Members Login
Username 
 
Password 
    Remember Me  
Post Info TOPIC: Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Member

Status: Offline
Posts: 24
Date:
Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary


Sembang-sembang dgn Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Sedikit catatan utk kita kongsi bersama sebagai panduan dan motivasi diri.
L/belakang Syed Mokhtar
-      Umur - 53 tahun
-      Pendidikan - SPM
-      Mula berniaga - 19 tahun (jual beli lembu dan kerbau)
-      Kekayaan -RM1,425 juta
-      Ke 7 terkaya di Malaysia
-      Ke 32 terkaya di Asia Tenggara (Forbes)
-      Antara syarikat miliknya - MMC, Pelabuhan Tg. Pelepas,
BERNAS, Gardenia, DRB-HICOM dan Bank Muammalat
-      Kereta - Proton Perdana

1.      Ada sebab kenapa saya bekerja seperti tiada hari esok. Agenda
sosial dan kerja-kerja kemasyarakatan itulah antara sebabnya. Saya
mahu meninggalkan warisan untuk anak bangsa yang kekal berpanjangan

2.      (berkenaan know who) Bangsa lain tak mengapa tapi orang
Melayu kena berdamping dengan orang politik sedikit-sedikit. Tapi
masalahnya  kita tidak mahu melalui kesusahan; banyak yang mahu
senang dengan mendampingi orang politik semata-mata.

3.      Tiada apa-apa rahsia. Saya ini hamba Allah biasa, budak
dangau macam saudara semua juga. Tuhan jadikan manusia ini sama
sahaja.  Proses kematangan saya yang membezakannya.  Saya percaya
sesiapa pun boleh menjadi apa sahaja asalkan mereka berusaha dengan
tekun. Tetapi tentulah ia memakan masa.  Tiada jalan singkat.

4.      Saya mengenali kekuatan dan kelemahan saya.  Apa yang tidak
mampu buat saya akan minta orang lain tengok-tengokkan.  Saya melalui
jalan yang susah tapi itulah jalan yang kekal.

5.      Kita perlu menggunakan kepakaran mereka (bangsa Cina) kerana
mereka jauh lebih maju dan mahir daripada kita. Apa yang kita kurang
faham kita berkongsi dengan tujuan untuk belajar dengan mereka.
Apabila sudah faham baru kita boleh menjaga kepentingan kita.

6.      Saya sedih melihat sistem sekolah pondok di Kedah. Saya ada
cita-cita mahu memodenkan sekolah pondok.  Kita kena maju.

7.      Saya terlibat dalam perniagaan ini kerana saya tiada pilihan lain.

8.      Untuk memajukan perniagaan, memang kena banyak sabar dan kuat berusaha.

9.      Tidak ada jalan singkat. Saya belajar tentang perniagaan ini
sejak kecil lagi dan saya juga biasa kena tipu.

10.      Saya pun suka kemewahan.  Saya pun suka tengok dunia, ke
Tokyo, New York dan London.  Saya pun suka pakai baju elok.  Tapi
kita hendak bermewah setakat mana, hendak pakai baju banyak mana,
hendak tidur dalam berapa rumah satu malam, hendak makan pun sampai larat mana?.

11.      Dalam hidup ini kita sebenarnya tidak ada status; ada masa di atas, ada masa di bawah.

12.      Ketika Allah memberika kemewahan, kita kena turun ke bawah,
tengok mana-mana yang boleh dibantu.  Allah beri rezeki melalui kita
untuk kita tolong orang lain.  Rezeki itu bila-bila masa dia boleh
ambil balik.  Jika ada orang korporat Melayu yang tidak mahu turun ke
bawah  mungkin kerana bayangan duit itu lebih kuat daripada yang lain.

13.      Korporat Cina turun ke bawah membantu.  Orang Cina ada
pelbagai persatuan. Kita tidak ada; kalau ada pun berpecah.  Orang
Melayu kita tidak mahu bekerjasama kerana perasaan dengki menguasai
diri.  Sudahlah tak mahu berusaha, apabila orang lain berusaha mereka marah.

14.      Rezeki yang ada itu sebenarnya untuk orang lain.   Memang
dari segi hukum pun begitu.  Kita kena keluar zakat dan fitrah.
Tetapi zakat fitrah banyak mana sangat.  Islam agama yang adil; ia
minta sedikit saja.  Oleh itu, kalau ada duit yang lebih ia
seharusnya dibelanjakan dengan baik.

15.      Saya tak kisah kalau saya tak buat semua ini.  Saya boleh tak
buat apa-apa dan balik ke Alor Star.  Tetapi saya rasa hidup ini sia-
sia. Orang Kedah kata kalau mati nanti mata tidak tutup rapat kerana
tanggungjawab depan mata kita tidak buat.  Orang lain ambil kekayaan
kita, ambil hak kita dan pergunakan kita, kita masih tidak buat apa-apa!.

