Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Mesyuarat Pekida Daerah Melaka Tengah


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:
Mesyuarat Pekida Daerah Melaka Tengah


Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua Saudara2.


Hari ini ada Mesyuarat Agung Pekida daerah Melaka tengah. Jam 1 bertempat di Dewan Wisma Seri Negeri Ayer keroh, Melaka. Semua Ahli (melaka tengah) dijemput hadir. Pakaian adalah tertib + songkok.


Wa'salam.


p/s : diamanahkan utk berbuat demikian.



-- Edited by pHiz at 09:55, 2005-03-26

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 156
Date:

SELAMAT BERSIDANG.......

__________________


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

A'kum,


Bro Phiz, camne mesyuarat??? semua okay???



__________________
Latok ///


Veteran

Status: Offline
Posts: 42
Date:

SUARAKAN APE YG TERSIMPAN DI HATI.


MAJUKAN PERJUANGAN KITA



__________________
Hidup dan matiku hanya utk memperjuangkan agamaku


Senior

Status: Offline
Posts: 359
Date:

Assalamualaikum...///


Phiz...ada apa˛ info ker dari mesyuarat tersebut...??


Apa˛ info yang boleh kami kongsi bersama...???


 



__________________
YuneP SirDunK.../// Berkhidmat Demi Agama, Bangsa dan Tanahair. I|I yunif@doa.moa.my


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua ///

Maafkan saya kerana terlambat sedikit memberi ulasan mengenai Mesyuarat tersebut ... al-maklum sajalah saya sibuk sedikit 2/3 hari ni. Mungkin ini dapat memberi info kepada saudara2 sekalian ...

Berkenaan Mesyuarat Agung PEKIDA Melaka yang telah berlansung pada 26 Mac 2005 di Auditorium Seri Negeri Melaka telah berlansung dengan jayanya. Objektif mesyuarat adalah untuk melantik pengerusi, timbalan pengerusi, 15 orang jawatankuasa dan juga 2 orang ahli kira2 disamping membentangkan usul. PEKIDA Melaka terbahagi kepada 3 daerah iaitu Melaka Tengah, Jasin dan Alor Gajah, jadi setiap daerah melantik jawatankuasa yang baru. Majlis mesyuarat itu juga diselitkan dengan pelancaran Buletin NUR PEKIDA MELAKA dan laman rasmi PEKIDA Melaka
www.pekidamelaka.ngo.my. Buletin dan laman rasmi PEKIDA Melaka dirasmikan oleh Datuk Wira Jamaludin Abdul Rahim, Setiusaha Agung Belia 4B Malaysia dan juga yang kita kasihi Paduka Ayahanda Y BHG Dato’ Dr. Haji Fuad Bin Haji Ahmad selaku Presiden PEKIDA Malaysia. Semua ahli melapor pada pukul 1.00 ptg hingga 2.30 ptg ( setiap ahli diberikan tag nama + bag mini zip + pen dan usul mesyuarat ), Majlis mesyuarat bermula pada 2.30 ptg hingga 6.30 ptg juga diselitkan dgn minum petang.

" PEKIDA Melaka telah ditubuhkan berikutan daripada ' Mesyuarat Agung Penubuhan PEKIDA Daerah alor gajah, melaka tengah dan Jasin pada 13 Oct 2004 bertempat di Audotorium Masjid Al-Azim Melaka. Penubuhan ini pada asalnya bertujuan untuk menyatupadukan ahli2 PEKIDA di negeri Melakamengikut daerah2. Bertitik tolak itulah PEKIDA Daerah Melaka Tengah, melalui jawatankuasa penaja bergerak dan berusaha mengumpul dan membuat pendaftaran semula ahli2 PEKIDA diseluruh daerah Melaka. Sehingga tarikh pendaftaran, ahli2 PEKIDA yang berdaftar dengan daerah Melaka Tengah adalah seramai 161 orang ( pendaftaran pertama ) dan tambahan seramai 137 orang ( pendaftaran kedua ) dimana jumlah keseluruhan ahli yang berdaftar dengan PEKIDA daerah Melaka Tengah adalah seramai 298 orang.
Jawatankuasa penaja PEKIDA Daerah Melaka Tengah telah merancang pelbagai aktiviti yang berteraskan ekonomi dan dakwah untuk para ahli dan ianya akan dilaksanakan secara berperingkat-peringkat. Antara aktiviti2 yang akan dijalankan adalah Hari Keluarga PEKIDA Daerah Melaka Tengah, Ekspo Perdagangan Antarabangsa Melaka, Tilawah Al-Quran dan sebagainya. Kini PEKIDA Daerah Melaka Tengah mempunyai pejabat di Taman Arbi, Bacang. Segala rujukan dan masalah mengenai ahli bolehlah merujuk ke pejabat tersebut. "


p/s : ucapan dari paduka ayahanda dan setiusaha belia 4B malaysia sungguh berguna dan menangkap kalbu.

__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 475
Date:

syukur alhamdullilah dan TAHNIAH atas kejayaan majlis tersebut yer bro phiz... Bro punyer belah mana??? insyaAllah akan suaikenal satu hari nanti...


SALAM ///



__________________
Latok ///


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

Bro Phiz, aku dah cari laman web pekidamelaka tu tapi tak dapat dikesan la......dah diaktifkan ke web tu??

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.


Senior

Status: Offline
Posts: 338
Date:

Sang Simba yg ku kasihi ...


Buat masa ini web pekida melaka tuh belum aktif, pasal webmaster dia kene leukimia.  Tengoklah tahun ni, kalau ade rezeki mungkin pekida pusat akan mengeluarkan budget untuk upgrade web. Melaka kali sibuk dengan pelbagai aktiviti. Tunggu dan lihat. 


Ermmm ... rombongan pegi ke kedah ade sapa2 pegi ? grand ooo kali ini johor, Melaka semua pergi. Menteri besar Kedah sendiri keluarkan budget tumbangkan 2 ekor lembu untuk para tetamu. Pelbagai aktiviti disediakan oleh pihak penganjur, yg conform Melaka hantar 5 bijik bus dan 2 van VIP.


pHiz: naik van VIP laaa ....



__________________
Setulang Daing Bukit Rambai Melaka.


Senior

Status: Offline
Posts: 286
Date:

ok........pe2hal nanti..phiz inform ngan aku le ye kalo web tu dah aktif......sesama kita meriahkan web tu nanti........adik-beradik pun ramai kat melaka kan.........

__________________
Mencari pangkaL akar, menemu hujung. Kita seperti roda......Berpusing saling mengambil tempat semula putaran.
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard