NI..."
saudara pekida.. apa yg diperkatakan adalah benar sama sekali.. org yg tidak melakukan solat adalah lebih hina dari babi... tidak salah apa yg di tulis oleh saudara ManTK.. utk pasal haiwan bercakap atau apa yg pelik atas.. semua itu tak mustahill bagi Allah.. atau jika itu adalah perbuatan org˛ kafir laknatullah memang benar.. org yg tidak lakukan solat adalah lebih hina dari babi...
"Sesungguhnya solat itu dapat mencegah dari perbuatan keji dan mungkar"
"Solat adalah tiang agama"
"Amalan pertama yg di hisab di akhirat esok adalah Solat"
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri
Tak kira la tulisan tu dari siapa.Yang penting isi kandungannya.Kalau baik kita jadikan iktibar kalau buruk pulak jadikanlah sempadan.....tapi apa yang saya nampak la kan....Tulisan ManTK tu baik dan seharusnya kita manusia yang sering alpa ini sedar akan kesilapan kita selama ini yang banyak meninggalkan atau melengahkan solat....
***Teringat pulak saya tentang cerita pemuda yang tertinggal dompet dalam kubur kakak dia dengan ular yang tengah membelit mayat kakak dia pasal melengahkan solat.........Dari siapa ye cerita tu????....Rasanya Ular tu bercakap jugak???
__________________
PEMIMPIN sentiasa MEMBERI yang TERBAIK untuk anak buahnya............ manakala PEMERINTAH sentiasa MENGHARAPKAN yang TERBAIK dari anak buahnya.............
Terima Kasih utk Abs Mas ........ kerana memantau segala maklumat yg disalurkan. Mungkin kalau ada apa2 komen atau apa saja teguran dari Abg Mas ManTK tiada halangan kerana saya ini perlu belajar lebih byk lagi. Saya masih mentah utk DUNIA ini ..... Terima Kasih sekali lagi kerana mengambil berat segala aktiviti diWeb ini. Allah Agung.....!!!
apa segala yg berkalu semuanya tak mustahil bagi Allah.... kita cuma mengambil iktibar walaupon itu adalah cuma khabar angin atau apa jenis jua artikal pon :)
__________________
Segala Yang Baik Hanya Dari Allah.. Yang Buruk Dan Hina Datang Dari Hamba Sendiri