16.      Saya ada emotional attachment kepada agama, bangsa dan
ummah.  Saya bukan individualistik. Diri saya tidak penting.  Pangkat
dan gelaran ini kepada saya tidak mustahak.

17.      Saya sedih media tonjolkan saya begini.  Saya malu kerana
orang Cina kaya beratus-ratus kali ganda daripada saya. Tapi saya
tahu orang Melayu kalau hendak berjaya kena kerja kuat tidak kira
siang malam.  Kita ada kekuatan yang tuhan beri melebihi daripada
bangsa lain.  Tetapi untuk maju kita perlu berusaha.

18.      Saya asal daripada tidak ada apa-apa.  Apa yang saya tidak
tahu saya belajar, minta tolong daripada orang. Saya tidak malu. Saya
bukannya mencuri.  Saya usaha sendiri.  Sikap pemalas dan pemalu ini
yang orang Melayu kena atasi.  Kita kena berani kerana benar.
Apabila kita dapat keuntungan dan rezeki lebih, bolehlah kita menolong orang.

19.      Kaya itu bukanlah kepada diri sendiri.  Kaya itu adalah
kepada kumpulan perniagaan ini, kepada bangsa dan kepada orang
ramai.  Saya hanya memegangnya untuk sementara sahaja.

20.      Saya tiada keinginan untuk menyimpan kekayaan ini untuk anak
dan isteri.  Duit ini tidak akan kekal.  Saya percaya hanya perkara
yang baik yang kita lakukakan akan kekal.  Bukan duit yang akan
melindungi saya nanti tapi apa yang saya lakukan sekarang.

21.      Saya perlu terus mencari peluang dan perniagaan lain supaya
kita terus dapat bantu orang lain mengembangkan diri masing-masing.
Saya bukan buat semua ini untuk diri saya semata-mata.

22.      Ada juga yang saya usaha tapi tak dapat dan orang tak tahu.
Apa yang saya dapat itu yang jadi masalah kononnya Syed Mokhtar sapu
semua.  Bangsa lain memegang pelbagai kepentingan dalam ekonomi,
siapa pun tak kata apa. Ini masalah orang Melayu.  Di kampung orang
Melayu berpecah kerana politik, di bandar  berpecah kerana ini (wang).

23.      Saya percaya kalau rezeki itu Allah beri kepada saya ia bukan
untuk saya tetapi untuk orang ramai juga.  Orang tidak tahu banyak
syarikat yang saya ada ini gagal dan tidak maju kepada saya tetapi orang tidak tahu.

24.      Banyak orang percaya bahawa dia mesti ada RM10 juta atau RM20
juta dalam tangan baru hidup boleh selamat.  Ini yang menyebabkan
mereka hanyut daripada menolong orang lain.  Mereka lebih takutkan
diri sendiri.  Mereka lupa bahawa kekayaan tidak boleh membantu selama-lamanya.

25.      Orang kata saya takda duit tapi banyak hutang. Orang berniaga
mana yang tak berhutang. Tapi mesti tahu bagaimana hendak meminjam
dan membayarnya semula.  Ada cara boleh kita buat.
Tapi sebelum berhutang RM100 juta mesti sudah fikir bagaimana hendak
membayarnya balik. Mesti ada tanggungjawab.  Banyak orang mahu senang
tapi tidak ramai yang mahu bertanggungjawab.

26.      (perasaan setiap kali mendapat rezeki).  Saya ini kata orang
Kedah, lebai kodok bukan lebai pondok.  Tapi saya tahu hal-hal asas.
Kalau mahu saya minta terus dari tuhan.  Tuhan beri manusia akal dan
fikiran.  Kalau hendak pakai baju dan seluar biarlah padan dengan badan.

27.      Kesenangan yang saya perolehi ini datang dengan tanggungjawab
(bila pinjam bayar balik dan buat amal jariah).  Kalau hendak
dibandingkan dengan bangsa lain, perniagaan saya ini tidak ada apa.
Tetapi walaupun sedikit tetapi yang sedikit itu ada berkatnya.

28.      Saya suka kalau nikmat sedikit yang saya dapat itu orang lain
boleh berkongsi sama.

29.      Saya kadang-kadang kecewa dan sedih melihat anak orang alim
yang sesetengahnya lupa diri setelah mendapat kekayaan.  Saya pun
sama seperti orang lain suka hendak ke luar negara tetapi kita tidak
boleh lupa kubur kita dan asal usul kita.  Di kampung kita mungkin
ada jiran-jiran yang perlukan bantuan.


-  Bersambung - 



__________________
2nd Branch & Nanak Ugik
Page 1 of 1  sorted by
 
Quick Reply

Please log in to post quick replies.

Tweet this page Post to Digg Post to Del.icio.us


Create your own FREE Forum
Report Abuse
Powered by ActiveBoard